Google+ Followers

Tuesday, March 22, 2011

sijelita- haluskan kaki mu dengan strawberi

mengatasi masaalah kaki kering serta tumit pecah memang menyukarkan.Bahkan kita juga memerlukan kesabaran dan usaha yang lebih.Khas buat sijelita , disini ada resepi ringkas daripada buah strawberi untuk memiliki kaki yang cantik dan halus...

bahan-bahan yang diperlukan
   8 biji strawberi
   2 sudu teh olive oil ( minyak zaitun)
   1 sudu teh garam mandian
   1/2 sudu teh kacang almond yang telah dicincang halus

cara membuatnya
   campurkan kesemua bahan dalam satu bekas
   kacau perlahan-lahan sehingga teksturnya berubah menjadi sebati, hati-hati jika terlalu  lama mengacaunya , buah strawberi yang mengandungi banyak air akan menyebabkan adunan menjadi terlalu cair.

cara membuatnya
   lumurkan strawberi tersebut pada kaki anda dan lakukan urutan ringan , setelah kering gosok perlahan-lahan terutama pada bahagian tumir dan dicelah celah jari
   bersihkan dengan air sejuk kemudian keringkan dengan tuala bersih

1 comment:

  1. wah ingat bole mkn je upenya bole haluskan kulit lg.hehe

    ReplyDelete