salam .
apa kata hari ini kita masak kurma kambing untuk hidangan keluarga,masakan ni tak pedas,anak2 kecil kita pun boleh makan,,,,
bahan bahanya...
2 paket serbuk santan(4 cawan air suam)
5 sudu besar serbuk rempah kurma adabi,
2 bunjut sup adabi,
2cm halia
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji buah badam
3 tangkai cili hijau
2tangkai cili merah
1 labu bawang besar
2 biji tomata
2 sudu besar bawang goreng
sedikit daun pudina
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
minyak untuk menumis
1 sudu teh asam jawa
garam secukup rasa
CARA MEMASAK
pijarkan minyak tumis sup bunjut adabi hingga naik bau.Masukkan bahan kisar dan rempah kurma tumis hingga garing dan pecah minyak.
masukkan daging kambing biarkan ianya masak
masukkan santan didihkan sampai pekat akhir sekali masukkan bawang besar tomato cili dan masukkan asam jawa dan garam secukup rasa
bila hendak diangkat masukkan daun pudina bawang goreng daun sup dan daun bawang
selamat mencuba dan selamat berbahagia bersama keluarga
No comments:
Post a Comment