Wednesday, March 23, 2011

Usir lemak di perut

Selain menjejaskan penampilan individu, lemak yang bertimbun disekitar perut ujag adalah sangat berbahaya untuk kesihatan.Jika dibiarkan begitu sahaja , lemak disekitar perut boleh meningkat sekali gus boleh menjejaskan jaringan organ tubuh  serta dapat meningkat kan risiko ganguan jantung .Satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik daripada University of Pennsylvania membuktikan bahawa individu yang memiliki perut bebas lemak memiliki risiko gangguan jantung dan stroke lebih kecil berbanding individu yang memiliki lemak diperut.Di Amerika. untuk menghilangkan lemak dibahagian perut, kebanyakan individu melakukan terapi suntikan Human Growth Hormon (HGH). Namun kaedah ini agak menyakitkan dan mahal.Senario ini lah yang mendorong para pakar dari universiti tersebut mencari alternatif bagi membebaskan individu dari masaalah lemak disekitar perut.Caranya cukup mudah, namun lebih intergratif.


Lakukan latihan beban ringan,paling kurang satu jam setiap minggu .Cara ini terbukti dapat membantu kamu menurunkan berat badan sebanyak 10kg selama 6 bulan.Dengan Dengan cara ini lemak disekitar perut pun akan terbakar.

Lebih baik menikmati popcorn.Makanan ini terbukti memiliki kandungan kalori sangat rendah.Satu cawan popcorn hanya mengandungi 30mg kalori , jika diproses tanpa menggunakan mentega.

Selain itu campur karbohidrat dengan protien didalam pemakanan Buku The Cortisol Connection ada memaparkan tentang kajian yang dilakukan oleh Dr.Shawn Talbott iaitu seorang pakar diet, beliau menyarankan agar individu memasukkan beberapa jumlah protien setiap kali menikmati hidangan karbohidrat.Cara ini sangat berkesan untuk meminimunkan proses penyimpanan lemak disekitar perut.

Berhenti menghitung kalori dan kita tidak perlu menjadi obses, individu yang terlalu risau tentang berat badan ternyata memiliki kadar hormon lebih tinggi berbanding orang yang tidak terlalu memikirkan tentang soal berat badan .Hormon tersebut terbukti dapat merangsang tumpukan lemak dalam perut sehingga meningkatkan nafsu makan dan melambatkan metabolisme tubuh.

No comments:

Post a Comment