Friday, February 25, 2011

Baik buruk pil supplements

Kebaikan:
*Bagi individu yang memerlukan disebabkan masaalah
  kesihatan ,maka pengambilan suplemen adalah digalakan
*Ibu hamil yangmencapai  tidak dapat diet seharian boleh
  mengamilnya bagi menjamin tahap kesihatan diri dan
  bayi dalam kandungan

Keburukan
*Membebankan dari segi kos jika harga nya mahal
*Bagi pil suplemen herba, kebanyakan kandungan bahan
  bahan tidak diketahui akan keberkesanannya ,ditakuti
  ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

 

Punca vitamin hilang dari makanan

* Mencuci makanan terlalu lama
*Makanan dipotong dan tidak terus dimasak.
*Bahan makanan disimpan telalu lama
*Menggunakan suhu tinggi ketika memasak
*Menggunakan terlalu banyak air ketika merebus

Cara mengelakkan makanan kehilangan vitamin
*Elak menggunakan suhu tinggi ketika memasak
*Guna air secukupnya sahaja
*Jangan memasak terlalu lama
*Jangan potong makanan terlalu kecil kerana viamin mudah keluar
*Tutup periuk ketika memasak
 

Vitamin untuk kesihatan

Mengambil vitamin dalam hidangan setiap hari adalah penting supaya
tubuh dapat terus segar,vitamin adalah salah satu daripada keperluan
pemakanan selain karbhidrat, protien,kalsium,dan mineral.

Vitamin A
vitamin A penting kesihatan penglihatan dan membantu menguatkan
tubuh daripada jangkitan pelbagai penyakit. Kekurangan vitamin A
dalam tuuh boleh menyebabkan mata mudah rabun .Sumber vitamin A
ialah buah dan sayur.

Vitamin D
Vitamin D ada pada minyak ikan , susu,sayur dan buah.Sinaran
matahari pada waktu pagi juga adalah sumber vitamin D.Dapat
meningkat kan penyerapan kalsium dan membantu memberi
kekuatan tulang.Kekurangan vitamin D memberi kesan kepada
tulang dan mengakibatkan penyakit kerapuhan tulang osteoporosis.

Vitamin E
Boleh didapati pada gandum , bijirin, kekacang dan daging. Vitamin E
membantu menyembuhkan penyakit kulit dan sebagai tindak balas
antioksidan.Kekurangan vitamin E dalam tubuh manusia bleh menyebabkan
kelemah otot,jika kita alah pada kekacang atau daging , boleh juga makan
buah dan sayur untuk mendapatkan sumber vitamin E.

Vitamin K
Vitamin K ada pada sayuran hijau,kacang buncis, brokoli,buah,minyak,
susu dan daging.Mengambil vitamin Kdalam makanan dapat membantu
proses membekukan darah.Jika kita kurang vitamin K dalam tubuh , kita
lihat kesanya jika berlaku keadaan luka pada tubuh iaitu darah kita susah
untuk berhenti mengalir.

Vitamin B1
Sumber vitamin B1 adalah bijirin,kekacang,daging tanpa lemak dan
kuning telur.Kekurangan vitamin B1 akan mudah mendapatkan rasa
semut semut pada kaki.Paling merbahaya ialah mendapat penyakit
beri beri.

Vitamin B2
Sumber vitamin B2 ialah susu ,daging,keju dan sayuran hijau.Kekurangan
vitamin B2 adalah apabila mata merasa panas dan gatal,tidak tahan cahaya
mata hilang ketajaman,bibir mulut dan lidah berasa panas

Vitamin B12
Vitamin B12 boleh membantu kita mengurangkan gejala semut semut
pada kaki dan lemah kaki.Sumber makanannya ialah, hati, ginjal, telur ,
susu,ikan,keju,dan daging.


Vitamin C
Vitamin C ada pada sayur dan buah seperti jambu batu,betik,nanas,
limau dan sayur.Kekurangan vitaminC boleh menyebabkan pendarahan
gusi pucat dan cepat letih.Vitamin C mudah larut dalam air dan apabila
dalam bentuk cecair ,vitamin ini mudah rosak apabila terdedah kepada
udara.







buah buahan dan keajaibanya

buah cherri
Kalau tidak mahu perut buncit,amalkan memakan cherri sebanyak
satu setengah cawan sehari...

Kopi
Ada orang yang tidak leh minum kopi kerana mudah pening tetapi
dalam kajian membuktikan kopi terbaik mampu meningkatkan
metabolisma seserang,

Susu rendah lemak
sudah pasti membantu menguatkan tulang ,ini penting kalau tidak
usia tidak seberapa mula sakit lutut

Jus anggur
jus anggur merah membantu jantung anda sihat selain mengawal
berat badan

kacang soya
membantu memecah lemak dalam tubuh kita, lebih baik
kalau air soya kita buat sendiri, kebersihan terjamin

tip atasi selulit

Hindari makanan yang diolah dan berlemak seperti roti putih kek
dan biskut.Lemak akan terus menuju kepaha kerana tubuh tidak
perlu  bekerja keras untuk mencerna nya

Kandungan air dan nutrien pada buah buahan serta sayuran
membantu mencegah pembentukan selulit.Serat yang tinggi
dan vitaminnya membantu memakar lemak lebih efisien

Minun 8 gelas air putih setiap hari dapat menghindari dehydration
dan membantu mengeluarkan kotoran dari sistem tubuh.
Selain itu air putih juga dapat mengendalikan nafsu makan.

Cara lain , lakukan jalan kaki dan naik tangga untuk merampingkan
bahagian yang paling banyak timbunan , seperti punggung dan
bahagian belakang kaki.

segalanya tentang selulit

Selulit yang muncul diahagian perut, paha atau punggung memang merimaskan.
Apalagi agi yang gemar tampil seksi dengan mengenakan hot pants atau skirt
pendek.Walaupun selulit tidak dapat dihilangkan sepenuhnya,namun ada beberapa
kaedah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan dan mencegah pembentukan nya.
nak tahu?

Selulit adalah garis garis kulit pecah yang selalu terdapat pada bahagian punggung
dan paha.Ia muncul disebabkan oleh pengumpulan tksid yang memusnahkan sturktur
kolagen dan elastin pada lapisan kulit serta turut membuatkan pengaliran darah
menjadi efisen

Tidak semestinya mereka yang gemuk sahaja yang menghadapi masaalah selulit
kerana ia kerap dikaitkan dengan masaalah kekurangan,kurang senaman ,sembilit
stress, keletihan, pemakanan yang tidak betul, mengamalkan gaya hidup yang tidak
sihat dan kandungan estrogen yang tinggi.Oleh itu untuk mengelakkan selulit
kita perlukan pembersihan sistem badan dan ukanya menguruskan badan.

Selulit dan penimbunan racun .Jika tubuh tidak mampu membuang racun dalam
dalam tubuh secara efektif,ia oleh merangsang pembentukan selulit.
Umumnyaia disebabkan oleh tabiat gemar makan makanan berlemak
serta mempunya gaya hidup yang kurang sihat.Untuk mengatasi
kita perlu mengurangkan pengambilan alkohol ,kopi,teh,makanan
berempah,rokok, diet yang ketat,makanan berlemak dan krim,
makanan berminyak,ubat tido dan banyak lagi.

 Biasanya selulit  akan muncul dibahagian paha, punggung, bawah paha,
betis,lengan, belakang pinggul dan perut.

Untuk mengetahui sama ada kita mempunyai atau tidak,cuba tekan
permukaan kulit dengan ibu jari,jari telunjuk atau tapak tangan
mempunyai kulit yang biasa.Namun jika terdapat gelombang kasar
atas permukaan kulit, itu adalah selulit

Selulit tidak dapat dihilangkan ,tetapi ia boleh diminimakan atau
menghalang pembentukanya.Perkara utama yang perlu kita lakukan
adalah menjaga kelancaran sistem pembuangan dalam tubuh
dan mengamalkan gaya hidup dan pemakan yang sihat

Kebiasaanya selulit muncul disaat seseroang itu mula berusia 14 tahun
namun jika kita tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, berkemunkinan
selulit akan muncur lebih awal.

Ada beberapa perkara yang bleh kita lakukan untuk mencegah
pembentukan selulit, antaranya elakkan makanan ringan, soda, makanan
,makanan segera dan lemak tepu.

Cuba sikat permukaan kulit denga sikat yang khusus setiap pagi
lakukan tanpa air,mulakan dari peha hingga kebetis.dan jangan
lupa bahaian perut

Thursday, February 24, 2011

Jika sahabat buat salah

Kita dan sahabat tidak lah selalu memiliki pendapat yang sama
kerana sahabat yang baik tidak akan mengokong sahabatnya
melakukan kesalahan.

Berikut adalah beberapa tip menghadapi sahabat yang berada
dijalan yang salah

Tunggu waktu yang tepat
Jangan sesekali meluahkan keperihatinan kita didepan orang ramai
Ajak kawan kita tu ketempat yang jauh dari orang dimana tidak ada
orang yang menggangu dirinya.

Kita juga bleh merancang waktu yang spesifik untuk mengelakkan
sebarang gangguan atau halangan.

Pilih tempat yang paling baik
Hindari berbincang dirumahnya atau dirumah kita.Tempat
tinggal dianggap sebagai halaman seseorang dan menghadapi
konflik didalam rumah dan berakhir dengan pengusiran.
Sebaliknya rancang pertemuan kita ditempat seperti ditaman
kafe atau didalam kereta.

Gunakan pendekatan yang positif
Tenang diri kita dan sentiasa ingat bahawa kita akan cuba
membantu sahabat dan bukan untuk menghukumnya.
Tulis dan latih kata kata kita sebelum bertemu denganya.
Harus diingat, pilihlah dengan hati2 istilah yang tidak akan
menyinggung konflik yang lebih besar.

Berikan sidia kesempatan berbicara
Jangan menguasai perbicaraan ataupun hanya mendengar
sahaja alasan2 yang diberikanya.
Sebaliknya ajukan beberapa pertanyaan dan dengarkan
dengan sabar setiap jawapan nya.
Bincang hal ini secara dalam2.,bawa sahabat kita untuk
melihat konsekuensi dari apa yang berlaku.

Berikan dia waktu
Jika sahabat kita menjadi marah dan mahu memutuskan
persahabatan ,berikan dia waktu untuk menyembuhkan
hati lukanya..Kemudian kembalilah berhubungan denganya
untuk menunjukkan komitmen terhadap persahabatan
tetap berjalan, sebelum menjadi terlalu lama ,mulakan
peribicaraan dengan cara yang lebih hati2

Minta bantuan pihak ketiga
Jika perilakunya terlalu bermasaalah, melanggar undang2
atau tidak bermoral , kita mungkin memerlukan bantuan
dari pihak ketiga.
Bicarakan pada anggota keluarga yang bleh dipercayai
atau sahabat yang sedia membantu membicarakan hal
tersebut .
Menjadi sahabat sama seperti menjadi anggota keluarga..

Kacang tidak sebabkan jerawat,itu hanya mitos semata2

Mesti kita selalu dengarkan kacang dan cokelat bleh menimbulkan 
jerawat diwajah.Itu sebenarnya hanyalah satu mitos .Ini kerana 
penyebab jerawat masih menjadi pro dan kontra dikalangan pakar 
kecantikan.

Namun begitu ada juga yang berpendapat untuk mencegah
timbulnya jerawat diwajah adalah dengan mengurangkan 
pengambilan gula dan makanan yang kaborhidratnya tinggi.

Pisang oh pisang

Buah pisang kaya dengan mineral seperti seperti kalium,magnesium
fosforus, kalsium dan besi

Sekiranya dibandingkan dengan jenis makanan lain ,zat besi yang
terkandung dalam pisang hampir 100% dapat diserapkan dalam tubuh.

Berdasarkan berat kering ,kadar besi pisang mencapai 2miligram per 100 gram
dan seng 0.8 mg.

Manakala epal hanya mengandungi 0.2mg besi dan 0.1mg seng untuk berat 100gram.

Bukan itu sahaja kandungan vitamin pisang juga sangat tinggi terutama provitamin A,
iaitu 45mg per 100gram berat kering ,sedang kan epal hanya 15mg.

Rempah ratus kekalkan kesihatan

Rempah ratus juga menyihatkan badan.Ia bleh menggantikan
bahan seperti garam,gula dan lemak, menjaga berat badan.

Melindungi badan daripada kanser, mengawal tekanan darah
dan gula dalam darah serta menjaga kesihatan kardiovaskular.

Berikut adalah rempah ratus yang menyihatkan


Oregano dan rosemary membantu melawan virus influeanza

Bawang putih segar membantu menurunkan tekanan darah
dan mengawal kolestrol

Kumyt mengandungi zat seperti anti-radang dan mengurangkan
risiko kanser usus.

Kulit kayu manis ,buah pala dan lada hitam membantu mengurangkan
tekanan darah.

5 minit untuk dapatkan badan yang cantik

Melatih rutin harian kita bersama teman agar lebih sistemetik

Bernafas sedalamnya dan fikirkan yang kita akan berubah.

Minumlah seberapa banyak air .

Fikirkan apa yang telah kita lakukan hari ini

Teh tarik ke teh o ais ke...

Kepada yang ingin sihat kurangkan pengambilan  minum teh dalam
kehidupan seharian kerana kandungan asid tonik yang terdapat
dalam teh akan menghalang zat besi kedalam badan kita.

Oleh itu kurang kan sikit minum teh ya

Miliki punggung yang cantik

Ketika sedang sibuk menyiapkan tugasan dihadapan komputer ,
kita bleh mencuri sedikit masa untuk berehat sambil melakukan
gerakan dan berdiri dari kerusi.Ulangi gerakan ini sebanyak 15x
dan ia secara tidak langsung boleh membantu menguatkan
otot punggung..

Sewaktu kita memberus gigi setelah bangun dari tidur ,ambil
sedikit masa untuk melakukan gerakan mengcangkung
dan berdiri.Ulangi gerakan ini sebanyak 15x ya

Betul ke senaman boleh hilangkan dara

Hilang dara sama sekali tidak ada kena mengena dengan senaman .Selaput
dara bersifat elastik dan ketebalanya berbeza pada setiap perempuan.

Ada yang memiliki selaput dara yang nipis dan ada yang mudah terkoyak.
Namun..kita perlu tahu , sebarang gerakan ketika bersenam tidak akan
menyebab kan kita kehilangan dara.

Eh benarkah jika tidak bersenam otot akan menjadi lemak

Salah! Lemak adalah sel pasif berupa timbunan tenaga.Saat bersenam, tubuh akan
mengeluarkan lebih banyak tenaga dan lemak mula terbakar dan berkurangan.

Manakala otot pula akan mula membesar kerana terpaksa menampung beban
ketika bersenam ,lemak akan mula berkurangan dan otot pula membesar.

Aromaterapi atasi stress

Sukakan wangian dan kebetulan kita sedang mengalami stress.Wangian dari minyak
essential dikatakan boleh menyembuh penyakit ringan yang disebabkan oleh stress,
misalnya masaalah pernafasan.Wap haruman yang dihidu akan masuk kedalam tubuh
lalu diserap oleh aliran darah kesistem saraf.

Selepas itu bahagian otak akan mengawal perlepasan hormon dan emosi.Cuba wangian
lavendar,lemon,dan jasmin untuk mencairkan stress kita.

ketawa terbahak bahak...hahaha

tahukah kita tertawa  terbahak bahak  akan membuatkan tubuh kita menghasilkan
endorphin yang boleh membunuh rasa sakit ,membuatkan kita berasa lebih baik
dan mengurangkan stress.

atasi stress ketika bekerja

Stress juga boleh disebabkan oleh tugas atau pekerjaan yang terlalu banyak
sehingga anda keliru untuk memulainya.Langkah bijak yang boleh anda ambil
adalah dengan mencatat segala tugasan yang perlu dilakukan.Selepas itu,
buat jadual dan senaraikan tugas yang akan dilakukan.Ia membolehkan
anda melakukan segala tugasan dengan baik serta menjadikan masa anda
leih teratur.

tipcinta

Petua Mencari Pasangan:
untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan,
tetapi nyatakan dengan hikmah yang kamu amat sukar
untuk berkenalan dengan lelaki lain.

kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas,
tidak meterialistik,mudah berterima kasih dan redha dengan setiap
pemberian lelaki tersebut.

orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian
penghargaan, dan penghrmatan kepada mereka, jesteru itu lelaki jangan la
terlalu kedekut.

orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan perasaan,
pemikiran,kehendak,keperluan,kesukaan dan kebencian.

elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang
ada pada bakal pasangan,jangan sesekali atau memalukan bakal pasangan

senyuman ikhlas,wajah yang menawan,dan bahasa badan yang penuh kemesraan
akan menambat lelaki terhadap wanita.

orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada
perbezaan sifat ,tindakan dan minat,terlalu banyak persamaan membosankan.
banyak sangat perbezaan menyesakan.

orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat
saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

walau pun belum kenal rapat dengan bakal pasangan,nyatakan yang kamu
sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir,keserasian adalah tarikan

perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap,lelaki bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

Wednesday, February 23, 2011

petua mencari cinta

@ Cinta datang melalui mata lalu turun kehati,
      jesteru itu perhebatkan hubungan mata secara
      memandang pasangan dengan penuh kasih sayang

@Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
    hantarlah kasih sayang dan hasrat murni
    terhadap pasangan dengan gelombang fikiran
    secara berterusan sehingga berjaya

@Ramai yang terlepas peluang dan patah hati
    sebab lewat menyatakan hasrat kepada pasangan
    pekara yang baik hendaklah disegerakan

@Tidak salah bagi orang perempuan memulakan
    usaha untuk berkenalan.Orang lelaki akan sentiasa
    merasakan mereka yang memulakan walaupun
    sebenarnya orang perempuan yang mulakan

@Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat
     menggunakan lidah ,mata,hati,dan bahasa badan
     elak kan bercakap sambil lewa atau kurang sopan dengan pasangan

@Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka
    beri tumpaun kepada minat dan perasaanya
    elakkan sibuk memeri tumpuan kepada diri sendiri

@Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama
    walaupun baru berkenalan.Bentuk suasana keintiman dengan
    segera agar pasangan berasa selesa

@Mungkin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah.
    kepada bakal pasangan ,semakin mudah dia menceritakan halnya
    kepada kita.

@Berdoa dan latih latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain
    dan seronok untuk didampingi orang lain.Buang perangai yang
     menyebabkan orang benci kepada kita.

@Beri sayang untuk mendapat sayang,orang yang masih ada perasaan
    benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan
    benci atau tidak menarik kepada kita...

Petua Mencari Pasangan

Jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah S.W.T.A. Tetapi sebagai hambaNya kita digalak kan berusaha mencari pasangan sendiri.Mungkin petua petua dibawah dapat memberikan inspirasi dan imbingan kepada kamu
yang masih belum bertemu teman setia

1-semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari kamu.Jarang orang
   bertemu jodoh dengan orang yang jauh darinya
2-Jodoh itu ketentuan Allahdan kita wajib berusaha.Doa, usaha yang betul dan bersungguh2 disertai dengan  
    tawakkal, insa allah akan menemukan kamu denga pasangan kamu.
3-Ramai orang masih bertemu jodoh kerana mudah patah semangat , teruskan usaha sehingga kamu bertemu 
    jodoh.
4-Seimbangkan hidup kamu dengan sempurna agar diri kamu menjadi magnet yang menarik bakal pasangan
    kamu kepada kamu
5-Daya tarikan sebenar berpusat dihati yang murni.Berusahalah untuk mencuci hati kamu daripada semua 
   perasaan negetif terhadap semua orang didunia ini.
6-Agar mudah orang sayang ,cuci hati dengan jaga ibadah,solat taubat,beristghfar,baca Al-Quran, maafkan  
    orang lain ,meminta maaf,besedekah dan berfikiran fositif
7-Sayangi semua orang disekitar kamu agar kamu mudah disayangi,jika kamu membenci orang ditakuti
    bakal pasangan kamu takut membenci kamu
8-Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada
    bila2 masa.Jesteru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa.Tanggapan 
    pertama adalah penting
9-Untuk lelaki,tarikan pertama ialah pakain nya, untuk perempuan wajah dan bentuk badanya menjadi
    tarikan pertama.Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan kamu.
10-Buka hati dan minnda kamu untuk menerima cinta.Cinta boleh berputik pada bila bila masa.
      Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta

anda insan yang mana satu????

insan yang berfikiran tinggi gemar berkata2 tentang ilmu...
insan berfikiran sederhana gemar berkata tentang peristiwa...
insan berfikran gemar berkata2 tentang insan lain....

Yang mana satu anda??

sekali pandang hatiku terus terbuka untukmu sayang...

hehe saja nak bagi tip memikat sidia..
~~jangan terlalu gopoh menyuarakan isi hati...
~~kenal hati budinya dan berkawan agar dia selesa dengan kita
~~ketahui apa yang dia suka dan jangan lakukan perkara yang menjadi kepantangan nya...
~~Buat dia gembira dengan kejutan istemewa
~~hormati dirinya
~~bersikap sopan santun dengan menjaga percakapan dan perbualan
~~jangan memaksa dirinya
~~selepas agak lama berkenalan dan yakin, barulah kita luahkan sis hati....ermmm
~~beri masa kepadanya membuat keputusan.
~~berdoa kepada Allah agar kita mendapat jodoh yang baik...

aduhai isteri berjawatan besar

salam,
Bagi isteri2 yang berjawatan tinggi, ingatlah kita tetap seorang isteri
lima perkara dibawah harus sentiasa ada dalam ingatan kita untuk memastikan rumahtangga kita harmoni

fikir sebelum berkata kata
Tugas sebagai ketua ditempat kerja dan peranan sebagai isteri kadang2 membuatkan wanita pening sendiri,
oleh itu sebelum berkomunikasi dengan suami, tarik nafas dan fokuskan perhatian padanya.
Jangan sampai kita menggunakan nada bicara dengan suami sama seperti kita mengarah pekerja bawahan.
fikir dulu seelum berkata2 agar kita tidak dilihat hilang rasa hormat pada suami

Sentiasa berhubung
teruskan rutin sms,emel , atau panggilan telefon seperti sewaktu kita sedang bercinta dulu.
Inilah sebenarnya komunikasi yang bakal mengelak ketegangan dalam perhubungan.
Kita juga boleh menggnakan cara ini untuk meminta maaf, meluahkan kekesalan ,memelihara
perhubungan walaupun pada masa yang sangat terhad

minta pemahaman
berterus terang dengan suami tentang kerja kita yang mungkin memerlukan banyak masa.
ia penting supaya suami dan sentiasa bersedia untuk membantu kita.Selain itu pastikan kita sentiasa
memberitahu suami lebih awal jika memerlukan pertolongan darinya.Sebagai contohnya sekiranya
kita perlu bekerja lebih masa esok hari hari, beritahu kepadanya sehari atau dua hari lebih awal
supaya dia bersedia dan tidak marah

Dapatkan pandangan suami
walaupun kita banyak menyumbang pada kewangan keluarga tapi pandangan suami harus diminta
dalam setiap keputusan keluarga.Misalnya tentang persekolahan anak2 dan juga keperluan rumah
alangkah baiknya jika mengajak suami berfikir bersama2 dan minta pendapatnya.
ini menggambarkan bahar kita sentiasa menempatkan dirinya ditempat yang teratas dan penuh hormat.

Kurangkan sikap suka mengarah
Sebagai ketua kepada staf ditempat kerja ,sikap mengarah memang cukup dekat dengan diri kita
akan tetapi bila berada berada dirumah disamping suami,sikap itu harus dibuang sama sekali,
seagai lelaki apatah lagi ketua keluarga, suami pasti tidak menyenangi,ia juga menjurus rasa tidak puas hati
yang kemudian berlarutan menjadi punca pertekaran.....

fahami tubuh sendiri untuk langsing

siapa yang paling arif tentang keadaan tubuh kita selain kita sendiri?
jadi tentunya hanya kita sahaja yang tahu makanan apa saja yang baik untuk kesihatan tubuh kita.
berapa banyak kuantitinya, baik buruk makanan tersebut dan sebagainya.
ubahlah lah sikit pola makanan kita kepada yang lebih sihat sesuai dengan keadaan tuuh kita
jangan lupa ambil berat tentang keperluan kalori kita setiap hari
cuba ikuti tip dibawah ini:

pelajari makanan......
perhatikan kandungan serat,protien,vitamin,mineral dan antioksidan yang terdapat dalam makanan
yang kita pilih
pelajari juga jenis2 makanan baru serta cara menggabungkan antara makanan baru ini
jangan lupa hitung kalori yang bakal masuk kedalam tubuh kita

makan perlahan:
makan perlahan sekurang2nya 20minit setiap kali anda menguyah makanan supaya tubuh memiliki
waktu untuk berasa kenyang sebelum kita mengisinya lagi

buat perancangan
buat perancangan menu makan, sekurang2nya selama seminggu untuk menyeimbangkan
pengambilan makanan yang kurang sihat pada hari2 sebelumnya

pasar sayur:
bagi setiap minggu pasti ada sayur, oleh itu cara terbaik untuk mendapatkan pelbagai khasiat sayur
adalah dengan pergi kepasar sayur.Pelbagai jenis sayur boleh kita dapati untuk mempelbagaikan
khasiat serta menu sihat kita setiap hari

jangan celarukan pola makanan
pastikan kita tidak mencelarukan pola makanan kita.Renung beberapa ketika untuk melihat kembali
makanan terbaik untuk kita makan, walau dalam waktu yang sukar sekali pun

tulis menu makan
apabila kita menulis,kita menyedari apa yang telah dimakan sepanjang tempoh tertentu hingga kita
dapat mengubah dan memperbaiki menu kita
selain itu kita juga dapat menguah kebiasaan buruk kita terhadap makanan yang kurang sihat
sehingga lama2 kita dapat berubah kearah gaya hidup yang sihat

jumpa pakar
sesekali, berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapat saranan terbaik tentang pemakanan
sihat

berfikiran positif
makanan dan berat badan merupakan dua aspek yang amat merungsingkan.
tetapi dengan mengingatkan diri sendiri agar mengubah kebiasaan buruk
pasti pola pemikiran kita akan berubah menjadi lebih positif

bersabar
bersabarlah , kerana untuk melakukan perubahan sememangnya memerlukan masa yang agak panjang.
jadi kuatkan semangat dan jangan mengalah

cari sokongan
cuba cari sokongan dengan pelbagai cara seperti saling mengingati sahabat yang mempunyai
matlamat yang sama dengan kita
selain sama2 berjaya lebih langsing hubungan kita juga menjadi lebih erat...