Friday, November 9, 2012

jom kita masak kari ayam kapitan

assalamualaikum,
petang ni kak wan  nak kongsi resipi kari ayam kapitan sesuai
dihidang bersama nasi putih .
BAHAN BAHAN NYA;
11/2 kg ayam dibersih dan dipotong kecil
2 labu bawang besar didadu kecil
450gm kelapa parut perah dan ambil santanya
1/2 sudu serbuk lada hitam 350ml air
perahan limau nipis secukupnya
garam gula dan serbuk perasa

BAHAN A DIKISAR HALUS
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering
100 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai serai

BAHAN HIASAN DIGORENG KEKUNINGAN
10 ulas bawang merah
2 sudu besar minyak masak

CARA MENYEDIAKN NYA
1- potong ayam kecilkecil (12 bahagian)
2-panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis bawang hingga kekuningan.
3-masukan sedikit garam bersama bahan A tadi, tumis hingga terbit bau.
   tuangkan sedikit santan supaya rempah tidak melekat didalam periuk,
   kacau ia sekali sekala.
4-masuan ayam dan biarkan bahan sebati dengan ayam tadi dan biarkan
   selama beberapa minit.
5-selepas itu tuangkan baki santan , masak diatas api perlahan hingga
   ayam empuk bersama garam dan serbuk lada sulah
6-tambah sedikit air jika perlu biar hingga ia mendidih dan masukan
   perahan limau nipis.

Ok, sekarang dah masak dan boleh lah dihidangkan bersama nasi puti
sebelum tu jangan lupa baca doa dulu ye.....
selamat mencuba........

No comments:

Post a Comment