Google+ Followers

Monday, March 21, 2011

khasiat kacang buncis dan kismis

Kacang buncis kawal kencing manis
Kandungan zat yang terdapat didalam kacang buncis lebih terpelihara jika dimakan mentah.Jika dimasak khasiatnya akan berkurangan,kajian mendapati jika kacang buncis dimakan secara teratur kadar gula dalam darah akan menurun , 100gram ekstrak buncis mengandungi kira-kira 7.81 peratus karbohidrat, 0.28 peratus lemak, dan 1.77 peratus protien .Kajian juga mendapati didalam kacang buncis terdapat zat B-sitisterol dan stigmasterol yang mampu mempertingkatkan pengeluaran insulin.

Amalan memakan kismis membantu seseorang mendapat bekalan oksijan yang secukupnya .Kandungan zat besinya sangat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksijan mencukupi disalurkan dibahagian otak.Kekurangan oksigen pada bahagian otak boleh menyebabkan seseorang itu merasa mengantuk,pelupa serta lemah fikiran.

No comments:

Post a Comment