bahan bahanya
1 kg beras nasi dagang
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 inchi halia (dimayang halus)
1 sudu teh halba
1 biji kelapa (ambil pati sahaja)
450 ml air
cara membuatnya:
beras direndam selama 8-10 jam
selepas itu dikukus hingga hampir masak
keluarkan beras dan gaul rata dgn air dan kukus semula selama 10 minit
apabila masak keluarkan dari kukus dan gaul dengan bawang merah dan halia yang dimayang
serta halba tadi..
gulai ikan tongkol
700gm ikan direbus
1in kunyit(dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
1 inchi halia(dikisar)
1 kg santan pekat
3 camca cili boh
2 camca rempah kari
2 camca kerisik
20 biji cili padi
4 keping asam keping
garam secukup rasa
cara membuatnya:
masukkan santan kedalam periuk dan masak hingga pecah minyak
selepas itu masukkan bahan2 kisar dan kacau hingga sebati
masukkan pula kerisik, cili boh , rempah kari dan asam keping
apabila sudah pecah minyak masukkan pula kan yg telah direbus tadi
kemudian masukkan cili padi serta garam secukup rasa dan kacau hingga masak
apabila sudah masak bolehlah diangkat dan sedia dihidangkan bersama nasi dagang..
No comments:
Post a Comment