Thursday, March 3, 2011

Petua didapur ^_^

10 tip mudah
  






Melembutkan kuih apam
Untuk menghasilkan kuih apam anda halus, lembut dan tahan lama, masukkan satu camca minyak masak ke dalam aduanan kuih apam dan gaul hingga sebati. Bukan saja lembut dan tahan lama malah tidak melekat pada acuan.

Cucur Rangup
Cucur udang, ikan bilis, jagung,dan pisang,enak sekiranya rangup ketika dimakan. Untuk merangupkan cucur anda, masukkan dua camca minyak panas ke dalam adunan sebelum digoreng

Tanggalkan kesan getah nangka
Menggulai buah nangka terutama masak lemak cili api memang enak. Tetapi ramai berasa malas memasaknya kerana tangan atau pisau anda pasti akan ada kesan getahnya. Kebiasaannya ramai menggunakan minyak masak untuk menanggalkan kesan getah itu tetapi anda juga boleh menggunakan hampas kelapa dengan cara yang sama.

Menggoreng ikan gelama masin
Ramai bersungut apanila menggoreng ikan masin gelama kepalanya pasti terpisah daripada badan. Mahu dibuang sayang kerana ramai yang suka bahagian kepala ikan ini. Jadi cara mudah sebelum menggorengnya anda gaulkan ikan ini dengan sedikit tepung. Sebelum menggorengnya jemur dahulu. Pasti kepalanya tidak terpisah dari badan selepas menggorengnya

Segarkan Taugeh
Simpan taugeh dalam mangkuk kemudian masukkan ke dalam peti ais, esoknya pasti sayur ini atau busuk. Cuba anda campurkan air itu dengan sedikit perahan limau nipis. Gaul sebelum anda simpan seperti biasa.

Pedasnya cili..
Cili kering ada keistimewaannya. Kalau memasak sambal menggunakan cili kering memang enak tetapi ada ketika cili ini terlalu pedas. Untuk mengurangkan kepedasannya itu cuba goreng cili kering ini dengan sedikit minyak sebelum anda menumbuknya.

Hilangkan Lendir ikan
Sesetengah orang meramas ikan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir dan ada juga membasuhnya dengan air limau. Tetapi cuba pula petua ini, ramas ikan yang disiang dengan daun pisang sebelum mencucinya bersih.

Tauhu tahan lama
Bagi tauhu bertahan lama,cuci dengan air bersih.Tos seketika dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga air panas menjadi sejuk.

Alamak!! Nasi mentah
Maklumlah jarang kedapur. Hari itu nasi yang anda masak mentah sedangkan keluarga kelaparan. Jangan panik, masukkan air panas ke dalam cawan tahan panas dan letakkan pada bahagian tengah periuk nasi anda. Kemudian tutup rapat dan biarkan seketika.Insya-Allah selepas beberapa minit nasi anda masak seperti biasa.

Masinnya gulai!!
Masalah gulai terlalu masin. Mudah sahaja,ambil sedikit daun pisang dan bersihkan. Masukkan kedalam gulai dan biarkan. Tentu rasa masin berkurangan.
                           
                                                                                                                                                (sumber)

No comments:

Post a Comment