Thursday, March 3, 2011

Panduan menjaga alat sulit...oppps

Mengambil berat kebersihan alat sulit amat penting kerana berkait rapat dengan kehamilan Apa lagi setiap bulan wanita mengalami haid dan bagi yang sudah berkawin , anda pasti melakukan hubungan intim bersama suami.Alat sulit wanita adalah sensitif dan persekitaran yang lembap boleh menyebabkan jangkitan kuman. Justeru kebersihan amat penting selain merapatkan hubungan suami isteri dan kesejahteraan hidup anda sendiri.

Langkah penjagaan
~Bersihkan alat sulit menggunakan air.Air ada alat pembersih paling bagus berbanding hanya mengelap dengan tisu.
 ~Kerap tukar tuala wanita ketika haid.Kuman mudah membiak dalam darah.
~Elak memacut air untuk membersihkan alat sulit.Hal ini akan mendedahkan bahagian faraj kepada bahan kimia yang menyebabkan kegatalan.
~Elak menyabun pada alat sulit kerana menyebabkan kulit kering.
~Bersihkan alat sulit menggunakan air sebelum dan selepas membuat hubungan intim.
~Elak memakai pakaian dalam terlalu ketak kerana kulit mudah berpeluh dan akhirnya kuman mudah membiak disitu.
~Pakai panty liner supaya kotoran keputihan tidak melekat pada seluar yang hanya menyebabkan anda tidak selesa kerana terasa basah.Usah lupa hal ini berkait rapat dengan pembiakan kuman.
~Kerap tukar pisau cukur kerana pisau cukur yang digunakan berkali-kali menyimpan banyak bakteria.Apatah lagi jika pisau itu disimpan dibilik mandi.
~Beri perhatian jika keputihan anda bukan jernih tetapi kuning kehijauan .Jika keputihan keluar terlalu banyak malah berketul-ketul kecil ,gatal dan berbau,jumpa doktor untuk tindakan lanjut.
~

No comments:

Post a Comment