Google+ Followers

Sunday, May 9, 2010

petua mak nenek

Untuk rambut lebat panjang mengurai....
Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah.Rebus serai sehingga mendidih dan apabila sejuk sapukan air serai secara merata pada rambut .Ramas juga pada bahagian kulit kepala.Biarkan selama dua jam dan kemudian basuh seperti biasa...

Untuk hilangkan pedarahan akibat buasir
Ambil pokok lada yang masih kecil dan rebus.Minum air rebusan disetai dengan selawat bagi menggantikan air minuman biasa

Untuk tumit kaki kasar;
untuk melicinkan tapak kaki kita, ambil sebuku halia dan gosok ketumit kaki yang kasar .Lakukan dua kali sehari pagi dan malam.


Untuk hindarkan kutu dikepala
Ambilkan lima ulas bawang putih dan tumbuk lumat .Campurkan dengan suku cawan minyak kelapa.Lumurkan pada rambut dan kulit kepala.Bungkus selama tiga jam dan kemudian cuci .Lakukan dua kali seminggu.

No comments:

Post a Comment