Menjelang usia pertengahan 40-an wanita memerlukan pelbagai makanan tambahan bagi memastikan tubuh sentiasa sihat dan bebas dari sebarang penyakit kronik .Maklun sahajalah diusia emas ini , kadar pengeluaran hormon tubuh juga semakin berkurangan.Kesanya juga bukan sahaja kelihatan pada tubuh dan raut wajah, emosi juga sering terganggu,Adakah pengmbilan makanan tambahan dapat membantu?Lima tip makanan tambahan dibawah mungkin boleh menjadi rujukan.
Makanan berserat tinggi
Sayur-sayuran dan buah-buahan sememangnya terkenal dengan serat yang tinggi.Makanan berserat tinggi merupakan salah satu daripada menu sihat yang baik terutamanya bagi wanita yang kian menghampiri waktu menopaus. Selain menyerap kolestrol dalam badan makanan berserat tinggi seperti kubis, brokoli, epal dan lain-lain berupaya mengelakkan anda daripada serangan jantung.
Minyak zaitu
Kajian diluar negara telah membuktikan bahawa pengambilan minyak zaitun dalam diet harian berupaya mengurangkan potensi kanser dan kesan penuaan terhadap tubuh.Ini kerana minyak zaitun berupaya menghalang sel-sel kanser dari terus merebak kedalam tubuh.Masakan yang dimasak dengan menggunakan minyak zaitun juga lebih enak rasanya berbanding dengan minyak biasa yang tinngi kandungan kolesterolnya.Jadi apa kata kiranya anda lebihkan penggunaan minyak zaitun dalam masakan anda.Jika dahulu agak sukar untuk mendapatkan minyak zaitun, kini pelbagai jenis boleh didapati dipasar raya.
Pencuci mulut yang menyihatkan.
Pencuci mulut merupakan hidangan yang seringkali dinantikan sebaik selesai menjamu selera.Namun awas,bagi wanita diusia yang lewat 40-an .Pencuci mulut boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik jika jumlah pengambilan nya tidak dikawal.Biarpun begitu, menghampiri usia emas sebegini bukanlah bermakna anda tidak boleh lagi menikmati pencuci mulut.Pencuci mulut yang rendah kandungan gula dan lemak seperti jeli buah-buahan tanpa gula atau campuran buah beri yang ditambah dengan yoghurt rendah lemak juga pasti memenuhi citarasa anda serta menyihatkan.
Amalkan pengambilan kekacang
Kekacang sememanya kaya dengan pelbagai kebaikan serta mudah untuk dimasukkan kedalam diet harian .Pengambilan kekacang bagi wanita yang menghampiri usia menopaus sangat digalakkan kerana khasiatnya yang banyak seperti protien serat. vitamin E dan mineral dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan.Namun begitu kekacang juga mengandungi kalori yang agak tinggi,jadi pengambilannya tidak perlu berlebihan .Bagi anda yang mempunyai alahan terhadap kekacang hati-hati ya! Jangan sampai memudaratkan tubuh.
Makanan organikyang lebih menyihatkan
Kandungan pewarna dan perasa tiruan yang digunakan didalam makanan pada masa kini boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya terutamanya bagi wanita yang kian menghampiri waktu menopaus.Oleh itu pengambilan makan organik sememanya digalkkan,selain rasanya lebih enak makanan organik juga dapat mengelak seseorang daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan pewarna dan perasa tiruan seperti makanan komersial yang terdapat dipasaran.Mungkin harganya lebih mahal sedikit, namun tidak salah berbelanja demi kesihatan diri.
No comments:
Post a Comment