Wednesday, July 2, 2014

Popiah Seaweed Crispy lagi sedap

Salam Ramadhan & Assalamualaikum

Puasa hari keempat. Siap memasak tuk juadah berbuka puasa tadi, kak ema sempat siapkan kudapan kegemaran anak-anak kak ema. 

Popiah Seaweed yang Ranggup

Bahan-bahan :-

Kulit Popiah 
Nori/seaweed 
Telur *1biji
black pepper
minyak untuk mengoreng


1)Lapiskan kulit Popiah Bersama seaweed 


2)ambil kulit popiah  dan Lapiskan lagi



 3)telur yang sudah di perasakan dengan Serbuk perasa nie di jadikan sebagai pelekat kulit Popiah n seaweed tadi 


4)  susunkan seaweed dan sapukan  telur kemudian lekatkan dengan sehelai kulit popia seperti dalam gambar di bawah, *sapukan telur yang telah dicampur perasa dengan menggunakan berus.


5). Setelah itu guntingkan kecil-kecil dan goreng. Boleh gunting ikut suka anda.!


6) Siap. sedia untuk di makan pada bila-bila sahaja.*simpan dalam bekas kedap udara.



Baru siapkan petang tadi dah separuh dah tinggal. Popiah seaweed ni memang terlajak laris tuk family kak ema. Selamat Mencuba. Selamat Malam.

2 comments:

  1. Kat ema ade amik order tak? Kalo nak order boleh tak... terliur la pulak..

    ReplyDelete
  2. @Qhaseh Nasairin : ya, kak ema ambil order juga.

    ReplyDelete