Saturday, November 10, 2012

secantik cleopatra

Sejarah mencatatkan permaisuri kerajaan mesir purba ,cleopatra
bukan sahaja antara wanita paling canti didunia beliau juga dicemburi
kerana memiliki kulit lembut berseri dan halus mulus.

Berdasarkan dokumen lampau yang merekodkan kehidupanya
cleopatra dilaporkan gemar mandi susu kerana mempunyai kebaikan
bahan semula jadi itu kepada kulit.

Cleopatra bukan sembarangan wanita kerana walaupun memiliki
kecantikan yang memukau, beliau juga pemerintah terakhir
Mesir purba, mempamirkan kebijaksanaan biarpun dalam perkara
harian termasuk pemilihan barang penjagaan kulit.

Dikatakan beliau gemar berendam dalam mandian susu kambing
yang ditabur dengan kelopak bunga mawar.Bunga mawar pula dikatakan
mampu mengurangkan bau susu yang sedikit kuat.

Walaupan pada zaman itu tiada bahasa saintifik dapat mengambarkan
kebaikan susu pada kulit, sains moden mendapati ia mengandungi
komponen yang mampu membersih kulit dan memberi nutrien.

No comments:

Post a Comment