Sunday, March 20, 2011

Gebukan Kulitmu Dengan Mandian Lulur


Semua wanita mengimpikan kulit yang halus dan mulus.Namun tidak semua memilikinya secara semula jadi .Walau bagaimana pun , usah kecewa kerana terdapat rawatan yang boleh dicuba bagi merealisasikan impian , misalnay mandi lulur .

Mandi lulur diamalkan bagi tujuan menaikkan seri , memberikan kesegaran dan mencantikan tubuh badan , selain itu ia juga melegakan tekanan dek kesibukan bekerja.

Kelebihan lain mandi lulur juga boleh membantu membersihkan habuk kotoran yang melekat pada tubuh setiap hari.Selain itu ia juga turut mengeluarkan sel-sel kulit mati yang ada.Mandi biasa tidak mencukupi kerana badan kita tidak bersih sepenuhnya.Ditambah pula mandi lulur menggunakan herba yang akan bertindak balas dengan masaalah yang terdapat didalam tubuh.

Sebelum memulakan mandian lulur ,kita boleh melakukan sauna selama 10-15 minit , ini bagi melegakan urat-urat tegang dan membuka pori-pori .Hasil sauna akan banyak membantu mandi lulur yang akan dilakukan kemudian.

Apabila sudah bersedia , ramuan lulur boleh disapu terus kebadan , pastikan ia disapu sama rata dan tiada bahagian yang tertinggal.Biarkan ia kering dalam masa 45minit sehingga satu jam terlebih dahulu, jangan meneruskan langkah seterusnya tanpa benar-benar pasti ia sudah kering sepenuhnya.

Langkah seterusnya ialah menyental kulit badan dengan ramuan lulur yang sudah kering , jika skrub dilakukan ketika masih lembab ia akan menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa .Proses ini dilakukan bagi mencerah dan menyegarkan sekali gus mengembalikan gebu kulit.

2 comments:

  1. makaish Atyikelnaya menarik
    kalau untuk manfaat luluran apa ya...
    apakah sama dengan manfaat kaos kaki wanita yang memberi kehangatan untuk kaki..
    mohon infonya ya..

    ReplyDelete
  2. salam kenal...oya untuk tempat melaukan lulur itu sebaiknya berapa hari sekali...
    oya kalau untuk info tempat jual kaos kaki murah yang berkualitas dimana ya..

    ReplyDelete