Friday, November 16, 2012

mengapa penuaan kulit saya berlaku??

Selain  usia, penuaan berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti
jenis-jenis pendedahan yang dialami oleh kulit dan cara penjagaan
kulit kita .Secara amnya , penuaan kulit melibatkan dua proses
-penuaan intinsik, yang berkait dengan proses penuaan semulajadi
dan pengaruh genetik dan penuaan ekstrinsik atau lambakan pelbagai
jenis kerosakan akibat faktor faktor persekitaran seperti pendedahan
terhadap matahari.Kedua dua proses ini berlaku seiringan hingga menyebabkan
tanda tanda penuaan muncul dan lambat laun akan melalui tiga
peringkat awal , pertengahan dan lanjut.Oleh yang demikian , walaupun
usia sebenar sememangnya boleh mempengaruhi penampilan kulit
usia kulit kita juga ditentukan oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran..

No comments:

Post a Comment