Friday, November 23, 2012

ketam masak cili kering

bahan bahannya
1 ekor ketam bunga

Bahan A
1/2 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih(di hiris)
4 biji cili padi (dihiris)
1 sudu makan cili kering(dikisar)
sedikit lobak merah dan kubis bunga

cara memasak
goreng ketam hingga kekuningan
panaskan sedikit minyak dan masukan bahan A
tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan sos tiram , garam
gula dan kacau sehingga sebati
tuangkan keatas ketam yang siap digoreng

Thursday, November 22, 2012

bawal masak masam manis

bahannya...
1 ekoe ikan bawal

Bahan A
1 hirisan nenas
1 biji tomato (dibelah empat)
1/2 biji bawang besar (dihiris)

bahan B
lobak merah
lada benggala
bawang besar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makam sos tiram

Cara memasak
goreng ikan bawal sehingga garing
kisar bahan A dan tumis sehingga naik bau
masukkan bahan B, garam, gula, sos cili sos tomato,
sos tiram secukup rasa
panaskan beberapa minit
kemudian tuangkan sos keatas yang siap digoreng tadi...

siakap stim limau



Bahan-bahanya
seekor ikan siakap
sedikit air perahan limau

Bahan A
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 inci batang sup
10 biji cili padi hijau
10 biji cili padi merah
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
kukus ikan siakap sehingga masak
bahan A dihiris halus
kemudian masukkan 2 cawan air rebusan ikan ,
dicampur dengan bahan A yang telah dihiris tadi
panaskan selama dua minit
masukkan garam,sos tiram,air perahan limau dan gula secukupnya
tuangkan kuah keatas ikan.

udang goreng tepung



bahan-bahanya
300gm udang
200gm tepung gogi
1 biji telur
2 cawan air
garam secukup rasa

cara memasak
campurkan dua cawan air kedalam tepung gogi
kemudian masukkan telur diikuti dengan garam secukup rasa
kacau sehingga sebati
masukkan udang yang sudah dibuang kulitnya
kemudian celup udang kedalam campuran tadi dan goreng sehingga
kekuningan dibawah api yang sederhana.

jom masak tomyam perahu pecah

bahan A
200gm udang
200gm sotong
200gm lala
1 ekor ketam

bahan B
1 biji bawang besar (dibelah empat)
4 ulas bawang putih (diketuk)
3 batang serai
1/2 biji tomato
2 helai daun limau purut
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomyam
2 sudu makan juslimau nipis
garam dan gula secukup rasa

cara memasak
masuk kan tiga cawan air kedalam periuk
biarkan mereneh,kemudian masukkan bahan A
rebus hingga masak
kemudian masukkan bahan B dan tunggu sehingga naik bau
akhir sekali masukkan garam gula, jus limau, sos tomyam dan sos tiram

Tuesday, November 20, 2012

hatiku..hatimu..atau hati siapakah ini...



sekiranya kita rasa tidak sihat dan tidak tau kenapa..
mungkinkah kita mempunyai penyakit hati???
diantaranya...

rasa letih dan tidak segar diwaktu pagi?
paras tenaga berubah-ubah sepanjang hari,
keletihan lebih ketara selepas makan?
kualiti tidur tidak baik
 tidak boleh tidur dengan nyenyak
selalu terjaga pada tengah malam?
fikiran bercelaru?
sukar mengurangkan berat badan?
nafas berbau?
badan berbau?
bebayang gelap dibawah mata?
penglihata lemah, mata berair atau kelihatan mata merah?
masaalah penghadaman, kembung, gas, ketidak cernaan?
tidak selesa, loya lepas makan?
masaalah kulit seperti jerawat ekzema psoriasis ruam yang am
kulit yang gatal
alahan dan intoleransi makanan yang makin lama makin teruk
kulit, tapak tangan dan mata kelihatan kekuningan
reaksi terhadap ubat-ubatan
tidak bertoleransi terhadap alkohol ..mudah mabuk
sensitif kepada kafien- kopi menjadikan kita gementar atau
berjaga selama beberapa jam
sensitif terhadap bahan kimia termasuk produk pembersih
bahan peluntur, minyak wangi dsbnya..
kencing berbau pelik selepas makan asparagus
selalu sakit kepala
kolestrol tinggi
tekanan darah tinggi
lidah berselaput
sembelit atau cirit birit
mengidam gula
angin berubah-ubah,senang berasa letih



Friday, November 16, 2012

walaupun tidak jelita..

Apabila seseorang wanita itu yakin dan selesa dengan penampilan ,
perubahan yang menawan pastinya berlaku, walaupun dia tidak jelita
namun apabila ia kelihatan dan berasa hebat..
dia pasti nampak berseri seri...
.
Berpakain menarik dengan kulit yang cantik dan mulus menyumbang kepada
kenyakinan diri seorang wanita yang membantunya berasa lebih yakin melakukan
apa saja dengan jayanya...


mengapa penuaan kulit saya berlaku??

Selain  usia, penuaan berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti
jenis-jenis pendedahan yang dialami oleh kulit dan cara penjagaan
kulit kita .Secara amnya , penuaan kulit melibatkan dua proses
-penuaan intinsik, yang berkait dengan proses penuaan semulajadi
dan pengaruh genetik dan penuaan ekstrinsik atau lambakan pelbagai
jenis kerosakan akibat faktor faktor persekitaran seperti pendedahan
terhadap matahari.Kedua dua proses ini berlaku seiringan hingga menyebabkan
tanda tanda penuaan muncul dan lambat laun akan melalui tiga
peringkat awal , pertengahan dan lanjut.Oleh yang demikian , walaupun
usia sebenar sememangnya boleh mempengaruhi penampilan kulit
usia kulit kita juga ditentukan oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran..

Thursday, November 15, 2012

berat badan bertambah?

Minyak kelapa dara menggalakan penurunan berat badan dengan
meningkatkan kadar metabolisme badan, lantas membakar lebih banyak
kalori , juga diketahui memberi pelbagai kebaikan kesihatan seperti
meningkatkan serapan nutrisi , nyahtoksid dan penyembuhan lebih cepat
dari jangkaan .....

Tiada lagi parut yang mencacatkan itu..

Bio oil adalah minyak penjagaan kulit khas yang membantu
membaiki penampilan parut, kesan regangan ,dan tona kulit
tidak sekata.Ia juga berkesan untuk merawat penuaan kulit
dan penyahidratan .Ramuan istimewa minyak purcellin dalam
rumusanya memastikan kebaikan terkandung dalam vitamin dan
ekstrak tumbuh-tumbahan digunakan dapat diserap kedalam...

mengenali ular

Ular tidak kerdipkan mata kerana tiada kelopak mata
Ular tiada telinga  dan mengesan bunyi melalui getaran
Ular tidak menguyah sebaliknya menelan makanan
Ular mengesan bau menggunakan lidah sebab itulah lidahnya kerap terjelir
Badan ular tidak basah dan berlendir sebagaimana mata kita sangka,
sebaliknya kering dan sejuk.
Ular bersalin kulit mulai dari kepala ke ekor
Ular Anaconda merupakan ular terberat
Ular senduk boleh mematuk sebaik saja menetas....

Wednesday, November 14, 2012

petua menjaga kuku

Bagi kita yang rajin, boleh juga mempraktikan petua tradisinal

menjaga kuku....

Limau nipis


Gosokkan limau nipis pada kuku dan biarkan beberapa minit kemudian
cuci dan hasilnya kuku kelihatan cantik.

belimbing buluh


bersihkan kotoran dicelah-celah kuku, kemudian ambil belimbing
buluh dan gosokan pada kuku, pastikan kulit luar belimbing juga digunakan
sekali gus untuk menguatkan kuku

kunyit hidup


kunyit hidup dapat membantu menghilangkan bau kurang enak pada kuku
campurkan parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada
tempat yang diingini , kemudian lapkan dengan tuala yang agak panas
dan akhir sekali lap dengan tuala yang kering...lihatlah hasinya....

bawang putih


bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah
caranya, gosokan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin
,ia dapat membantu menguatkan struktur kuku dan boleh mengilapkan
lagi kuku

getah buah betik


getah buah betik baik untuk membersihkan kulit diluar kuku agar 
tidak mudah pecah dan menjadi tidak mudah kering , ia dapat melindungi
kuku dengan baik jika dilakukan dengan kerap.

Tuesday, November 13, 2012

mata...mata..

~~ jangan jadikan pandangan mata seperti lalat
~~ hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk
~~ yang melihat keburukan dan kesalahan orang lain

~~ jadikan pandanga mata seperti mata lebah
~~ yang hanya memandang kewangian dan keindahan
~~hanya memandang kebaikan orang lain
~~ sehingga melupakan keburukan orang lain

mukjizat buah zaitun

zaitun body scrub
mengandungi minyak zaitun yang berpungsi sebagai anti-oksida
dan pelembab alami, butiran partikel dapat membantu menanggalkan
sel-sel mati,menjadikan kulit terasa lembut lembab dan ebih bercahaya.
ZAITUN BODY SCRUB
zaitun body soap
zaitun body soap dengan kandungan minyak zaitun membersihkan
kulit tubuh serta turut melembabkan sehingga kulit menjadi bersih ,lembut dan bercahaya setiap hari



ZAITUN BODY SOAP
ZAITUN BODY BUTTER

formula zaitun body butter yang mengandungi minyak zaitun
yang berfungsi sebagai pelembab alami kulit dapat menghindarkan
dari kekeringan, bersisik melambatkan kedutan serta dapat
menjaga kelembutan kulit...

kulit gebu tanpa panau

jika terdapat panau pada tubuh kita, jangan risau ..cuba petua ini
tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahanya
sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau
sementara itu jangan makan makanan yang menganduni lengkuas..
amalkan selalu sehingga panau tu hilang..
DAUN LENGKUAS 

Saturday, November 10, 2012

secantik cleopatra

Sejarah mencatatkan permaisuri kerajaan mesir purba ,cleopatra
bukan sahaja antara wanita paling canti didunia beliau juga dicemburi
kerana memiliki kulit lembut berseri dan halus mulus.

Berdasarkan dokumen lampau yang merekodkan kehidupanya
cleopatra dilaporkan gemar mandi susu kerana mempunyai kebaikan
bahan semula jadi itu kepada kulit.

Cleopatra bukan sembarangan wanita kerana walaupun memiliki
kecantikan yang memukau, beliau juga pemerintah terakhir
Mesir purba, mempamirkan kebijaksanaan biarpun dalam perkara
harian termasuk pemilihan barang penjagaan kulit.

Dikatakan beliau gemar berendam dalam mandian susu kambing
yang ditabur dengan kelopak bunga mawar.Bunga mawar pula dikatakan
mampu mengurangkan bau susu yang sedikit kuat.

Walaupan pada zaman itu tiada bahasa saintifik dapat mengambarkan
kebaikan susu pada kulit, sains moden mendapati ia mengandungi
komponen yang mampu membersih kulit dan memberi nutrien.

diet seimbang daripada wan sri imanie

bahan2 nya;
sebiji telur
 bahan untuk inti;
1/2 batang lobak merah (dihiris memanjang dan nipis)
1/2 cawan taugeh
1/2 biji sengkuang putih (dihiris memanjang dan nipis)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam dan serbuk perasa
dan sedikit minyak zaitun untuk menggoreng

cara menyediakan nya
untuk intinya, tumis bawang besar sehingga kekuningan
kemudian masukan lobak merah dan sengkuang
tumis sehingga sayur menjadi layu baru masukkan
taugeh.

setelah semua sayur layu , masukkan serbuk lada hitam
garam dan serbuk perasa secukupnya.gaul sebati dan ketepikan

kemudian goreng atau dadarkan sebiji telur tadi sehingga kekuningan
masukkan inti yang telah siap dan bentuk lah seperti telur bungkus

hidangan ini sesuai dimakan diwaktu petang ataupun sebelum maghrib
dihidangkan bersama secawan air suam bercampur sepotong limau nipis
selamat mencuba...

Friday, November 9, 2012

makanan yang boleh buat anda gembira

    Tahukah anda bahawa makan juga boleh membuatkan seseorang itu
berasa gembira......
     Contonya...coklat akan menambah mood seseorang tetapi ia juga
boleh membuat seseorang itu bertambah berat badan.
Dibawah ini dipaparkan beberapa saranan oleh pakar pemakanan untuk menaikan semangat anda walaupun berhadapan dengan masa yang sukar.
PISANG DAN BIJIRIN
Kedua makanan ini mengandungi tryptophan asas asid amino yang boleh menyebabkan kewujudan
serotonin yang mengawal sesetengah bahagian otak manusia.
pisang dan  bijirin ini mengandungi vitamin b6 yang boleh menukar protien dalam asid amino kepada
dopamine dan adrenaline.Malah bahan kimia yang terdapat  didalamnya boleh merawat dan menaikan
mood seseorang itu.

BERAS PERANG
Bijirin beras perang ini boleh mempengaruhi kandungan karbohidrat yang terdapat didalamnya
untuk memperlahan kan hormon yang mengawal penyerapan gula oleh tubuh.Secara tidak langsung
ia mengimbankan kadar gula dalam darah, kadar kandungan gula yang stabil dalam darah boleh membuatkan cortisol iaitu hormon stres tidak rosak.

SAYUR KAILAN DAN BROKOLI
Sayuran brokoli dan kailan ini kaya denga folate, magnisium dan kalsium.Kesemuanya penting untuk
penukaran bahan kimia dalam otak untuk menaikan semangat seseorang.

IKAN MACKEREL DAN SALMON
Hasil kajian menunjukan bahawa minyak ikan ini mengandungi omega 3 (EPA/DHA) fatty acids ini dapat meringankan mood yang sering bertukar dan mengurangkan kesedihan

jom kita masak kari ayam kapitan

assalamualaikum,
petang ni kak wan  nak kongsi resipi kari ayam kapitan sesuai
dihidang bersama nasi putih .
BAHAN BAHAN NYA;
11/2 kg ayam dibersih dan dipotong kecil
2 labu bawang besar didadu kecil
450gm kelapa parut perah dan ambil santanya
1/2 sudu serbuk lada hitam 350ml air
perahan limau nipis secukupnya
garam gula dan serbuk perasa

BAHAN A DIKISAR HALUS
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering
100 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai serai

BAHAN HIASAN DIGORENG KEKUNINGAN
10 ulas bawang merah
2 sudu besar minyak masak

CARA MENYEDIAKN NYA
1- potong ayam kecilkecil (12 bahagian)
2-panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis bawang hingga kekuningan.
3-masukan sedikit garam bersama bahan A tadi, tumis hingga terbit bau.
   tuangkan sedikit santan supaya rempah tidak melekat didalam periuk,
   kacau ia sekali sekala.
4-masuan ayam dan biarkan bahan sebati dengan ayam tadi dan biarkan
   selama beberapa minit.
5-selepas itu tuangkan baki santan , masak diatas api perlahan hingga
   ayam empuk bersama garam dan serbuk lada sulah
6-tambah sedikit air jika perlu biar hingga ia mendidih dan masukan
   perahan limau nipis.

Ok, sekarang dah masak dan boleh lah dihidangkan bersama nasi puti
sebelum tu jangan lupa baca doa dulu ye.....
selamat mencuba........

Thursday, November 8, 2012

petua untuk muka pucat dan sembab



Bangun pagi tiba tiba muka anda nampak sembab?
Iitu tandanya wajah anda letih walau pun sebenarnya anda tidak,,

 Nak tau apa sebabnya?

Terlebih ambil garam boleh menyebabkan muka nampak bengkakselain dari garam yang digunakan dalam masakan,anda jua perlu hadkan penggunaan monosodium gultamat atau msg,satu lagi kicap menambah kicap kedalam hidangan seperti menabur garam keseluruh pinggan,,,

Solekan tebal
Menyapu foundation solekan yang terlalu tebal boleh menyebabkan wajah seperti memakai topeng sekali gus menampakan anda terlalu tua daripada usia sebenar..
elak mengenakan pememerah pipi yang terlalu konta dengan warna kulit anda
kedua duanya menampak kan muka anda letih dan sembab

Tidur meniarap
Gaya meniarap ketika tidur sebenarnya memerangkap cecair dalam tisu muka
dan menyebakan muka sembab keesokan harinya
cara tidur yangbaik ialah sama ada terlentang atau mengiring kekanan.

Tidak cukup air
Dehidrasi mempercepatkan kulit waja menjadi kering sehingga anda kelihatan penat
jadi minumlah lebih 8 gelas air setiap hari sebagai rutin harian anda