Google+ Followers

Friday, November 12, 2010

Sepetang dengan Hidangan yang sejuk dan lembut.;)

hurmm..
me baru siap buat puding kastard koktel buah-buahan untuk dinikmati seisi keluarga.simple je kot tapi sedap dimakan,nak2 weather kat cuaca hot2 pulak tu..hehe

jom kita lihat bahan-bahan2 yang diperlukan untuk membuat puding koktel ni

bahan-bahan

  • 1potong kek gulung
  • 250gm kastard halus
  • 500gm gula 
  • 1000ml air
  • 250ml susu cair
  • sedikit garam
Bahan Puding Merah
  • 10gm agar-agar
  • 500ml air
  • sedikit garam
  • 2sudu besar gula
  • sedikit pewarna merah

cara membuat:
  • potong kek dan susun dalam bekas kaca yang memanjang. Tuangkan sedikit sirap buah-buahan campuran dalam tin agar kek lebih cantik. Ketepikan.
  • Masukkan kastard,gula dan susu cair dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
  • masukkan pula air dan sedikit garam dan kacau rata
  • masak adunan kastard di atas api yang serdahana. sentiasa kacau sehingga pekat.
  • Tuangkan kastard diatas kek tadi.
  • Tabur buah-buahan campuran tanpa siram. Sejukkan selama 10minit dalam peti sejuk.
  • Sementara menunggu sejuk, masak agar-agar sehingga hancur dan mendidih.
  • Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan pewarna merah. Kacau rata dan tutup api. Akhir sekali, tuangkan adunan diatas puding kastard tadi agar kelohatan cantik dan berlapis.Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
selamat mencuba ye.;)

No comments:

Post a Comment