Sebenarnya banyak minuman lain yang boleh menggantikan air putih dan dalam masa yang sama mempunyai khasiat dan matlamat untuk kesihatan.Selama ini kita sering diingatkan agar minum lapan gelas air putih sehari agar dapat mengurangi kembung perut,mencegah sakit kepala,serta sebagai langkah yang baik untuk menghindari penyakit serta kerutan pada kulit.Berikut beberapa jenis air yang boleh diminum bagi menggantikan keperluan meminum air putih.
Jus ini dapat membantu menghalang penyakit jantung .Antioksidan didalam jus oren ini dapat melindungi diri dari radang yang boleh menyebabkan sakit jantung , malah mereka yang sering makan makanan segera yang diketahui mengandungi banyak radikal bebas dan kemudianya minum jus oren ini dapat mengurangkan kadar bebas pada tubuh badan.
Teh Chamomile.
Percaya atau tidak , teh chamomile boleh membuat anda merasa tenang ,mereka yang meminum teh ini setiap hari selama dua bulan akan merasa lebih tenang,kurang cemas atau panik dan gelisah.Bagi yang sering berasa gelisah dan sukar tidur malam , cubalah meminum secawan teh ini sebelum tidur.
Jus Kranberi
Jus kranberi berkhasiat untuk mencegah penyakit pada gusi dan jangkitan pada pundi kencing .Bahan semula jadi didalam jus ini membantu mencegah gusi dengan menghalang bakteria yang terdapa pada gigi serta dibawah gusi.Ia memberi 39 peratus keperluan vitamin sehari, meningkatkan kadar kolestrol baik dan memelihara kesihatan pundi kencing.
Susu coklat
Segelas susu coklat mengandungi banyak karbohidrat dan protien yang mampu memulihkan tenaga setelah melakukan pelbagai aktiviti ataupun olahraga. Golongan atlet yang mengamalkan minuman susu coklat memiliki otot yang lebih sihat berbanding dengan atlet yang minum air putih sahaja.Susu coklat juga membantu mengurangi rasa sakit dan keletihan, serta dapat menjaga perut agar tetap rata.
Teh Hijau
Teh hijau diketahui dapat membantu memelihara berat badan.Tikus yang melakukan latihan dan minum teh hijau didapati berisiko serendah 22 peratus lebih kecil mengalami penambahan berat badan . Kandungan polifenol didalam teh hijau dapat meningkatkan metabolsime tubuh sehingga memudahkan pembakaran lemak.Selain itu teh hijau juga kaya dengan antioksidan yang diketahui dapat membantu menghalang penyakit jantung dan kanser.Cuba tambahkan ais kedalam teh hijau untuk rasa yang lebih segar.
Jus Tomato
Jus tomato diketahui dapat menurunkan risiko kanser.Ia kaya dengan vitamin B dan likopin yang dapat membantu menghalang kanser.
Teh hitam.
Satu lagi minuman yang membantu kita melindungi dari kanser adalah teh hitam.Minuman klasik ini merupakan sumber flavanoid iaitu antioksidan yang mengandungi khasiat yang baik untuk menghalang kanser.Menurut hasil kajian , minum secawan teh hitam setiap hari dapat menurunkan risiko menghidap sel kanser sehingga 30 peratus.Teh hitam baik diminum panas mahupun sejuk dan ia juga baik untuk merawat kulit.
Salam adik jelita,
ReplyDeletetkasih dengan info ini..menarik..tetapi akak tetap suka air putih..he he he