Monday, March 21, 2011

Bangkit Dari Kegagalan

Apa saja yang anda lakukan semuanya tidak kena dan sering berakhir dengan kegagalan .Sudah pastinya anda tidak mahu berterusan bukan? Percayalah kegagalan bukan penamat dalam kehidupan.

Kita masih boleh bangkit dari kegagalan itu selagi anda ada kemahuan untuk melakukanya .Namun sebelum itu anda harus tahu tiga faktor utama mengapa seseorang itu sering gagal .Berikut adalah penyebabnya.

Tidak ada disiplin
Sebarang kerja yang dilakukan tidak diselesaikan secara sistematik dan teratur.Anda sering melakukan kerja disaat akhir kerana tidak pernah merancang kerja dan tidak berdisiplin mengikut jadual kerja yang ditetapkan.

Tidak Jujur
Tidak kiralah dengan sesiapa atau dimana saja kita berada prinsip utama dalam hidup adalah sentias bercakap benar dan jujur. Namun kamu tidak pernah mengamalkannya malah sering memberi pelbagai alasan serta helah apabila melakukan kesalahan

Dengki
Sifat dengki inilah yang seting merodakkan kita dan membuat kita terus tergolong dalam orang-orang yang gagal. Kamu tidak senang melihat orang lain senang sehinggakan kerja kamu lebih fokus membuat orang jatuh dan bukannya untuk meningkatkan diri.

Tidak Ada Matlamat
Hidup tanpa matlamat ibarat hidup tanpa arah tuju. Apabila tidak ada arah tuju itu yang akan membuatkan hidup jadi terumbang ambing dan jadilah seperti kerbau dicucuk hidung, apa orang lain buat kamu hanya mengikut. Orang yang sebegini sememangnya sukar untuk beroleh kejayaan dan akan selama-lamanya akan duduk di takuk yang sama serta tidak akan ada perubahan.

Bibir kering? Oh tidakkk....

Semua orang inginkan bibir yang lembut dah menawan.Bahkan , keadaan bibir yang kering dan pecah-pecah akan membuatkan wajah kita nampak tidak berseri.Untuk itu, kita perlulah merawat bibir dengan betul.Antara kaedah yang boleh dibuat adalah....

   Hentikan tabiat suka mengupik kulit bibir .Selain menjadikan bibir kita luka dan berdarah,ia juga akan menyebabkan bibir terkena jangkitan.Untuk merawat kulit bibir yang kering , kita perlu basahkan tuala yang bersih dengan air suam, kemudian sapukan perlahan-lahan pada bibir. Lakukan dengan berhati-hati sehingga kulit yang kering tertanggal.

   Sebelum keluar beraktiviti ,sapukan bibir dengan lip balm.Sapuan madu pada bibir juga boleh membantu bibir kembali sihat dan segar

   Tip! Hindari rokok dan lipstik yang harganya murah.

HaLusKaN KuLiT DeNgAn KuRmA...

Buah kurma cukup popular pada bulan puasa .Selain dijadikan pemanis ketika berbuka, ia juga amat bermunafaat untuk kecantikan kulit.Kandungan vitamin B6 dan protien yang terkandung didalam kurma dikatakan mampu mencegah masaalah dermatitis (jangkitan kulit) serta menjadikan warna kulit nampak lebih segar dan tidak pucat.


Jika kita mencampurkan buah kurma cranberries dan jus apricot akan menghasilkan satu ramuan perawatan kulit yang mengandungi vitamin C , vitamin A, vitamin B6 dan protien.kulit kita nampak berseri lembut dan anjal


Bahan-bahan yang diperlukan
           8 biji kurma
           1/2 cawan buah cranberries beku
           1/2 cawan jus apricot
           1/2 sudu teh oatmeal

Cara-caranya
*Hancurkan semua bahan sehingga halus dan jadikan ia sebagai scrub ketika mandi

*Caranya, basahkan badan dengan air suam ,kemudian lumurkan dengan bahan tersebut

*Akhir sekali bersihkan ia dengan air suam dan mandi sepeti biasa dengan air sejuk, setelah badan benar-benar kering, sapukan kulit dengan losyen badan agar kulit mulus dan bersih.

TeLur SePaRuH MaSaK BaiK UnTuK JaNtUnG


Bersarapan dengan roti bakar dan telur separuh masak memang menyelerakan.Pastinya tidak cukup sekeping roti.Namun tahukah kita akan kebaikan set sarapan ini ? .Jika kita mengambil petih telur separuh masak bersama mayones bebas lemak dan hirisan salad hidangan ini mampu memberi tenaga berpanjangan untuk kita sepanjang hari.Mengikut kajian hidangan ini mampu memberi perlindungan serta menjaga kesihatan jantung kita.Tunggu apa lagi ....ambillah telur separuh masak untuk sarapan....

Sunday, March 20, 2011

Diet oh diet,, berdiet tanpa tahan lapar

Bagi pembaca yang berhasrat ingin mengurangkan berat badan, mungkin beranggapan dengan tidak mengamalkan makan malam adalah cara paling berkesan menguruskan badan.Mungkin cara tersebut betul, namun jika anda tidak mampu melakukannya, mengapa harus menyiksa diri? Anda masih boleh berdiet ttanpa perlu membiarkan perut berbunyi.

      Makan sebelum jam 7 malam.
Sebelum 7 malam merupakan waktu paling tepat untuk anda mengambil hidangan malam namun awas!! usah keterlaluan.Pada ketika ini tubuh sabgat banyak kehilangan tenaga dan memerlukan makanan untuk menggantikanya.Dalam masa yang sama , jarak masa tidur juga masih jauh sekali gus memudahkan penghadaman dilakukan.Proses ini akan menjadikan makanan yang dijamah tadi menjadi tenaga dan bukannya lemak.

       Gantikan dengan bubur
Bubur atau nasi air merupakan antara menu terbaik  yang boleh dipilih ketika berdiet .Ia seelok-eloknya diambil pada waktu petang hari.Jika tidak berkesempatan , ia juga boleh dimakan pada waktu malam sebaik-baiknya sebelum jam 7 malam.Isi kandunganya juga perlu dijaga dengan memperbanyakkan sayuran dan pastikan gulanya juga kurang.Tidak perlu terlalu manis, cukup sekadar sesudu perasa .Bubur jagung dan kacang hijau juga pilihan tepat dalam proses ini.

       Ambil sup tanpa minyak
Selain bubur , anda digalakkan mengambil semangkuk sup yang dipenuhi dengan sayuran , udang mahu pun ayam.Elakkan sama sekali mengambil sup daging kerana ianya meninggikan lagi tahap kolestrol dalam darah.Paling penting pastikan sup direbus tanpa menggunakan minyak.Sebagai perasa anda boleh menambahkan sepotong cili padi kerana membekalkan vitamin C.

        Makanan dibakar
Sampai bila boleh bertahan dengan menjamah roti bakar setiap hari? Jika anda ingin mengubah selera,apa kata mencuba ikan bakar bersaiz kecil. Sebagai pelengkap , tiada salahnya jika memakannya bersama-sama nasi ,syaratnya pastikan kuantitinya sedikit iaitu satu senduk.Hidangan ini mungkin menyelerakan namun harus diingat anda sedang berdiet.

         Air kosong sejam sekali
Memandangkan pada waktu malam anda tidak lagi mengambil makanan , anda disaran untuk melebihkan pengambilan air kosong sejam sekali.Ia akan dapat membantu anda tidur dengan nyenyak tanpa berasa lapar..Bagi memastikan jumlah air didalam badan mencukupi , anda digalakkan mengambil air kosong setiap masa.


          Roti dan minuman panas
Roti kosong atau dibakar tanpa sapuan mentega atau jem cukup baik untuk badan .Lengkapkan denga secawan minuman coklat atau sus panas,.hidangan ini walau pun nampak ringkas namun memnuhi nutrisi keperluan tubuh badan.Bukan hanya sihat, malah perut anda juga kenyang dengan makanan ini.

          Nikmati buah-buahan
Sambil menonton program kesukaan dikaca televisyen , anda juga boleh menikmati buah-buahan andai perut terasa lapar pada waktu malam.Sebiji epal ataupun oren sudah memadai untuk memenuhkan perut anda sekali gus menghilang kan rasa lapar .Tidak pun anda boleh memilih tembikai yang kaya dengan air dan pisang yang tinggi dengan khasiat karbohidrat.

           Pilih makanan direbus
Ketika melihat lauk- pauk didepan mata , anda harus tahu mana yang paling sesuai ketika dalam proses berdiet.Menu yang paling tepat ialah makanan yang direbus atau dibakar .Sayuran yang ditebus sendiri tanpa menggunakan minyak adalah pilihan yang terbaik.Pelbagai jenis sayuran seperti lobak merah , ubi kentang,dan sayuran hijau.

mata menggoda ,mata menawan, matalah....mata...mata..

         Khasiat telur
Ramai yang mengelak pengambilan telur dengan alasan risaukan kadar kolestrol yang tinggi.Dalam masa yang sama , telur sebenarnya mempunyai perana besar dalam kesihatan mata kerana kuning telurnya kaya dengan lutien dan zeaxanthin.Masaalah kolestrol boleh diketepikan jika telur diambil sebanyak dua hari berturut-turut secara teratur.

          Perbanyakkan antioksidan
Bahagian mata turut terdedah kepada kanser, jadi bagi mengelakkannya anda digalakkan memperbanyakkan antioksidan.Ia sangat baik dan efektif bagi menghalang wujudnya kanser.Untuk itu, perbanyakkan pengambilan kekacang , sayuran hijau gelap, brokoli dah buah kiwi.

          Pilih makanan terbaik
Makanan yang masuk kedalam tubuh kita turut mempengaruhi kesihatan mata.Untuk pengetahuan semua , pengambilan ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya langsung.Terdapat banyak lagi makanan yang baik untuk mata jadi kenal pastinya terlebih dahulu kandunganya sebelum menyuapnya kedalam mulut.

          Elakkan menggosok mata
Kebanyakkan wanita mengenakan solekan ketika kepejabat mahu pun tak kala keluar bersiar-siar.Ketika membersihkan wajah , mereka gemar melakukan secara semborono asalkan wajah bebas daripada solekan .Namun bagi menjaga mata, anda dinasihatkan untuk mengelak daripada menggosok mata.Sebaliknya gunakan jari telunjuk dan lakukan urutan secara perlahan-lahan mengikut putaran jam.

            Minum berpada-pada
Tidak dinafikan , pengambilan minuman yang banyak bagus untuk tubuh .Namun elakkannya saat mahu tidur.Ini kerana , meminum air terlalu banyak ketika itu mampu menyebabkan mata menjadi sembab dan bengkak.Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah menekapkan mata dengan timun agar keesokkanya anda kan bangun dengan mata yang lebih segarl

             Dapatkan tidur secukupnya.

Jangan ketepikan waktu tidur anda dan pastikan ianya mencukupi, anadi diabaikan kesanya akan jelas kelihatan pada bahagian mata sekali gus menjejaskan kesihatan.

Tip Segarkan Rambut Mu...

                 Ada beberapa tip yang boleh dikongsi bersama .

                 Kurangkan menyikat rambut
Bagi setiap wanita, berus atau sikat rambut wajib ada didalam tas tangan .Kegunaanya ialah bagi memastikan rambut sentiasa tampil terurus walaupun dimana sahaja berada .Namun menyikat rambut terlalu kerap boleh mengakibatkan impak yang kurang baik buat rambut.Ini kerana , setiap kali gesekan berlaku,ia akan mengakibatkan keguguran rambut.

               Elakkan klorin menyerap
Berenang merupakan antara aktiviti yang paling memberi manafaat kepada kesihatan tubuh.Namun sebaliknya pula bagi kesihatan rambut .Kandungan klorin yang terdapat dalam kolam renang dan membasahi akan merosakkan protien yang terdapat disetiap helaian rambut.Andai dibiarkan , ia boleh menyebabkan pori-pori rambut terbuka luas sekali gus rambut menjadi rapuh.

               Hilangkan kelumumur
Masaalah kelumumur tidak pernah berkesudahan namun pastikan ia tidak lagi menghantui anda.Atasinya dengan menggunakan syampu anti kelumumur terapeutik .Selain itu pilih perapi yang mengandungi pyrithione zinc bagi mengelakkan kandungan aktif yang terdapat dalam syampu yang digunakan sebelumnya.

                Lakukan urutan kepala
Urutan dikepala sering kali dikaitkan dengan menghilangkan tekanan .Namun ia sebenarnya turut memberi impak terhadap pertumbuhan rambut sihat.Urutan dikepala dikatakan mampu melancarkan dan memperbaiki peredaran darah.Ia seelok-eloknya diamalkan ketika sedang mencuci rambut.Dalam masa yang sama pilihlah perapi harum bagi menimbulkan rasa tenang.

Kaki juga perlu dibelai

Penjagaan bahagian kaki sering kali dipandang sepi .Jarang sekali ia diberikan rawatan sepatutnya kerana merasakan ia tidak begitu penting .Dibawah ada beberap tip penjagaan kaki.


1-Rendamkan kaki kedalam bekas yang mengandungi air bunga ros dan kekwa serta limau purut selama 10 minit.Turut dicanpurkan ialah garam bukit..

2-Setelah itu ambil limau purut yang ada dan sentalkan disetiap bahagian kaki bagi mengeluarkan daki dan sel sel mati.

3-Setelah itu dibersihkan ,gunakan berus bagi mengeluarkan kekotoran dibahagian kuku kaki.

4-Sapukan krim bewarna hijau bagi memberikan kesegaran kepada kaki.Gosokkan secara perlahan-lahan kepada seluruh bahagian.

5-Kemudian sapukan losyen dan lakukan sedikit urutan bagi meredakan ketegangan dibahagian kaki.

6-Berikan sedikit semburan bunga-bungaan bagi memberikan kesegaran.

Gebukan Kulitmu Dengan Mandian Lulur


Semua wanita mengimpikan kulit yang halus dan mulus.Namun tidak semua memilikinya secara semula jadi .Walau bagaimana pun , usah kecewa kerana terdapat rawatan yang boleh dicuba bagi merealisasikan impian , misalnay mandi lulur .

Mandi lulur diamalkan bagi tujuan menaikkan seri , memberikan kesegaran dan mencantikan tubuh badan , selain itu ia juga melegakan tekanan dek kesibukan bekerja.

Kelebihan lain mandi lulur juga boleh membantu membersihkan habuk kotoran yang melekat pada tubuh setiap hari.Selain itu ia juga turut mengeluarkan sel-sel kulit mati yang ada.Mandi biasa tidak mencukupi kerana badan kita tidak bersih sepenuhnya.Ditambah pula mandi lulur menggunakan herba yang akan bertindak balas dengan masaalah yang terdapat didalam tubuh.

Sebelum memulakan mandian lulur ,kita boleh melakukan sauna selama 10-15 minit , ini bagi melegakan urat-urat tegang dan membuka pori-pori .Hasil sauna akan banyak membantu mandi lulur yang akan dilakukan kemudian.

Apabila sudah bersedia , ramuan lulur boleh disapu terus kebadan , pastikan ia disapu sama rata dan tiada bahagian yang tertinggal.Biarkan ia kering dalam masa 45minit sehingga satu jam terlebih dahulu, jangan meneruskan langkah seterusnya tanpa benar-benar pasti ia sudah kering sepenuhnya.

Langkah seterusnya ialah menyental kulit badan dengan ramuan lulur yang sudah kering , jika skrub dilakukan ketika masih lembab ia akan menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa .Proses ini dilakukan bagi mencerah dan menyegarkan sekali gus mengembalikan gebu kulit.

Saturday, March 19, 2011

rahsia gigi cantik bak selebriti popular...



Pengambilan terlalu banyak makanan atau minuman bergula boleh mengundang risikom gigi menjadi reput .Paling tidak pun , hadkan pengambilan gula hanya pada menu utama sekali dalam sehari. Sebagai alternatif , ambil minuman berjus tanpa gula .Jika teringin mengambil teh atau kopi ,anda digalakkan mengguna gula tiruan.

Pilih buahan dan sayuran
Kelebihan bahan semula yang terdapat dalam buah-buahan dan sayuran ternyata memberi impak positif terhadap pembersihan gigi.Contoh paling ringkas ialah mengunyah buah epal dan langkah ini dapat membantu membersih sekali gus mendapatkan gigi siaht .Tidak dinafikan epal mempunyai banyak gula buah , namun pengeluaran air liur membantu mengelakkan kerosakan gigi.Selain epal anda juga boleh memilih lobak merah , brokoli , tomato dan oren.

Utamakan produk tenusu
Seperti yang ramai sedia maklum , pengambilan makanan berasakan tenusu seperti yogurt , susu dan keju membawa kebaikan kepada gigi.Namun awas, pastikan kesemuanya rendah lemak agar meninggalkan impak yang diingini.Ini kerana produk-produk rendah lemak ini kaya dengan kalsium dan fosforus selain mengandungi vitamin D yang membantu penyerapan kalsium untuk gig dan tulang .

Memflos  dan memberus gigi
Dalam sehari kita digalakan sekurang-kurangnya dua kali sehari,pastikan kita memberus gigi dengan cara yang betul agar segala kotoran yang ada boleh dibersihkan secara total.Selain itu rajinkan diri memflos dan berkumur kerana langkah membersih kan sisa makanan yang tersekat dicelah-celah gigi dan tidak tercapai dek berus gigi.

Pilih ubat gigi bersesuaian
Selain dua langkah diatas, pemilihan ubat gigi yang bersesuain turut memainkan peranan .Ia bukan sahaja memberi kesegaran malah turut membantu menguatkan gigi .Bagi mendapatkan impak yang diingini , pilih lah ubat gigi yang mengandungi pudina , kayu sugi, dan lain-lain.

Temujanji dengan doktor
Sesibuk mana anda ,usah abaikan pemeriksaan berkala dengan doktor gigi.Anda digalakkan untuk membuat temujanji selang 6 bulan bagi memastikan gigi anda sentiasa sihat.Selain memastikan gigi anda tidak rapuh , nasihat daripada doktor turut mampu membantu anda mendapatkan gig yang cantik serta tersusun rapi .Jika begitu , usah terkejut andai ramai yang bertanya apakah rahsia anda memiliki gigi cantik bak selebriti popular.

Tip jadikan pasangan kita bahagia

Bukan mudah mahu membina rumah tangga bahagia dan menjadi suami atau isteri idaman kepada pasangan kita,lebih-lebih lagi jika usia perkahwinan sudah lama

Dibawah ini ada bebrapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi suami atau isteri idaman .Namun jangan hanya separuh jalan , sebaliknya lakukan berterusan berterusan walaupun usia anda berdua tidak lagi muda .

1-Bercakap tentang apa yang disukai suami
Suami atau kaum lelaki tidak suka mendengar coleteh wanita mengenai hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan wanita kepada wanita lain.Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaan nya berkaitan minat anda untuk membantu kerjayanya atau mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.Setelah lama hidup bersama , pasti anda tahu apa yang menjadi minat dan yang tidak disukainya.

2-Jangan luahkan kata-kata penyesalan
Setelah lama berkahwin , jangan sesekali anda menyatakan penyesalan mengahwini suami .Suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakan.Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam mengahdapi dugaan hidup .Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

3-Elakkan kerap bergaduh
Kata orang,bergaduh adalah sebahagian asam garam dalam kehidupan berumahtangga .Bukannya tidak boleh tetapi jangan selalu amalkan kerana kelak boleh menimbulkan rasa bosan kepada pasangan .Jika bergaduh , cepat-cepat ambil keputusan untuk meredakan semula.Jangan biarkan berlarutan untuk satu jam sekali pun atau berhari-hari lamanya hingga boleh mencetuskan perkara lain.

4-Minta maaf apabila bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda,atau sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki , dia akan menganggap bahwa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati serta sukar dibentuk.Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal menbentuk diri anda sebagai isterinya , dan  mungkin sebab dari itu dia cuba mencari jalan keluar.

5-Usah berpisah tempat tidur
Anda juga diingatkan jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun sudah lama hidup bersama dan mempunyai anak  ramai.Amalan hidup bersama ini sebenarnya boleh menyemarakan lagi hubungan anda berdua.Apabila tidur bersama bukan hanya untuk melakukan seks semata-mata tetapi ditempat ini lah anda boleh berehat sambil berbicara soal remah-temeh .

6-Senda gurau jadi mainan
Untuk menyemarakan lagi hubungan sedia ada , anda juga boleh membuat gurau senda antara satu sama lain .Apabila anak-anak sudah dewasa dan berdikari , pastinya rumah menjadi sunyi ,untuk menhilangkan kebosanan anda berdua boleh bergurau senda ketika menonton tevelisyen dan ia boleh menambahkan lagi kemesraan antara anda berdua .

7-Sentiasa mengingati kesusahan lalu
Setelah lama berkahwin pastinya banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi bersama .Mungkin diawal perkahwinan anda hidup susah dan kini meresa kemewahan .Jika begitu,jangan lupa untuk sentiasa mengenang pengorbanan masing-masing kesusahan yang dialami sepanjang melayari kehidupan bersama.Jika kita mengenang kembali pengorbanan lalu akan menyebabkan kita menghargai setiap pengorbanan  yang dilakukan

8-Amalkan bersembahyang berjemaah
Amalkan sembahyang berjemaah dan melakukan aktiviti bersama-sama .Sembahyang berjemaah ini jika dilakukan dalam rutin harian selain mendapat pahala akan lebih merapatkan lagi hubungan sedia ada .Anda terasa bertuah apabila bersembahyang berimankan suami sendiri dan selepas sembahyang amalan seperti bersalam dan mencium tangannya boleh menambahkan lagi kasih -sayang terhadapnya.

Friday, March 18, 2011

Teh dan khasiatnya (khasiat disebalik secangkir teh)

1-Kafien yang terkandung di dalam teh adalah lebih rendah berbanding kopi
2-Teh dapat membantu melancarkan perjalanan darah , malah mereka yang minum teh 2 kali sehari mempunyai potensi yang lebih rendah untuk diserang penyakit jantung
3-Teh melindungi tulang , mereka yang minum teh lebih dari 10 tahun memiliki tulang yang kuat dan sihat
4-Teh meningkatkan pertahanan tubuh
5-Teh tidak mengandungi sebarang kalori kecuali jika ditambah pemanis ataupun susu.
6-Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan mampu membakar kalori sehingga 70-80

khasiat disebalik secangkir teh

sahabat gigi
Teh mempunyai kandungan flourida yang cukup tinggi dan mampu menguatkan gigi dan terbentuknya karang gigi.Untuk hasil yang maksima , sebaliknya teh diminum tanpa gula dan perasa tambahan , selain itu teh juga dapat mengurangkan sakit gusi , caranya mudah kita hanya perlu lekapkan gusi dengan uncang teh yang telah direndam dengan air sejuk

melindungi kulit
Sapuan teh hijau pada kulit akan membantu melindungi kulit daripada kesan buruk sinar matahari, maka oleh sebab itulah kebanyakkan produk kecantikan seperti pelembab dan krim sinar UV mempunyai kandungan ekstrak teh hijau

menjaga kesihatan kulit
Tangan luka , terbakar atau disengat lebah , jangan risau celupkan sahaja jari kedalam secawan teh hijau .Ini kerana teh juga merupakan antiseptik semula jadi yang mampu meredakan rasa gatal dan pembengkakan

menjaga daya ingat
Teh hijau membantu otak menjadi lebih fokus dan menajamkan ingatan.Orang tua yang mengamalkan minum teh (sekurang-kurang dua kali sehari)  akan mempunyai ingatan yang lebih tajam berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya langsung

mencegah kanser dan diabetes
Zat polyphenols yang terkandung didalam teh dikatakan dapat menghalang terjadinya pertumbuhan sel-sel kanser sekali gus meneutralkan radikal bebas sehingga merangsang pertambahan daya tahan tubuh .Teh hitam pula mampu menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kadar insulin sehingga mencegah diabetes berlaku

Secawan teh hanya mengandungi 30-40 kafien.Ia bukan sahaja membuatkan kita terhindar dari masaalah sakit kepala dan sukar tidur bahkan tubuh kita juga lebih fit dan segar...

Atasi lebihan minyak pada wajah

Untuk mencegah kelenjar minyak menjadi semakin aktif ,hindari terdedah dibawah sinaran matahai secara langsung., melalkukan sauna atau steam.Sebaliknya elakkan menggunakan produk yang tidak ber PH balance, dan makan makanan yangb berlemak dan bergoreng...

tip merawat kulit berminyak

Kulit yang berminyak kebiasaanya mempunyai tekstur yanh kasar, pori-pori yang besar dan terbuka serta mudah gelap jika terdedah dibawah cahaya matahari.Semua ini berlaku disebabkan oleh kelenjar sebum yang aktif , faktor genatik , hormon, pola makanan , udara dan gaya hidup
Walau bagaimana pun ini boleh diatasi jika kita tau caranya..

1-Perkara paling penting yang pelu kita lakukan adalah perawatan wajah.Kita boleh menggunakan pembersih berbentuk sabun atau susu pembersih, selain wajah bahagian telinga dan leher juga perlu dibersih.Kemudian bilas sehingga bersih dan kesat wajah kita dengan tuala yang sudah dibasahkan dengan air suam.

2-Kulit berminyak juga sebenarnya masih memerlukan pelembab .Cuma kita perlu memilih pelembab yang benar2 sesuai dengan kulit.Misalnya pelembab yang mengandungi losyen berbahan dasar air dan tidak berkilat.

3-Kita memerlukan krim pelindung sinar UV,ketika berada dibawah sinar matahari.Sebaiknya krim ini digunakan selepas membuat sapuan pelembab.Biarkan selama 30minit sebelum berbedak.

4-Pilih bedak debu ketika merias wajah .Bedak ini bukan sahaja bertekstur ringan , bahkan ia memiliki kemampuan untuk menyerap lebihan minyak pada wajah.Sebaliknya elakkan penggunaan bedak padat kera ia akan membuatkan riasan kita nampak lebih tebal dan berminyak.

5-Jadikan kertas tisu penyerap minyak sebagai teman setia, lekatkan pada wajah disaat kulit muka mulai berminyak...

inginkan wajah yang segar dan licin?

Apa kata cuba petua yang ringkas dan senang ni,caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menghancurkan sepotong betik hanya lumat, kemudian sapukan pada wajah sebagai masker dan biarkan selama 10 minit .Kemudian cuci seperti biasa.

Untuk pengtahuan kita semuabuah betik mengandungi asid buah yang berfungsi untuk menuteralkan kembali PH kulit kita.

Thursday, March 17, 2011

bebaskan rambut berbuah

Ada masa kita tergesa-gesa untuk keluar sehingga tidak sempat mengeringkan rambut .Segelintirnya mengambil jalan singkat untuk kelihatan kemas iaitudengan mengikatnya terus.Begitu juga dengan mereka yang bertudung rambut akan terus diikat dan tudung disarungkan .Atasi masaalah ini dengan khasiat daun pinang .Langkah pertama , ramas daun pinang itu dengan bersama-sama garam kasar dan sedikit air .Sapu pada seluruh rambut dan biarkan selama 30minit .seelok-eloknya amalkan sebanyak dua kali seminggu.

elakkan rambut terus kering

Rambut yang terlalu kering ada kalanya membuatkan kita kurang kenyakinan diri untuk bergaul dengan orang lain,usah terus terperangkap dirumah sebaliknya cuba atasi dengan mengamalkan petua tradisional ini.Sediakan sebutir telur ,satu sudu madu dan satu sudu teh minyak zaitun.Campur dan gaulkan kesemua bahan tersebut.Kemudian terus sapu dan sisir kerambur.Biarkan selama lebih kurang lima belas minit dan setelah itu bersihkan dengan menggunakan syampu....

Rambut hitam dan berkilat

Kebanyakkan wanita masih mengekalkan warna hitam rambut dalam masa yang sama mahu ia kelihatan sihat.Ambil biji betik yang telah masak sebanyak dua gengam .Bersihkan kemudian jemur hingga kering .Setelah itu goreng biji betik itu sehingga hangus,kemudian giling hingga lumat dan bancuh bersama air .Basuhkan rambut terlebih dahulu dan biarkan seketika sebelum menyapu bahan tadi seperti syampu.Biarkan untuk seketika dan kemudian bilas sehingga bersih .Amalkan selau petua ini jika mahu rambut hitam dan berkilat.

bawang putih hilangkan parut

Parut yang terdapat ditubuh membuatkan kita berasa malu untuk menggayakan pakaian yang digemari .Hilangkan parut dengan mengambil bawang putih dan kupas kulitnya terlebih dahulu , kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi pada bawang putih tadi , kemudian gosokkan bawang putih tadi pada parut selama dua atau tiga minit , lakukan petua ini sekerap yang mungkin bagi memastikan parut pada kulit hilang .

atasi mulut berbau

Komunikasi amat penting dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain .Jadi pastikan ia tidak terganggu dengan masaalah nafas berbau..Untuk itu bunga cengkih mungkin dapat membantu.Ini kerana ia bukan sahaja dapat mengatasi masaalah sakit gigi , malah ia juga dapat membantu masaalah nafas berbau.Caranya ia mengambil beberapa biji bunga cengkih , kemudian kemam dalam mulut untuk seketika .Petua ini harus diamalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.Jika tiada aral ia mampu menghilang kan punca masaalah nafas berbau.