Google+ Followers

Saturday, November 13, 2010

PAI EPAL HIJAU

PAI EPAL HIJAU
bahan inti:
8 biji epal
2 sudu jus lemon
1 sudu tepung jagung
100gm gula
15gm mentega

bahan pastri:
250gm tepung gandum
125gm mentega
sedikit garam
sedikit air sejuk

cara membuat bahan pastri:
gaul tepung,gula dengan mentega hingga menjadi serbuk roti
masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh sederhana lembap.sejukkan 30 minit
bahagi 2 pastri dan canai sebelum dimasukkan kedalam acuan
potong kecil bahagian satu lagi untuk disilang dibahagian atas pai
nipiskan satu lagi untuk bahagian atas..sejukkan

bahagian inti
masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak selama lima minit. sejukkan
masukkan kedalam acuan yang diatas tadi, letakan intinya sebelum ditutup secara bersilang
dengan bahagian yang satu lagi
kemudian dibakar selama 45minit
hidangkan sebagai makanan pencuci mulut

No comments:

Post a Comment