Monday, November 8, 2010

Bintik-Bintik Hitam Di Wajah



Gambar sekadar hiasan


Bintik-bintik hitam yang terdapat pada wajah berbeza dengan kerana ia muncul pada setiap waktu dan tidak terikat dengan peringkat umur tertentu. Bintik-bintik itu muncul dengan sebab banyaknya pengeluaran lemak di bawah lapisan permukaan kulit.

Adakalanya dengan zahirnya penggunaan bahan-bahan kimua dalam kecantikan wajah seperti alat-alat mekap buatan. Ilmu kedoktoran masyarakat menyifatkan sebilangan petua semulajadi untuk menghilangkan bintik-bintik hitam bawah pada wajah di antaranya :

1. Membasuh wajah dengan larutan thyme(sejenis kemangi) darat yang boleh diperbuat dengan satu sudu kecil thyme darat untuk direbus dalam secawan air yang mendidih selama sepuluh minit lalu ditapiskan kemudian disapukan pada bintik-bintik hitam dalan keadaan suam sebanyak dua kali sehari dalam tempoh satu bulan.

2. Membasuh wajah dengan larutan daun artichoke yang boleh diperbuat dengan segengga daun artichoke lalu direndamkan dalam setengah liter air mendidih dan ditapis kemudian disapukan pada wajah dua kali sehari.

3.Ilmu kedoktoran masyarakat Arab menyifatkan beberapa petua untuk merawat bintik-bintik hitam diantaranya ialah jus bawang putih dicampurkan dengan garam dan minyak lalu diletakkan atas bintik-bintik tersebut.

4. Jus biji delima yang dicampurkan dengan cuka dengan mengisarkan sekitar 100gram biji delima dan meletakkan sepuluh titis cuka padanya lalul disapukan pada binti-bintik hitam tersebut sekali sehari dala tempoh satu minggu.

5. Anda boleh menggunakan jus lemon dan menggosokan pada wajah anda yang terdapt bintik-bintik hitam. kemudian letakkan sedikit garam halus atas bintik-bintik hitam tersebut kemudian basuh  wajah anda selepas tiga minit dengan air suam.

6. Anda boleh menggunakan petua-petua ringan yang tidak menimblkan sebarang kesakitan seperti menggunkan larutan nettle(jenis tumbuhan) dan memolesi wajah anda dengannya,dengan cara meletakkan dua  sudu kecil nettle dalam secawan air mendidih dan membibikannya selama lima minit kemudian ditapis dan disapukan pada bintik-bintik hitam.

7. sebagaimana anada boleh menggunakan kompres dari bunga chamomile dan elder dengan melarutan satu sudu kecil bunga chamomile bersama satu sudu kecil bunga elder dalam setengah liter air mendidih. Biarkannya selama 15minit kemudian di tapiskan dan di basuh waja dengan larutan tersebut sebanyak dua kali sehari dalam tempoh satu minggu.

No comments:

Post a Comment