Friday, November 19, 2010

hilangkan hanyir pari....

caranya cukup mudah,
sebaik selesai menyiang ikan pari, rendamkan dengan kapur sirih yang dicampurkan air.
biarkan seketika, kemudian basuh pari hingga bersih barulah masak ikut selera kita

rahsia bendi tak berlendir

petua bagi mengelakkan bendi berledir ketika memasak gulai atau kari,
sebelum menumis bawang ,goreng dahulu bendi tanpa minyak untuk seketika.
angkat dan masak seperti biasa.

asparagus goreng

10 batang asparagu,
4 ekor udang
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam

cara cara membuatnya,
tumis bawang putih bersama udang
setelah naik bau, masukkan asparagus,
apabila agak masak masukkan sedikit garam dan gula serta sos tiram.

brokoli goreng

bahan bahan
brokoli - dipotong kecil
4 ekor udang
2 biji bawang putih
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
serbuk perasa
1 sudu sos tiram


 cara membuat
tumiskan bawang putih
setelah naik baik bau, masukkan brokoli dan udang serta sedikit air
masukkan sos tiram dan bahan perasa kacau dan biarkan sehingga masak.

kerabu kacang botol

bahan bahannya,
300g kacang botol-dipotong halus
100g isi ayam,
2 tangkai cili padi
2 biji bawang merah
1 tangkai cili merah
1 sudu pes tomata
1/2 sudu santan
1 sudu air llimau
sedikit kicap sotong
sedikit gula

cara membuatnya,
rebus isi ayam selama 2 minit
letakkan kacang botol bersama isi ayam
gaulkan bersama kesemua bahan sehingga rata...

Thursday, November 18, 2010

nasi dagang..

bahan bahanya
1 kg beras nasi dagang
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 inchi halia (dimayang halus)
1 sudu teh halba
1 biji kelapa (ambil pati sahaja)
450 ml air

cara membuatnya:
beras direndam selama 8-10 jam
selepas itu dikukus hingga hampir masak
keluarkan beras dan gaul rata dgn air dan kukus semula selama 10 minit
apabila masak keluarkan dari kukus dan gaul dengan bawang merah dan halia yang dimayang
serta halba tadi..

gulai ikan tongkol
700gm ikan direbus
1in kunyit(dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
5 ulas bawang merah (dikisar)
1 inchi halia(dikisar)
1 kg santan pekat
3 camca cili boh
2 camca rempah kari
2 camca kerisik
20 biji cili padi
4 keping asam keping
garam secukup rasa

cara membuatnya:
masukkan santan kedalam periuk dan masak hingga pecah minyak
selepas itu masukkan bahan2 kisar dan kacau hingga sebati
masukkan pula kerisik, cili boh , rempah kari dan asam keping
apabila sudah pecah minyak masukkan pula kan yg telah direbus tadi
kemudian masukkan cili padi serta garam secukup rasa dan kacau hingga masak
apabila sudah masak bolehlah diangkat dan sedia dihidangkan bersama nasi dagang..

bibir cantik menawan

bagi mengatasi masaalah bibir pecah dan kering,
sapukan bibir dengan susu sejuk,
lakukan urutan ringan pada bahagian bibir.
kemudian bilas dengan air,,
ia mampu memulihkan masaalah tersebut...

selamat mencuba...

bibir cantik menawan

bagi mengatasi masaalah bibir pecah dan kering,
sapukan bibir dengan susu sejuk,
lakukan urutan ringan pada bahagian bibir.
kemudian bilas dengan air,,
ia mampu memulihkan masaalah tersebut...

selamat mencuba...

Wednesday, November 17, 2010

petua mencerahkan kulit muka secara semula jadi

bagi mendapatkan kulit lebih cerah,parut lobak merah
dapatkan airnya dan sapu diwajah
amalkan selalu....
it
cara mudah untuk menghilangkan rekehan dan daki yang terdapat ditelapak  tangan dan tumit kaki
ambil sebiji buah betik muda ,potong dan ambil getahnya,kemudian sapukan ditempat tersebut gosok
hingga kotor hilang,setelah itu bilas dengan air..

rahsia kuku menawan

cuci bersih tangan dengan menggunakan sabun cuci tangan , pastikan setiap bahagian kuku
terkena sabun ,untuk menghilangkan debu dan kuman yang melekat.Kemudian bilas hingga bersih

gunting dan bentuk kuku sesuai keinginan kita, sebelum mula membentuk kuku,kikir dahulu dengan
alat pengikir kuku, mulai dari bahagian hujung luar kuku ibu jari sampai jari kelingking. kikir hujung kuku
kearah bawah ,agar permukaan kuku menjadi halus

setelah jari jemari halus, mulailah emembentuk kuku dengan menggunakan satu set peralatan
gunting kuku.

agar kuku terlihat natural dan bersinar, gunakanlah nail buffer untuk menghaluskan dan mengkilapkan
permukaan kuku kita.Keadaan kuku yang bersinar dan berkilalu mampu bertahan selama satu minggu

gunakan krim tangan untuk menjaga kelembapan dan kelembutan tangan..

bagi yang gemar menggigit kuku sendiri, hentikan segera tabiat ini kerana selain kuman mudah masuk
kedalam tubuh, kebiasaan menggigit kuku juga akan mer
osakkan penampulan kuku kita.

kulit gebu tanpa daki

masaalah daki memang merimaskan terutama kepada gadis yang begitu menjaga kulit badan.
Jangan bimbang kerana daki tersebut boleh dihilangkan .Apa yang kita lakukan ialah rendamkan
segenggam beras kemudian tumbuk hingga lumat bersama dua inci kunyit hidup .Selepas itu sapukan pada
badan dan biarkan seketika, bila hampir kering gosokkan bahan tersebut hingga jatuh , selepas itu
barulah dicuci dengan air hingga bersih...

pulihkan sakit tekak

p
jika kita mengidap sakit tekak kita perlu mendapatkan beberapa keping asam keping.
asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus,setelah itu ditumbuk dan 
digaul dengan sedikit air sirih.Setelah itu sapukan pada bahagian tekak insy allah
kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita,
untuk menghilangkan ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurk dengan sedikit air,sapukan
pada muka yang berjerawat batu sebelum masuk tidur, lakukan 3 kali seminggu, insya allah jerawat
batu akan hilang...

lengkuas hilangkan panau

panau yang terdapat pada wajah atau badan boleh mencacatkan penampilan seseorang
bagi yang mengalami masaalah ini cubalah petua ini
ambil lengkuas sebesar ibu jari kaki, dibuang kulit arinya, dan cuci bersih,
kemudian tumbuk sehingga hancur, lalu dibungkus dengan kain perca,
dan diikat kemas kemas, gosokkan pada kulit yang berpanau...

selamat mencuba...

mari lentik kan bulu mata...


m
memiliki bulu mata yang lentik memang menjadi idaman setiap wanita
oleh itu bagi mereka yang inginkan bulu mata yang melentik kita boleh
amalkan petua ini, caranya sangat mudah, kita hanya perlu ambil daun 
lidah buaya dan sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum masuk tidur
amalkan setiap malam agar hasil nya memuaskan hati
insya allah bulu mata akan melentik dengan semula jadi dan 
boleh lah menggunakan maskara untuk mencantikan dan memanjangkan 
lagi bulu mata.......

atasi rambut gugur

Masaalah rambut gugur memang membimbangkan walaupun telah mencuba pelbagai syampoo,
namun masaalah tersebut masih tidak berkurangan,usah risau!! untuk mengatasi rambut gugur ,
ambil segenggam kacang hijau dan rebus sehingga air rebusan bewarna kan hijau.Pasti jangan
sampai kering, biarkan air tersebut sejuk sejuk dahulu, dan kemudian sebelum tidur sapukan air
tersebut pada akar rambut.Biarkan semalaman dan syampu rambut keesokan harinya.
insy allah masaalah rambut gugur akan dapat diatasi sedikit demi sedikit...

kulitku halus mulus

pelbagai cara boleh digunakan untuk menegangkan kulit badan.Namun awas! Pastikan kita tidak menggunakan
bahan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.Kepada mereka yang ingin menegangkan kulit muka , apa kata kalau kita cuba petua ini,........

.....dengan hanya menggunakan buah kurma ,cranberry,jus appricot dan oatmeal, ambil kesemua bahan ini
dan kisar sehingga halus ,selepas itu basah kan tubuh dengan air suam lalu lumur dan gosok badan tadi,
lakukan dengan lembut dan perlahan lahan, selepas itu mandi seperti biasa dengan menggunakan air sejuk
jangan lupa sapukan losyen badan selepas mandi agar kulit kita menjadi bersih dan halus...

Sunday, November 14, 2010

khasiat susu ibu

susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul,
sebaik selepas melahirkan ,susu pertama kental bewarna kekuningan.
susu ini dinamakan kolostrum, khasiatnya amat tinggi, kandungan protiennya 3x ganda
melebihi susu ibu biasa,ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit,selsema dan radang paru2
malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama untuk bayi.

susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut
keperluan bayi membesar
komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi
ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak

selain itu ia juga bersih dan bebas bakteria serta mengandungi anti jangkitan penyakit.
akhirnya sel darah putih hidup yang membunuh bakteria
susu ibu bersedia bila bila masa dan sentiasa steril , susu ibu tidah pernah rosak dan sentiasa segar
ia juga dikatakan mampu merangsang kecerdasan otak bayi
mengeratkan antara hubungan ibu dan anak...

minyak masak tanggalkan getah

bagi menanggalkan getah nangka atau pun buah cempedak yang terkena ditangan
gunakan lebihan minyak masak didapur,gosok secara lembut kerana dengan mudahnya
getah tersebut akan tertanggal...

tebu lembutkan daging

bagi mengelakkan daging  liat ketika dimasak
masukkan tebu yang telah dibuang kulitnya
dan dimasukkan kedalam masakan
ia amat sesuai ketika memasak rendang mahupun sup
tebu bukan saja melembutkan daging malah melazatkan makanan.
petua bagi mengelakkan cili yang dikisar daripada cepat rosak dengan menyimpan nya didalam balang kaca
ia mampu bertahan sehingga sebulan..

air daun pandan buang lemak

bagi mereka yang ingin mengurangkan lemak ditubuh
boleh amalkan petua ni.
dapatkan 24 helai daun pandan dan diikat
kemudian rebus daun pandan itu hingga airnya menjadi putih.
amalkan meminum segelas sehari....

selamat mencuba....

putihkan bahagian bawah lengan kita...


salam selamat petang semua,

bagi sesapa yang bermasaalah dan tercari2 bagaimana nak putihkan bahagian bawah ketiak,
apa kata cubalah petua ni,caranya dapatkan beberapa helai daun limau purut,dan gosokkan
daun tersebut pada bahagian ang gelap...insya allah  selamat mencuba...

Saturday, November 13, 2010

Tart Buah buahan..

                                  Gambar Sekadar Hiasan sahaja.;)


BAHAN TART
500gm tepung gandum
250gm mentega lembut
120gm gula aising
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh air sejuk

BAHAN INTI
200gm coklat masakan -dicairkan
100gm tepung kastard segera
240 ml air
buah kiwi ,pic dan ceri merah - dihiris

BAHAN JELI
250 ml air
80gm gula pasir
12gm jeli segera

CARA MEMBUAT TART:
satukan tepung gandum dan gula aising didalam mangkuk
campurkan mentega dan gaul hingga menjadi serbuk kasar
masukkan esen vanila, kuning telur dan air sejuk
uli sehingga menjadi doh yang lembut
rehat selama 15minit
canai dan terap doh didalam acuan tart
bakar selama 10minit atau sehingga masak pada suhu 180c, keluarkan daripada ketuhar dan ketepikan

BAHAN INTI:
satukan tepung kastard dan air didalam periuk. Masak diatas api perlahan sehingga
pekat.Masukkan kedalam beg piping
susun buah buahan diatas inti
kemudian sapu jeli diatas buah yang disusun tadi...

PAI EPAL HIJAU

PAI EPAL HIJAU
bahan inti:
8 biji epal
2 sudu jus lemon
1 sudu tepung jagung
100gm gula
15gm mentega

bahan pastri:
250gm tepung gandum
125gm mentega
sedikit garam
sedikit air sejuk

cara membuat bahan pastri:
gaul tepung,gula dengan mentega hingga menjadi serbuk roti
masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh sederhana lembap.sejukkan 30 minit
bahagi 2 pastri dan canai sebelum dimasukkan kedalam acuan
potong kecil bahagian satu lagi untuk disilang dibahagian atas pai
nipiskan satu lagi untuk bahagian atas..sejukkan

bahagian inti
masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak selama lima minit. sejukkan
masukkan kedalam acuan yang diatas tadi, letakan intinya sebelum ditutup secara bersilang
dengan bahagian yang satu lagi
kemudian dibakar selama 45minit
hidangkan sebagai makanan pencuci mulut

hidangan dipagi raya~~~~ spageti Cendawan~~~~











salam,kepada kengkawan yang masih tercari2 apa kah resipi istimewa untuk dihidangkan dipagi raya nanti
apa kata kalau kita mencuba resipi ini...memang sodap maa...

BAHAN BAHAN:
1 bungkus spageti
300gm daging cincang
1 botol besar pes sos prego
2 ulas bawang putih---dikisar
2 sudu cili kering---dikisar
1 labu bawang besar---dikisar
1botol sos tomato
1botol sos cili
1tin cendawan butang---dihiris
2biji tomato--dipotong dadu
4sudu minyak masak
sedikit air,lada sulah,gula dan garam
sedikit daun ketumbar---dihiris halus

CARA MEMBUATNYA:
* spageti direbus sehingga lembut,tambahkan sedikit mentega didalamnya sebelum ditos ditos bagi mengelak
spageti melekat.
* panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan
* masukkan cili kering kisar tadi dan tumis sehingga garing
* kemudian masukkan daging kisar dan goreng hingga garing
* masukkan sos tomato sos cili, air, gula,lada sulah,dan garam secukup rasa, pastikan kuah tidak terlalu cair
* bila mendidih barulah dimasukkan cendawan dan tomato
* biarkan masak seketika sebelum diangkat
* tuangkan kuah keatas spageti sebelum ditabur dengan hirisan daun ketumbar diatasnya.........


Selamat mencuba-----------

Friday, November 12, 2010

Sepetang dengan Hidangan yang sejuk dan lembut.;)

hurmm..
me baru siap buat puding kastard koktel buah-buahan untuk dinikmati seisi keluarga.simple je kot tapi sedap dimakan,nak2 weather kat cuaca hot2 pulak tu..hehe

jom kita lihat bahan-bahan2 yang diperlukan untuk membuat puding koktel ni

bahan-bahan

  • 1potong kek gulung
  • 250gm kastard halus
  • 500gm gula 
  • 1000ml air
  • 250ml susu cair
  • sedikit garam
Bahan Puding Merah
  • 10gm agar-agar
  • 500ml air
  • sedikit garam
  • 2sudu besar gula
  • sedikit pewarna merah

cara membuat:
  • potong kek dan susun dalam bekas kaca yang memanjang. Tuangkan sedikit sirap buah-buahan campuran dalam tin agar kek lebih cantik. Ketepikan.
  • Masukkan kastard,gula dan susu cair dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
  • masukkan pula air dan sedikit garam dan kacau rata
  • masak adunan kastard di atas api yang serdahana. sentiasa kacau sehingga pekat.
  • Tuangkan kastard diatas kek tadi.
  • Tabur buah-buahan campuran tanpa siram. Sejukkan selama 10minit dalam peti sejuk.
  • Sementara menunggu sejuk, masak agar-agar sehingga hancur dan mendidih.
  • Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan pewarna merah. Kacau rata dan tutup api. Akhir sekali, tuangkan adunan diatas puding kastard tadi agar kelohatan cantik dan berlapis.Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
selamat mencuba ye.;)

Petua Mengatasi Rambut Gugur




Masalah rambut gugur memang membimbangkan. Pelbagai syampu telah digunakan tapi rambut masih lagi gugur dengan banyak. jangan risau, korang boleh atasi rambut gugur dengan mengamalkan cara nie, ambil segenggam kacang hijau kemudian rebus sehingga air rebusan tadi berwarna kehijauan. Pastikan air rebusan tadi jangan sampai kering. Biarkan air rebusan tadi sejuk terlebih dahulu dan kemudian sebelum tidur sapukan ai rebusan tersebut pada akar rambut. Biarkan semalaman dan syampu rambut pada keesokannya. Amalkan setiap hari insya-Allah masalah rambut gugur akan dapat di atasi sedikit demi sedikit.

selamat mencuba ye.;)

Cara Melentikkan Bulu Mata







Memiliki Bulu mata yang lentik memang menjadi idaman bagi kaum wanita. Bagi mereka yang inginkan bulu mata yang lentik, korang boleh amalkan petua nie. Caranya mudah. korang hanya perlu ambil daun lidah buaya dan sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum masuk tidur. Amalkan setiap malam agar hasilnya memuaskan hati.
Insya-Allah, bulu mata akan melentik semula jadi.

p/s: lendir lidah buaya nie juga boleh menghilangkan parut-parut baru.caranya sama seperti diatas.

Jadi selamat mencuba ye.;)

Petua Menegangkan Kulit Muka


                                                     gambar sekadar hiasan

Seperti yang kita tahu pelbagai cara boleh digunakan untuk menegangan kulit badan. Namun awas ye! pastikan kamu semua tidak menggunakan bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Kepada mereka yang ingin menegangkan kulit muka, apa kata korang cuba petua nie dengan hanya menggunakan buah kurma, 'cranberry', jus appricot dan oatmeal.

-ambil kesemua bahan nie dan kisar sehingga halus,selepas tu basahkan tubuh dengan air suam lalu terus lumur dan gosok bahan-bahan tadi ke seluruh badan. Lakukan dengan lembut dan perlahan-lahan. Selepas tu mandi seperti sedia kala dengan menggunakan air sejuk. Selesai mandi di galakkan menyapu losyen di seluruh badan agar kulit korang menjadi lebih halus dan bersih.

Selamat mencuba ye.;)

Menghilangkan Jerawat Batu


                                                                 



Kulit yang di penuhi dengan jerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya mari kita ikuti cara- cara ini..Lakukan tiga kali seminggu, Insya-Allah jerawat batu kamu akan hilang.


cara untuk menghilangkan jerawat batu :

ambil secawan beras, tumbuk hingga halus,dan campurkan sedikit air. 
kemudian sapu pada muka yang berjerawat batu sebelum tidur.

Selamat Mencuba ye.;)

Monday, November 8, 2010

Petua Menyegarkan Badan


                                                 Gambar sekadar hiasan 
                                                Gambar sekadar hiasan 

Petua ini sangat berguna untuk menyegarkan badan. Cara-caranya ambil beberapa helai daun pandan, dan daun serai wangi. Hiriskan nipis-nipis,ambil beberapa kuntum bunga melur, bunga ros, dan limau purut. Perahkan sekali bersama semua bahan di atas dan campur dengan air dalam satu besen. Gaulkan biar semua bahan tadi berbau wangi. Biarkan 10 minit. Sebelum menggunakannya selawat tiga kali dan mandilah dengan aroma yang sungguh menarik.Bukan saja badan segar segala tekanan di fikiran turut hilang.

Yogurt Lembutkan Rambut


                                                               sekadar gambar hiasan


Untuk mendapatkan rambut yang lembut.masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celcius. Kacau dan perahkan air limau air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk,lebih kurang enam jam. Apabila pekat,lumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu dan hasilnya rambut semakin lembut dan mudah diurus.

Selamat mencuba.;)

Daun Pudina untuk keceriaan wajah selamanya





Daun pudina tersebar penggunaannya ketika ditimpa sakit perut atau kegoncangan perut atau usus, akan tetapi maklumat yang ingin ditambahkan oleh fakta bahawasanya anda memerlukan setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan air dan daun pudina untuk kerehatan saraf wajah anda dan menjada keceriaan wajah anda.-sumber-

Daun pudina boleh dijadikan minuman dengan mengambil satu sudu pudina kering atau dua sudu daun pudina hijau dilarutkan dalam secawan air sehingga mendidih, kemudian ditapiskan dan diberi satu sudu lebah asli. Anda boleh menambahkan madu lebah pada minuman daun pudina itu.

Bintik-Bintik Hitam Di Wajah



Gambar sekadar hiasan


Bintik-bintik hitam yang terdapat pada wajah berbeza dengan kerana ia muncul pada setiap waktu dan tidak terikat dengan peringkat umur tertentu. Bintik-bintik itu muncul dengan sebab banyaknya pengeluaran lemak di bawah lapisan permukaan kulit.

Adakalanya dengan zahirnya penggunaan bahan-bahan kimua dalam kecantikan wajah seperti alat-alat mekap buatan. Ilmu kedoktoran masyarakat menyifatkan sebilangan petua semulajadi untuk menghilangkan bintik-bintik hitam bawah pada wajah di antaranya :

1. Membasuh wajah dengan larutan thyme(sejenis kemangi) darat yang boleh diperbuat dengan satu sudu kecil thyme darat untuk direbus dalam secawan air yang mendidih selama sepuluh minit lalu ditapiskan kemudian disapukan pada bintik-bintik hitam dalan keadaan suam sebanyak dua kali sehari dalam tempoh satu bulan.

2. Membasuh wajah dengan larutan daun artichoke yang boleh diperbuat dengan segengga daun artichoke lalu direndamkan dalam setengah liter air mendidih dan ditapis kemudian disapukan pada wajah dua kali sehari.

3.Ilmu kedoktoran masyarakat Arab menyifatkan beberapa petua untuk merawat bintik-bintik hitam diantaranya ialah jus bawang putih dicampurkan dengan garam dan minyak lalu diletakkan atas bintik-bintik tersebut.

4. Jus biji delima yang dicampurkan dengan cuka dengan mengisarkan sekitar 100gram biji delima dan meletakkan sepuluh titis cuka padanya lalul disapukan pada binti-bintik hitam tersebut sekali sehari dala tempoh satu minggu.

5. Anda boleh menggunakan jus lemon dan menggosokan pada wajah anda yang terdapt bintik-bintik hitam. kemudian letakkan sedikit garam halus atas bintik-bintik hitam tersebut kemudian basuh  wajah anda selepas tiga minit dengan air suam.

6. Anda boleh menggunakan petua-petua ringan yang tidak menimblkan sebarang kesakitan seperti menggunkan larutan nettle(jenis tumbuhan) dan memolesi wajah anda dengannya,dengan cara meletakkan dua  sudu kecil nettle dalam secawan air mendidih dan membibikannya selama lima minit kemudian ditapis dan disapukan pada bintik-bintik hitam.

7. sebagaimana anada boleh menggunakan kompres dari bunga chamomile dan elder dengan melarutan satu sudu kecil bunga chamomile bersama satu sudu kecil bunga elder dalam setengah liter air mendidih. Biarkannya selama 15minit kemudian di tapiskan dan di basuh waja dengan larutan tersebut sebanyak dua kali sehari dalam tempoh satu minggu.

Masker minyak zaitun dengan kuning telur



                                                                  Gambar sekadar hiasan

Lepas buang bintik-bintik hitam dengan putih telur,kuning telur pun boleh di jadikan masker untuk mereka yang berkulit kering.kuning telur ini haruslah dicampurkan dengan minyak zaitun,tepung gandum,dan susu.

bahan-bahannya

Dua biji kuning telur
Dua sudu kecil minyak zaitun 
Dua sudu besar tepung gandum
Dua sudu besar susu suam

Cara penyediaan dan penggunaan:

Campurkan bahan-bahan tersebut dengan baik lalu sapukan pada wajah dengan menggunakan berus lembut, biarkanlah selama 15minit kemudian dihilangkan dengan membasuhkan wajah dengan membasuh wajah dengan air suam dan sabun yang khas untuk kulit kering dan diberi wangian pada wajah dengan air bunga.

selamat mencuba.;)

Cara Mudah Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam di Sekitar Muka





                                                        gambar sekadar hiasan 






Jom kita hilangkan bintik-bintik hitam disekitar muka kita dengan hanya menggunakan putih telur dan kapas .Puteri bongsu saya selalu buat cara ini,dia kata prefer buat cara ini daripada buat kat saloon katanya sakit bila muka dia kene picit time nak buang bintik-bintik hitam tu.huuu.. Cara ini mudah sangat, tidak menggunakan perbelanjaan yang besar..hehe. ala hanya menggunakan putih telur dan kapas. senangkan.. semua dah ada kat rumah dah kan..cubalah nanti.;)

bahan-bahan
1 Biji telur(ambil putih telur shj)
Kapas

- pecahkan telur hanya ambil putih telur sahaja,ketepikan kuning telur.Kemudian basahkan kapas baru tadi,satu per satu..*sebelum basahkan kapas tu korang nipiskan lah kapas tu supaya senang nak kering bila lekat kat muka nanti* lekat pada kedua belah pipi, dahi, dagu,dan hidung.*bahagian hidung tu kapas kasi potong skit ikut bentuk hidung ke ;)* Lepas lekat semua ok siap untuk tido,biarkan sampai kering dan kapas tu jadi keras..*selalunya  dilakukan sebelum tido,sebab senang,bangun pagi terus tarik je kapas keras tu*. .pastu cuci muka korang dengan pencuci muka,dan sapu toner..
korang akan terasa muka korang halus je..;-)

Selamat mencuba...:-)



Sunday, November 7, 2010

Tau tak air gandum pun boleh buat kelopak mata kita menawan



campuran 100gram air bunga atau air yang disuling kepada 40gram air gandum.( gandum dimasak dalam air mendidih lalu ditapis) kemudian ditambahkan 8 titis dari minyak wangi yang kita pakai..campurkan bahan ini
dalam bekas dan jadikan kompres dengan menggunakan sepotong kapas selama sepuluh minit kemudian dikeringkan wajah dengan baik...

selamat mencuba...

lagi lagi pasal mata..

kita juga boleh gunakan kain koompres untuk menjaga kecantikan kelopak mata kita dan untuk menyegarkan
mata..

petua semula jadi untuk kecantikan mata kita..

terkejut tak kalau saya katakan bahawa hanya membasuh mata dengan air suam sahaja 4 atau 5 kali sehari
tanpa menggunakan sesuatu yang lain sudah cukup untuk mengembalikan vitaliti dan kecerian mata kita dan
juga berfungsi untuk menghilangkan pemaikain cermin mata..

teh untuk menjaga kelopak mata anda

salam, mari kita mencuba pula petua ni..

dua sudu kecil teh hitam direndam dalam air mendidih selama sepuluh minit lalu dibiarkan selama hingga sejuk.
tapis larutan itu dan basuhlah mata anda dengan larutan ini dan jangan menggunakan hampas teh kerana boleh
menimbulkan kesan hitam yang amat jelas bagi wanita wanita yang berkulit putih...

ok, selamat mencuba ya...

peria oh peria...rupanya sayur ni baik untuk pesakit kencing manis


                                                        

selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1,B2,B3, juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain. Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang mengidap penyakit kencing manis.Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing.
Pengidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak kanak..

Vitamin Untuk Kejelitaan Wajah






Tahukah anda bahawa terdapat puluhan vitamin yang kesemuanya turut serta menjaga  kejelitaan wajah anda dan sebarang kekurangan pada jenis ini sudah pasti akan mempengaruhi kejelitaan wajah anda dengan keceriaannya, vitamin-vitamin ini ialah A, B1, B2, B3, B4, B5, B6 ,B7 ,B8, C dan D.


Vitamin A untuk kejernihan wajah :

vitamin ini bertanggungjawab menjaga kebersihan kulit dan kesegarannya serta menlindungi pandangan kepada batas yang dinamakan atasnya dengan nama vitamin kecantikan memandangkan  kehebatannya dalam bidang kecantikan wajah dan menghapuskan kekedutan-kekedutan yang lahir dari peningkatan umur.

Vitamin ini boleh menghancurkan minyak dan lemak serta terpengaruh dengan udara dan cahaya ditambahkan kepada suhu masakan. Seseorang yang baligh memerlukan kepada 5000 unit peredaran.

Sumber-sumber semulajadi bagi vitamin ini terutamanya: lobak merah, tembikai susu, jenis-jenis kacang, minyak, hati ikan paus, telur, susu, dan pecahan-pecahannya.

Alat-alat kosmetik yang mengandungi vitamin A boleh didapati di kedai-kedai ubat seperti pil-pil dari pati lobak merah, kapsul dari minyak hati ikan paus, kapsul-kapsul dari Hubbub al- laqah.