Thursday, February 24, 2011

Jika sahabat buat salah

Kita dan sahabat tidak lah selalu memiliki pendapat yang sama
kerana sahabat yang baik tidak akan mengokong sahabatnya
melakukan kesalahan.

Berikut adalah beberapa tip menghadapi sahabat yang berada
dijalan yang salah

Tunggu waktu yang tepat
Jangan sesekali meluahkan keperihatinan kita didepan orang ramai
Ajak kawan kita tu ketempat yang jauh dari orang dimana tidak ada
orang yang menggangu dirinya.

Kita juga bleh merancang waktu yang spesifik untuk mengelakkan
sebarang gangguan atau halangan.

Pilih tempat yang paling baik
Hindari berbincang dirumahnya atau dirumah kita.Tempat
tinggal dianggap sebagai halaman seseorang dan menghadapi
konflik didalam rumah dan berakhir dengan pengusiran.
Sebaliknya rancang pertemuan kita ditempat seperti ditaman
kafe atau didalam kereta.

Gunakan pendekatan yang positif
Tenang diri kita dan sentiasa ingat bahawa kita akan cuba
membantu sahabat dan bukan untuk menghukumnya.
Tulis dan latih kata kata kita sebelum bertemu denganya.
Harus diingat, pilihlah dengan hati2 istilah yang tidak akan
menyinggung konflik yang lebih besar.

Berikan sidia kesempatan berbicara
Jangan menguasai perbicaraan ataupun hanya mendengar
sahaja alasan2 yang diberikanya.
Sebaliknya ajukan beberapa pertanyaan dan dengarkan
dengan sabar setiap jawapan nya.
Bincang hal ini secara dalam2.,bawa sahabat kita untuk
melihat konsekuensi dari apa yang berlaku.

Berikan dia waktu
Jika sahabat kita menjadi marah dan mahu memutuskan
persahabatan ,berikan dia waktu untuk menyembuhkan
hati lukanya..Kemudian kembalilah berhubungan denganya
untuk menunjukkan komitmen terhadap persahabatan
tetap berjalan, sebelum menjadi terlalu lama ,mulakan
peribicaraan dengan cara yang lebih hati2

Minta bantuan pihak ketiga
Jika perilakunya terlalu bermasaalah, melanggar undang2
atau tidak bermoral , kita mungkin memerlukan bantuan
dari pihak ketiga.
Bicarakan pada anggota keluarga yang bleh dipercayai
atau sahabat yang sedia membantu membicarakan hal
tersebut .
Menjadi sahabat sama seperti menjadi anggota keluarga..

No comments:

Post a Comment