Monday, March 28, 2011

hey sigadis yang ayu-


secantik dia...
hey sigadis yang ayu bersihnya mukamu...
digalakkan membersih muka sekurang2nya tiga kali sehari, bersihkan muka sebelum bersolek,ada yang tak tahan dicuci dengan sabun dan air, digalakkan menggunakan cleansing foam seperti dibawah
untuk menjaga kulit muka kita baik2  disini ada beberapa tip;
sepitlah rambut kebelakang kepala atau ikat rambut

gunakan sabun yang lembut dan air suam untuk buih yang pekat, gosoklah muka dengan diarahkan keatas dengan gerakan berputar,ini kerana pori2 muka kita arahnya kebawah, berikan perhatian khusus pada leher, telinga, dagu dan garis rambut

bilaslah muka secepatnya untuk menjaga supaya buih tidak terlalu lama melekat,pakailah air suam untuk membilas

ulangi membilas dengan air sejuk untuk menutup liang roma atau pori2

keringkan muka kita dengan tuala yang bersih dan dengan cara ditekan2 ,tapi jangan digosok dengan kasar

seterunya pakai lah pelembab muka supaya kulit muka kita halus dan lembut..

senyum lah senyum lah

senyuman menawan dari kareena kapoor boleh mencairkan siapa memandang
Tip ketika senyum atau tertawa;
---> senyumlah dengan bebas dan jangan sekali dibuat-buat
--->ketawalah bila ada kesempatan untuk ketawa misalnya ketika mendengar cerita lucu  atau lawak jenaka
--->jangan ketawa jika tidak ada alasan untuk ketawa
--->ketawa dengan bebas jangan disertai dengan suara dan gerak laku yang berlebihan.
--->berterima kasih, minta tolong dan menawarkan pertolongan sebaik-baiknya disertai senyuman

tip ketika berbicara

tip ketika berbicara,
1-berbicara atau bersembanglah dengan tenang, jelas dan sopan sewaktu berhadapan walau dengan sesiapa pun
2-jangan memotong perbicaraan orang, tunggulah sampai dia selesai dulu
3-pakailah bahasa yang sederhana , yang biasa diguna pakai dalam perbualan seharian
4-jangan memonopoli perbicaraan atau syok sendiri.

Saturday, March 26, 2011

untuk yang berdiet,......

Salam,

Tidak semua makanan yang kita makan itu mempunyai timbunan lemak yang bahaya untuk tubuh.Hakikatnya masih ada makanan enak yang boleh dinikmati tanpa rasa ragu.Nak tahu apakah dia? jom.....

         Makanan Rendah Lemak:
Putih telur mengandungi 0g  

Jus limau mengandungi 0g
Salad buah-buahan 0g
Salad sayuran 0g
Susu Cair Rendah Lemak 0-2g 
Kopi Tanpa Gula 0g
            Lima makanan rendah kalori
Oatmeal tanpa gula 43 kal
Susu soya tanpa gula 27 kal
Tauhu rebus 37 kal
Sup isi ayam tanpa kulit 4kal

Tertekan dengan masaalah kulit yang mula menjadi , kering, kasar dan kusam? Ayuh lakukan perubahan..

Skrub badan




Skrub badan boleh membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan melancarkan perjalanan darah .Jangan lupa lakukan dibahagian kaki yang mudah kering dan kasar.

Sebelum mandi ,gunakan berus halus untuk untuk menggosok bahagian tubuh terutamanya dibahagian tumit,paha dan siku,mulakan memberus dengan menggunakan berus lembut...

Lulur mandi puteri binari
Lulur mandi sari Ayu
Skrub badan atau dikenali juga lulur manda.,,,ini diantara lulur yang boleh didapti dikedai menjual barangan kecantikan atau juga boleh didapti disalun..

Berendam
Berendam dalam air suam dapat membuatkan tubuh terasa lebih segar dan tenang .Selain itu ia juga dikatakan mampu untuk menghilangkan rasa ngilu dan tegang pada otot.Campurkan air mandian dengan minyak mandian berpelembap tinggi dan titisan minyak essential .Kita akan terasa lebih nyaman dengan haruman yang dipilih..
safi baiqis
Losen Badan

Sapukan losen badan disaat tubuh kita masih lembap, kerana ia berfungsi untuk memperbaiki perjalanan darah ,menghilangkan stress dan mengurangkan selulit..


Vitamin C atasi kedutan

Limau mandari
Oren
Lemon
Limau gedang


                                      Vitamin C berperanan untuk mengatasi kedutan diwajah.Namum ,tubuh manusia tidak mampu menyimpan vitamin C yang banyak dalam satu masa.Justeru kita perlu memastikan vitamin C sentiasa ada didalam badan.Cara paling mudah untuk mendapatkan sumber vitamin C adalah dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C .Jika inginkan kepelbagaian, kita boleh nikmati buah-buahan ini dalam bentuk jus atau dicampur didalam hidangan salad..

Friday, March 25, 2011

petua didapur

Jantung pisang tidak lebam
Jantung pisang enak sekali dijadikan ulaman, untuk memastikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, basuh jantung pisang tersebut,kemudian rebus dan masukkan sedikit garam bersama cuka, rebus sehingga empuk.

Brokoli kekal hijau
Brokoli mudah kuning apabila disimpan lama , masukkan brokoli didalam mangkuk berisi air sejuk, biarkan selama satu jam,brokoli akan kembali hijau.
Hilangkan hanyir ayam
Petua untuk membersihkan ayam ialah dengan menggunakan daun pisang yang telah dicarik-carikan , ramas daging ayam dengan menggunakan daun pisang itu, akhir sekali bilas ayam dengan menggunakan air bersih.

Thursday, March 24, 2011

`pisang panggang

Pisang panggang

Baha-bahan
10 biji pisang raja
minyak untuk menggoreng

Adunan tepung
250ml sus cair
125 gram marjerin
3 sudu besar gula pasir
100gram tepung terigu
4 biji telur

Cara membuat
Didihkan air bersama marjerin dan gula pasir, setelah mendidih masukkan masukkan tepung terigu, kacau rata dan masak hingga menjadi pasta adunan yang pekat dan angkat

Setelah agak dingin masukkan telur satu persatu dan aduk rata hingga menjadi adunan yang kental

SOS,campurkan coklat krim kental gula pasir dan air, masak hingga cair, apabila mendidih angkat

pisang raja dipotong mengikut citarasa

kemudian panaskan minyak  dan celupkan pisang kedalam adunan dan kemudian goreng hingga bewarna keperangan , angkat

hidangkan panas2 bersama sos dan coklat

Puding coklat

Puding coklat
bahan-bahan;
11/4 liter air
240gm gula
60gm sernuk koko
60gm susu tepung
10gm serbuk agar-agar
3 sudu makan mentega
4 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanila
garam secukup rasa

Hiasan
nenas masak

Cara membuatnya
Campurkan gula , garam, susu tepung, serbuk koko, serbuk agar-agar,esen vanila dan air.
Kacau adunan hingga sebati
Masukkan pula mentega
Kacau hingga pekat dan tapis
Akhir sekali masukkan adunan kedalam acuan yang telah diletakkan hirisan nenas tadi
Sejukkan

Wednesday, March 23, 2011

Berdiet dengan gambar kek?..huhu senangkan..

Menurut satu kajian terkini, dengan memandang gambar kek dan makanan manisan lain yang menggoda, boleh menolong perempuan makan  dengan cara sihat.


Kajian ini telah menemui bahawa gambar makanan manis sebenarnya boleh membantu menguatkan keazaman golongan perempuan untuk makan dengan lebih baik.Pakar psikologi ,Profesor Floor Kroese telah melakukan kajian kepada 54 pelajar perempuan dan meminta sebahagian daripada mereka melihat gambar kek dan sebahagian lagi melihat gambar bunga
Kedua-dua kelompok ini telah diajukan soalan tentang jadual pemakanan mereka dan kemudian ditawarkan pilihan makanan ringan antara sepotong coklat atau kuih oatmeal.Perempuan daripada kelompok pertama iaitu kumpulan yang melihat gambar kek meletakan makanan sihat sebagai prioriti mereka.Malah mereka juga memilih kuih oatmeal sebagai makanan ringan.

Manakala kelompok kedua pula membuat pilihan yang bertentangan .Menerusi kajian ini , Profesor Kroese menegaskan bahawa "godaan makanan bukan lah disebab kan oleh godaan nafsu semata-mata.Sebaliknya , dengan melihat godaan makanan ia boleh mengingatkan individu akan tujuan mereka untuk mengawal berat badan, dan membantu mereka bertindak bersesuian mengikur keadaan.Prof Kroese menyarankan agar individu yang berusah untuk mengurangkan berat badan perlu mencuba untuk menampal gambar makanan tidak sihat pada pinti peti sejuk bagi menghentikan tabiat mereka yang gemar makanan secara tidak sihat..

Usir lemak di perut

Selain menjejaskan penampilan individu, lemak yang bertimbun disekitar perut ujag adalah sangat berbahaya untuk kesihatan.Jika dibiarkan begitu sahaja , lemak disekitar perut boleh meningkat sekali gus boleh menjejaskan jaringan organ tubuh  serta dapat meningkat kan risiko ganguan jantung .Satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik daripada University of Pennsylvania membuktikan bahawa individu yang memiliki perut bebas lemak memiliki risiko gangguan jantung dan stroke lebih kecil berbanding individu yang memiliki lemak diperut.Di Amerika. untuk menghilangkan lemak dibahagian perut, kebanyakan individu melakukan terapi suntikan Human Growth Hormon (HGH). Namun kaedah ini agak menyakitkan dan mahal.Senario ini lah yang mendorong para pakar dari universiti tersebut mencari alternatif bagi membebaskan individu dari masaalah lemak disekitar perut.Caranya cukup mudah, namun lebih intergratif.


Lakukan latihan beban ringan,paling kurang satu jam setiap minggu .Cara ini terbukti dapat membantu kamu menurunkan berat badan sebanyak 10kg selama 6 bulan.Dengan Dengan cara ini lemak disekitar perut pun akan terbakar.

Lebih baik menikmati popcorn.Makanan ini terbukti memiliki kandungan kalori sangat rendah.Satu cawan popcorn hanya mengandungi 30mg kalori , jika diproses tanpa menggunakan mentega.

Selain itu campur karbohidrat dengan protien didalam pemakanan Buku The Cortisol Connection ada memaparkan tentang kajian yang dilakukan oleh Dr.Shawn Talbott iaitu seorang pakar diet, beliau menyarankan agar individu memasukkan beberapa jumlah protien setiap kali menikmati hidangan karbohidrat.Cara ini sangat berkesan untuk meminimunkan proses penyimpanan lemak disekitar perut.

Berhenti menghitung kalori dan kita tidak perlu menjadi obses, individu yang terlalu risau tentang berat badan ternyata memiliki kadar hormon lebih tinggi berbanding orang yang tidak terlalu memikirkan tentang soal berat badan .Hormon tersebut terbukti dapat merangsang tumpukan lemak dalam perut sehingga meningkatkan nafsu makan dan melambatkan metabolisme tubuh.

Tuesday, March 22, 2011

tip mudah untuk tubuh langsing dan cantik

untuk anda yang sedang berdiet, melalui program berdiet bukan sesuatu yang mudah, apalagi dihadapan kita tersedia hidangan yang menggiurkan , sebagai langkah awal anda boleh membuat diari diet anda sendiri , seperti buku harian , apa yang ada didalam diari diet , hanya anda sorang yang mengtahuinya ..jangan mudah mengalah dan disiplin diri untuk tampil ramping dan cantik..


banyakkan minum air suam dan kurangkan pengambilan air sejuk berkalori tinggi

elakkan makanan yang digoreng dan berminyak, kurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi ataupun mee

cintai sayuran segar dengan mengamalkan makan lebih sayuran hijau , tak kiralah diwaktu pagi, tengah hari atau pun petang, bunyinya agak pelikan? tetapi anda boleh mencuba..
makan lah ikan- lebihkan makanan berprotien tinggi seperti ikan , elakkan makanan yang manis , kurangkan yang manis dan lebihkan buah-buahan

apa yang anda makan hari ini akan membentuk tubuh anda dikemudian hari, sama ada tubuh menjadi gemuk , tidak sihat atau pun cantik, ia bergantung pada makanan yang anda ambil..........

sijelita- haluskan kaki mu dengan strawberi

mengatasi masaalah kaki kering serta tumit pecah memang menyukarkan.Bahkan kita juga memerlukan kesabaran dan usaha yang lebih.Khas buat sijelita , disini ada resepi ringkas daripada buah strawberi untuk memiliki kaki yang cantik dan halus...

bahan-bahan yang diperlukan
   8 biji strawberi
   2 sudu teh olive oil ( minyak zaitun)
   1 sudu teh garam mandian
   1/2 sudu teh kacang almond yang telah dicincang halus

cara membuatnya
   campurkan kesemua bahan dalam satu bekas
   kacau perlahan-lahan sehingga teksturnya berubah menjadi sebati, hati-hati jika terlalu  lama mengacaunya , buah strawberi yang mengandungi banyak air akan menyebabkan adunan menjadi terlalu cair.

cara membuatnya
   lumurkan strawberi tersebut pada kaki anda dan lakukan urutan ringan , setelah kering gosok perlahan-lahan terutama pada bahagian tumir dan dicelah celah jari
   bersihkan dengan air sejuk kemudian keringkan dengan tuala bersih

Monday, March 21, 2011

khasiat kacang buncis dan kismis

Kacang buncis kawal kencing manis
Kandungan zat yang terdapat didalam kacang buncis lebih terpelihara jika dimakan mentah.Jika dimasak khasiatnya akan berkurangan,kajian mendapati jika kacang buncis dimakan secara teratur kadar gula dalam darah akan menurun , 100gram ekstrak buncis mengandungi kira-kira 7.81 peratus karbohidrat, 0.28 peratus lemak, dan 1.77 peratus protien .Kajian juga mendapati didalam kacang buncis terdapat zat B-sitisterol dan stigmasterol yang mampu mempertingkatkan pengeluaran insulin.

Amalan memakan kismis membantu seseorang mendapat bekalan oksijan yang secukupnya .Kandungan zat besinya sangat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksijan mencukupi disalurkan dibahagian otak.Kekurangan oksigen pada bahagian otak boleh menyebabkan seseorang itu merasa mengantuk,pelupa serta lemah fikiran.

Enam Khasiat Penting yang perlu kita ketahui

Aloe vera,
               Menghaluskan kulit,mengatasi jerawat, bintik-bintik hitam, menyubur dan menguatkan akar rambut serta meningkatkan daya tahan badan.Kini aloe vera bukan sahaja digunakan luaran bahkan dijadikan jus untuk kesihatan dalaman.
Aprikot,
            Melembabkan kulit yang kering dan menurunkan kadar kolestrol (tanpa melibatkan gula, madu dan susu)

Temulawak
                Meningkatkan stamina, mencegah jerawat ,ganguan haid dan anemia .Ia juga bersifat antibakteria

Mengkudu- melegakan kegemukan,melembutkan kulit, mencegah kanser dan menjaga kadar kolestrol.
Lobak merah-untuk kesihatan mata,keradangan kulit, mencegah kanser,meningkatkan stamina dan mencegah keracunan logam berat.Mengandungi beta-karoten sebagai antioksida dan meningkatkan kesihatan tubuh.

Buah kiwi-mencegah kanser , mencantikan kulit dan mempercepatkan penyembuhan.Mengandungi vitamin C yang tinggi....