Memiliki paras rupa yang menawan , badan langsing kulit halus sememangnya menjadi impian setiap orang.Tidak salah berusaha untuk menawan namun yang merisaukan ialah ramai remaja hari ini menjadi terlalu taksub untuk cantik sehingga sanggup menyeksa diri .Antaranya ialah melakukan suntikan , pengambilan ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan dan penggunaan produk yang tidak bersesuaian.
Harus diingatkan cantik itu subjektif .Tidak semestinya kulit hitam, hidung tidak mancung dan badan besar itu tidak cantik.Malah ada diantara berkulit hitam itu lebih manis dipandang dari yang berkulit putih .Jadi jangan lah terlalu mendesak diri berubah sedangkan apa yang kamu ada sudah cukup sempurna .Bagi yang berhadapan dengan masaalah terlalu taksub cantik , berikut adalah keburukan yang perlu diketahui.
Bahana terlalu taksub cantik.
1- Tiada kenyakinan diri
Kamu tiada kenyakinan diri malah ada diantaranya malu untuk bertemu orang langsung.Padahal tidak ada apa pun yang cacat pada diri kamu tapi kerana terlalu taksub untuk cantik, kamu sentiasa merasakan diri terlalu banyak kekurangan .Selagi kamu rasa tidak sempurna selagi itulah kamu akan terus menyembunyikan diri.Ini bukan saja memberi kesan malah pada diri malah untuk kerjaya dan masa depan.
2- Pembaziran wang
Perbelanjaan untuk cantik sahaja sudah melebihi dari pendapatan yang kamu ada.Mana tidak nya beli alat solek , produk-produk untuk rawatan dari hujung rambut hingga kehujung kaki dan ubat-ubat untuk langsing sahaja sudah mencapai ratusan ringgit sebulan.Itu belum lagi perbelanjaan untuk pakaian serta aksesori kamu.Sekiranya berterusan begini kamu akan berhadapan dengan masaalah kewangan dan hidup akan lebih kucar kacir.
3-Mudah Terpengaruh
Bukan semua produk yang berada dipasaran sesuai untuk kamu malah mungkin ada produk yang membuat kulit serta badan jadi lebih bermasaalah.Namun ada kalanya bila terlalu taksub cantik kamu jadi lupa tentang perkara ini sehingga menyebab kan kamu terlalu mudah terpengaruh dengan apa saja produk baru yang dikeluarkan dipasaran.Asal saja dikatakan mampu membuatkan kamu cantik semuanya akan dibeli tanpa berfikir tentang kesesuain dengan kulit serta diri kamu.
4-Tidak Pernah Puas
Ini adalah masaalah yang banyak berlaku kepada orang yang taksub pada kecantikan iaitu tidak pernah puas.Hidung sudah mancung mahu dimancungkan lagi.kulit sudah putih mahu diputihkan lagi, badan sudah kurus mahu dikuruskan lagi.Ada saja dirasakan tidak kena pada dirinya .Lama kelamaan akan memberi kesan buruk pada pada pemikiran kamu serta mungkin membuat kamu tertekan kerana tidak puas hati dengan diri.
Atasinya Dengan Bijak:
1- Belajar menerima diri seadanya.
Cubalah belajar untuk menerima diri seadanya .Mengubah diri untuk tampil menarik tidak salah tapi biarlah berpada pada sehingga merosakkan diri sendiri
2-Hargai diri
Bukan semua orang bertuah dianugerahkan lengkap tubuh badanya.jadi, kamu yang dianugerahkan cukup sempurna ini belajarlah untuk menghargai diri.Jangan kerana terlalu taksub cantik kamu jadikan diri sebagai bahan ujikaji,menggunakan pelbagai produk dan bahan2 kecantikan , akibatnya bukan lebih cantik malah memberi kesan yang buruk pada diri.
3-Cari Sahabat Yang Membantu;
Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kamu, jadi pastikan kamu berkawan dengan orang yang betul dan mampu membantu kamu untuk belajar menerima diri seadanya.Bukan sebaliknya iaitu mempengaruhi kamu untuk mencuba itu dan ini untuk jadi lebih taksub untuk cantik.Sahabat yang baik ialah sentiasa mengutamakan kebaikan untuk teman baik nya,dan tidak pernah takut untuk menegur kesilapan sahabatnya.
4-Inner Beauty
Cantik itu bukan beerti hanya nampak pada luaran sahaja, tetapi apa yang penting adalah dalaman.Andai diluar sahaja cantik tapi dalaman nya penuh dengan hasad dengki dan sebagainya,kecantikan yang ada tidak akan beerti.Jadi jangan hanya mengejar kecantikan luaran semata mata "inner beauty" lebih penting kerana apa yang dalam hati akan terpancar diwajah kita.
5-Mudah Terpengaruh.
Jangan lah terlalu mudah terpengaruh pada iklan-iklan TV. Harus sentiasa ingat produk-produk kecantikan dipasaran sememangnya sentiasa bersilih ganti,kamu haru sbijak memilih mana satu yang sesuai untukmu dan sekiranya keliru dapatkan pandangan pakar.
No comments:
Post a Comment