Bagi pembaca yang berhasrat ingin mengurangkan berat badan, mungkin beranggapan dengan tidak mengamalkan makan malam adalah cara paling berkesan menguruskan badan.Mungkin cara tersebut betul, namun jika anda tidak mampu melakukannya, mengapa harus menyiksa diri? Anda masih boleh berdiet ttanpa perlu membiarkan perut berbunyi.
Makan sebelum jam 7 malam.
Sebelum 7 malam merupakan waktu paling tepat untuk anda mengambil hidangan malam namun awas!! usah keterlaluan.Pada ketika ini tubuh sabgat banyak kehilangan tenaga dan memerlukan makanan untuk menggantikanya.Dalam masa yang sama , jarak masa tidur juga masih jauh sekali gus memudahkan penghadaman dilakukan.Proses ini akan menjadikan makanan yang dijamah tadi menjadi tenaga dan bukannya lemak.
Gantikan dengan bubur
Bubur atau nasi air merupakan antara menu terbaik yang boleh dipilih ketika berdiet .Ia seelok-eloknya diambil pada waktu petang hari.Jika tidak berkesempatan , ia juga boleh dimakan pada waktu malam sebaik-baiknya sebelum jam 7 malam.Isi kandunganya juga perlu dijaga dengan memperbanyakkan sayuran dan pastikan gulanya juga kurang.Tidak perlu terlalu manis, cukup sekadar sesudu perasa .Bubur jagung dan kacang hijau juga pilihan tepat dalam proses ini.
Ambil sup tanpa minyak
Selain bubur , anda digalakkan mengambil semangkuk sup yang dipenuhi dengan sayuran , udang mahu pun ayam.Elakkan sama sekali mengambil sup daging kerana ianya meninggikan lagi tahap kolestrol dalam darah.Paling penting pastikan sup direbus tanpa menggunakan minyak.Sebagai perasa anda boleh menambahkan sepotong cili padi kerana membekalkan vitamin C.
Makanan dibakar
Sampai bila boleh bertahan dengan menjamah roti bakar setiap hari? Jika anda ingin mengubah selera,apa kata mencuba ikan bakar bersaiz kecil. Sebagai pelengkap , tiada salahnya jika memakannya bersama-sama nasi ,syaratnya pastikan kuantitinya sedikit iaitu satu senduk.Hidangan ini mungkin menyelerakan namun harus diingat anda sedang berdiet.
Air kosong sejam sekali
Memandangkan pada waktu malam anda tidak lagi mengambil makanan , anda disaran untuk melebihkan pengambilan air kosong sejam sekali.Ia akan dapat membantu anda tidur dengan nyenyak tanpa berasa lapar..Bagi memastikan jumlah air didalam badan mencukupi , anda digalakkan mengambil air kosong setiap masa.
Roti dan minuman panas
Roti kosong atau dibakar tanpa sapuan mentega atau jem cukup baik untuk badan .Lengkapkan denga secawan minuman coklat atau sus panas,.hidangan ini walau pun nampak ringkas namun memnuhi nutrisi keperluan tubuh badan.Bukan hanya sihat, malah perut anda juga kenyang dengan makanan ini.
Nikmati buah-buahan
Sambil menonton program kesukaan dikaca televisyen , anda juga boleh menikmati buah-buahan andai perut terasa lapar pada waktu malam.Sebiji epal ataupun oren sudah memadai untuk memenuhkan perut anda sekali gus menghilang kan rasa lapar .Tidak pun anda boleh memilih tembikai yang kaya dengan air dan pisang yang tinggi dengan khasiat karbohidrat.
Pilih makanan direbus
Ketika melihat lauk- pauk didepan mata , anda harus tahu mana yang paling sesuai ketika dalam proses berdiet.Menu yang paling tepat ialah makanan yang direbus atau dibakar .Sayuran yang ditebus sendiri tanpa menggunakan minyak adalah pilihan yang terbaik.Pelbagai jenis sayuran seperti lobak merah , ubi kentang,dan sayuran hijau.
No comments:
Post a Comment