Google+ Followers

Wednesday, February 23, 2011

aduhai isteri berjawatan besar

salam,
Bagi isteri2 yang berjawatan tinggi, ingatlah kita tetap seorang isteri
lima perkara dibawah harus sentiasa ada dalam ingatan kita untuk memastikan rumahtangga kita harmoni

fikir sebelum berkata kata
Tugas sebagai ketua ditempat kerja dan peranan sebagai isteri kadang2 membuatkan wanita pening sendiri,
oleh itu sebelum berkomunikasi dengan suami, tarik nafas dan fokuskan perhatian padanya.
Jangan sampai kita menggunakan nada bicara dengan suami sama seperti kita mengarah pekerja bawahan.
fikir dulu seelum berkata2 agar kita tidak dilihat hilang rasa hormat pada suami

Sentiasa berhubung
teruskan rutin sms,emel , atau panggilan telefon seperti sewaktu kita sedang bercinta dulu.
Inilah sebenarnya komunikasi yang bakal mengelak ketegangan dalam perhubungan.
Kita juga boleh menggnakan cara ini untuk meminta maaf, meluahkan kekesalan ,memelihara
perhubungan walaupun pada masa yang sangat terhad

minta pemahaman
berterus terang dengan suami tentang kerja kita yang mungkin memerlukan banyak masa.
ia penting supaya suami dan sentiasa bersedia untuk membantu kita.Selain itu pastikan kita sentiasa
memberitahu suami lebih awal jika memerlukan pertolongan darinya.Sebagai contohnya sekiranya
kita perlu bekerja lebih masa esok hari hari, beritahu kepadanya sehari atau dua hari lebih awal
supaya dia bersedia dan tidak marah

Dapatkan pandangan suami
walaupun kita banyak menyumbang pada kewangan keluarga tapi pandangan suami harus diminta
dalam setiap keputusan keluarga.Misalnya tentang persekolahan anak2 dan juga keperluan rumah
alangkah baiknya jika mengajak suami berfikir bersama2 dan minta pendapatnya.
ini menggambarkan bahar kita sentiasa menempatkan dirinya ditempat yang teratas dan penuh hormat.

Kurangkan sikap suka mengarah
Sebagai ketua kepada staf ditempat kerja ,sikap mengarah memang cukup dekat dengan diri kita
akan tetapi bila berada berada dirumah disamping suami,sikap itu harus dibuang sama sekali,
seagai lelaki apatah lagi ketua keluarga, suami pasti tidak menyenangi,ia juga menjurus rasa tidak puas hati
yang kemudian berlarutan menjadi punca pertekaran.....

No comments:

Post a Comment