Saturday, July 5, 2014

Nasi kerabu Kelantan

Salam Ramadhan 

Hari ni kak ema nak share resipi nasi kerabu Kelantan tanpa tumis. Nasi kerabu ni dah jadi juadah wajib tuk family kak ema tuk berbuka puasa, jom tengok resipi ni

Bahan bahan 

Nasi Biru
4 pot beras 
4 pot air - boleh tambah sekiranya beras anda jenis keras 
1batang serai 
 3helai daun limau purut
 

Sambal kelapa (langkah 1)
½ biji kelapa parut putih digoreng garing – kpd yg suka sambal jenis halus, boleh tumbuk sekejap sj kasi hancur sedikit, kpd yg suka kasar dah x perlu tumbuk.
5 biji Bawang merah
½ inci Halia
1 btg serai
10-15 biji Lada hitam atau secukup rasa
sedikit gula perang kalau ada 
garam & gula secukup rasa


Sambal ikan (langkah 2)

Sekilo ikan kembung, direbus dan di ambil isinya
5 biji bawang merah
Sehiris halia

 Cara :Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedikit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan goreng sehinnga kering.



P/s : Gambar yang ini dari Google, lupa nak snap step ni



Setelah selesai untuk langkah 1 dan langkah 2 satu bahan tersebut di dalam kuali yang sama, gaul mesra sehingga sebati

Budu Masak

Budu secukupnya
sedikit air
1 asam keping
 menisan secukupnya
 daun limau purut secukupnya
 sebatang serai dititik
 sehiris halia
 Semuanya dimasak bersama samapi mendidih.



Air lada

Cili Merah & hijau
Cuka secukupnya - sampai sambal jadi berair
Garam & Gula secukup rasa
Kesemua bahan dikisar bersama sampai hancur

P/s gambar pinjam dari Google 

Ulam-ulaman 
Taugeh
Kobis
Timun
Kacang panjang 
Bunga kantan




Untuk lauk pauk yang menjadi sahabat utama untuk nasi kerabu ni, boleh la tambah ayam bakar, solok lada, telur manis dan keropok. Okay selamat mencuba. :)







1 comment: