salam,pagi tadi sebelum pergi keje kak emma terjumpa kawan lama,nampak dia macam tak ceria ,kulit kusam
diterjah penuaan pra matang dan tona kulit yang tidak sekata.Tak tergerak hati nak tanya dia kenapa,tapi rasanya macam kak emma tau apa puncanya....apa pun jangan biarkan penuaan mengganggu dirimu....
ayuh berkongsi rahsia bersama......
Cuba berendam dalam bath tub berisi campuran air dan susu tepung selama 20minit.Berendam dengan susu
bagus untuk kulit kerana susu banyak mengandungi protien ,lemak,vitamin,minaral ,kalsium, fosfat,dan magnesium , yang mampu menghaluskan dan melembabkan kulit.
Memang sakit hati jika ada selulit atau stretch mark dibeberapa bahagian tubuh dan ini membuat kita berasa
rendah diri.Ada solusinya,iaitu dengan melumatkan daun sirih dan oleskan merata pada bahagian tubuh yang terdapat tanda regangan. Sirih mengandungi minyak yang berfungsi sebagai antiradang dan untuk mengurangi
rasa tegang dan kejang setelah seharian beraktiviti.
Berendam didalam air hangat yang dicampur lima camca besar garam dipercayai membuat tubuh relaks serta
melarutkan racun dalam tubuh.Hasilnya kulit halus tubuh sihat, dan fikiran tenang.jika kita ada penyakit darah tinggi,dapatkan nasihat doktor sebelum melakukanya.
Cuba manfaatkan lemon apabila kita ingin kuku tangan cantik menawan.Rendam kaki didalam campran air hangat dengan perahan lemon selama tiga minit.Amalam menancapkan kuku tangan pada potongan lemon
mampu menghilangkan noda kekuningan pada kuku akibat merokok...................ala merokok ke korang? ish ish ish...
No comments:
Post a Comment