Tuesday, July 22, 2014

Botol Air Herbalife 1liter


Salam

Tinggal beberapa hari lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Tak sabar rasanya nk pulang ke kampung bersama suami dan anak-anak. 

Hari ni boleh senyum lebar sampai ke telinga, sebab kak ema dapat botol Herbalife 1liter warna purple. Happy sgt walaupun kak ema bukan la pengguna tegar Herbalife tp mmg excited nk guna nie.

Esok2 boleh la sukat air berapa banyak nak minum, warna pun warna favourite kak ema. 




Okay itu saja untuk kali ni.. Jumpa lagi..

Tuesday, July 15, 2014

Product Review - Organic Aid Vitamin E

Salam Ramadhan 

Pejam celik, Pejam celik dah masuk pertengahan Ramadhan dah kan,persiapan raya pun tak berapa nak siap lagi. Petang tadi sempat teman anak2 kak ema beli barang kat Watson/guardian di kajang.

Si kakak n Adik ni bila dah masuk Watson,barang yang mereka cari seharusnya product muka.

Si Adik ni mintak nak beli produk pencuci muka clean n clear, tapi kak ema suruh amik set Percubaan Saja,nak tgk sesuai ke x, muka Si Adik xde masalah sgt Adalah jerawat satu dua. Takut xsesuai nnt menimbun pulak jerawat naik. 

Si kakak pulak pulun duk mencari cleansing form organic aid vitamin e, malang nya stok habis tinggal moisturing cream shj. Si kakak ni dah sesuai pakai product ni so terpaksa la cr kt guardian pulak, nasib ada tu pun yang 55gm punya, xpela, nnt dah habis kita beli lg.

1) Organic Aid Vitamin E (cleansing Foam)


Product : Organic aid Vitamin E cleansing foam
110 gm / 55 gm (RM 13++)

Antara sebabnya, anak kak ema  duk pulun mencari product ni. Meh nak cite,
Kali pertama kak ema suruh dia pakai time dia kene alegik sebab slh pakai product cm gegata pun Ada,dah pg pakar cek, makan ubat apa semua, kulit dh kering n Bengkak pun dah surut skit, kak ema beli kan satu set product organic aid vitamin e ni ,dengan niat harap2 berkesan, dan alhamdulillah 3hari pakai smooth skit muka dia, sekarang dah masuk 3bulan anak kak ema  pakai cleansing foam ni,Cleansing foam ni kurang buih, tapi lepas pakai rasa bersih.

2)Organic Aid Vitamin E Moisturising Cream






Product : Organic Aid Vitamin E moisturising cream
28 gm
Harga : RM 15
Contains 1,000 I.U. D-alpha Tocopheryl

Dan yang ni pulak organic aid moisturising cream, ramai yang kata boleh hilang kan parut jerawat, hmmm bagi kak ema mmg terbukti berkesan untuk kulit muka anak kak ema ni. 3bulan pakai secara consistent alhamdulillah kak ema tgk dh berkurang parut n pori pun dh mengecil,( tp Ada product jgk tuk kecikkan pore) 
Moisturising cream ni "non sticky" & non greasy, tak berminyak dan tak melekit sesuai untuk pakai bila waktu siang dan malam

3) Organic Aid Vitamin E (moisturising Scrub Cream)


Product : Organic Aid Vitamin E Moisturizing scrub cream
28 gm
Harga : ( tak ingat pulak mungkin dalam Rm 15)
Contains 1,000 I.u. Of Pure Vitamin E from Wheatgerm oil

Moisturising scrub ni kak ema pesan kat anak kat ema pakai 2kali seminggu, Isnin & Jumaat. Sental skit kulit mati,biar mulus, gebu. Scrub cream ni best jugak katanya sebab biji2 ni halus je tak macam product scrub yang lain agak kasar. 

So kesimpulannya dah jumpa product sesuai untuk anak yang kulit agak sensitif ni, anak kak ema pun suka n pakai rajin bebenor jaga muka sekarang ni, even dulu beli product acne Clinique pun xserajin ni. Serik agaknya, hehe, mmg recommended sgt. Apa-apa pun pemakaian product secara berterusan br nmpk Hasil, kalau on-off mmg tak dpt nk tlg. Akhir kata Salam n jumpa di post entry yang baru

P/s: kena rajin ye untuk Segala macam. Hehe




Wednesday, July 9, 2014

Nasi Arab Maqhlubah Ayam / Nasi apa tu?!


Salam Ramadhan.

Nasi apa tu?
Tercari2/terfikir2 resipi tuk hari raya nanti?! Apa kata kita cuba resipi Nasi Arab Maqlubah yang ternyata sedap, mewah dan menggiurkan, hehehe. Kak ema, tak nak menulis panjang, jom Kita layan resipi nya.

Bahan- Bahan

1 kg - daging/ayam (1direbus biasa dengan sedikit air guna) kak ema versi ayam
3batang celeri
4-5 batang - cili hijau  (dipotong tak terlalu halus)
1-2 paket - rempah beriani
3 cawan - beras basmathi (selalu guna yang Moghul Faiza Basmathi, basuh dan rendam      dalam 15 minit sebelum dimasak)

Bahan untuk sayur Goreng

2 biji kentang -  dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
2 biji terung  - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
Sedikit bunga kobis - dipotong dan digoreng *(optional)
*selesai di goreng baru lah di campurkan bersama air rebusan daging atau pun ayam


Cara-cara memasak :

-  Masukkan air sehingga melepasi lebih kurang 1 inci dari paras daging/ ayam yang telah direbus empuk dalam periuk tadi
-  Masukkan 1-2 paket rempah beriani, dikacau & masukkan cili hijau yang dah dipotong tadi
- Masukkan garam secukup rasa dan rasa.
- Sediakan periuk nasi dan susun daging/ayam paling bawah sekali beserta kentang, terung & bunga kobis
-  Masukkan beras dan  4 cawan air dan masak atas dapur api,sehingga masak, kawal api ye, nk masak dalam rice cooker pun boleh, tapi kak ema suka atas dapur api, sebab senang intai2 nasi ni. 
-  Setelah masak, telangkupkan periuk dalam pinggan atau dulang besar dan siap untuk di makan bersama family nanti (Maksud maqlubah itu sendiri ialah 'upside down')sebab tu kita telangkup ia. Kak ema tgk cam kek pun ade.. Hehe

Bahan-bahan tuk Acar timun Mentah :

3biji timun
1batang Karot (di hiris halus)
Cili merah
Bawang besar
1 botol cuka makan
2 senduk gula dan
Garam

Masukkan cuka, gula dan  garam dan dikacau hingga hancur.  Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.

Bahan-bahan Gulai Ayam :

1/2 ekor ayam
-Ubi kentang (xnak letak pon xpe)
-2 ulas bawang merah dimayang
-1 ulas bawang putih dimayang
-2 keping asam keping
-Gula melaka atau nisan
-Santan kotak

Bahan- Bahan Di Kisar

-Bawang besar
-Bawang putih
-lengkuas 
-halia
-Kunyit hidup
-Belacan
1 paket kecik serbuk kari
-Cili kering 

Cara Memasak :-


  1.  panaskan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang di mayang bersama rempah (bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis).
  2. Dah Naik Bau, masukkan bahan-bahan blend dan cili kering.  Masak atas api kecik sampai betul-betul masak.
  3. Bila dah masak rempah tu, masukkan ayam dan tambah sikit air.  Gaul2 sikit dan biar sampai ayam betul2 empuk.
  4. Bila ayam dah empuk, masukkan segala perasa - asam keping, gula melaka, garam.  Ikut citarasa dan kesesuaian.  Reneh atas api sekejap biar semua rasa sebati.  Akhir sekali boleh lah di masukkan santan.



                                         


  • Masak atas dapur api, sentiasa kawal api tu ye, takut hangit pulak nasi korang.


                                          


  • Nasi Arab Maqhlubah (upside down) teknik telangkup. Hasilnya seperti gambar di atas. Macam kek pun ada.. Hehe 


                               


  • Mari kita potong nasi ala2 kek ni. Hehehe!

Oh ya, lauk yang sesuai tuk nasi Arab Maqhlubah ni gulai ayam/ikan tongkol, acar timun, sambal belacan/air lada.


                                   

  • Gulai ayam/ ikan pun boleh




                                    


  • Acar timun/sambal belacan.

Selamat Mencuba ye!! Bismillahirahmanirahim. 

P/s : #prayforgaza
Semoga Allah swt melindungi penduduk di bumi Palestin. Amin ya rabbal alamin










Saturday, July 5, 2014

Nasi kerabu Kelantan

Salam Ramadhan 

Hari ni kak ema nak share resipi nasi kerabu Kelantan tanpa tumis. Nasi kerabu ni dah jadi juadah wajib tuk family kak ema tuk berbuka puasa, jom tengok resipi ni

Bahan bahan 

Nasi Biru
4 pot beras 
4 pot air - boleh tambah sekiranya beras anda jenis keras 
1batang serai 
 3helai daun limau purut
 

Sambal kelapa (langkah 1)
½ biji kelapa parut putih digoreng garing – kpd yg suka sambal jenis halus, boleh tumbuk sekejap sj kasi hancur sedikit, kpd yg suka kasar dah x perlu tumbuk.
5 biji Bawang merah
½ inci Halia
1 btg serai
10-15 biji Lada hitam atau secukup rasa
sedikit gula perang kalau ada 
garam & gula secukup rasa


Sambal ikan (langkah 2)

Sekilo ikan kembung, direbus dan di ambil isinya
5 biji bawang merah
Sehiris halia

 Cara :Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedikit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan goreng sehinnga kering.



P/s : Gambar yang ini dari Google, lupa nak snap step ni



Setelah selesai untuk langkah 1 dan langkah 2 satu bahan tersebut di dalam kuali yang sama, gaul mesra sehingga sebati

Budu Masak

Budu secukupnya
sedikit air
1 asam keping
 menisan secukupnya
 daun limau purut secukupnya
 sebatang serai dititik
 sehiris halia
 Semuanya dimasak bersama samapi mendidih.



Air lada

Cili Merah & hijau
Cuka secukupnya - sampai sambal jadi berair
Garam & Gula secukup rasa
Kesemua bahan dikisar bersama sampai hancur

P/s gambar pinjam dari Google 

Ulam-ulaman 
Taugeh
Kobis
Timun
Kacang panjang 
Bunga kantan




Untuk lauk pauk yang menjadi sahabat utama untuk nasi kerabu ni, boleh la tambah ayam bakar, solok lada, telur manis dan keropok. Okay selamat mencuba. :)







Wednesday, July 2, 2014

Popiah Seaweed Crispy lagi sedap

Salam Ramadhan & Assalamualaikum

Puasa hari keempat. Siap memasak tuk juadah berbuka puasa tadi, kak ema sempat siapkan kudapan kegemaran anak-anak kak ema. 

Popiah Seaweed yang Ranggup

Bahan-bahan :-

Kulit Popiah 
Nori/seaweed 
Telur *1biji
black pepper
minyak untuk mengoreng


1)Lapiskan kulit Popiah Bersama seaweed 


2)ambil kulit popiah  dan Lapiskan lagi



 3)telur yang sudah di perasakan dengan Serbuk perasa nie di jadikan sebagai pelekat kulit Popiah n seaweed tadi 


4)  susunkan seaweed dan sapukan  telur kemudian lekatkan dengan sehelai kulit popia seperti dalam gambar di bawah, *sapukan telur yang telah dicampur perasa dengan menggunakan berus.


5). Setelah itu guntingkan kecil-kecil dan goreng. Boleh gunting ikut suka anda.!


6) Siap. sedia untuk di makan pada bila-bila sahaja.*simpan dalam bekas kedap udara.



Baru siapkan petang tadi dah separuh dah tinggal. Popiah seaweed ni memang terlajak laris tuk family kak ema. Selamat Mencuba. Selamat Malam.