Rasa kecewa atau kesal ada pada setiap orang.
Ia ada lah normal , malah kita boleh dikatakan tidak normal
kalau tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup.bagi remaja
perasaan ini sudah sinonim.Masaalah keluarga, putus cinta dan
gagal dalam peperiksaan adalah punca utama.Kebiasaanya apabila
terkena penyakit kecewa, ramai yang sukar mengikisnya.Bagaimana pun
jangan biarkan ia menguasai diri hingga mendorong kita bertindak
diluar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan
diri dan kerjaya.
Terima kenyataan
Kita hanya mampu merancang .Tuhan yang menentu .Sebagai manusia
kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung
pada takdir dan ketentuan Illahi.Apa yang boleh kita lakukan ilahah
berusaha mengubah nasib kita.Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi
ada masanya kita diuji dengan pelbagai dugaan.Rasa kecewa itu
antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita.Hadapi dengan tenang
dan redha kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita
supaya lebih berhati2 dan menjadikan kita insaf.
Luahkanya
Bahaya jika memendam rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri.
Kesanya kita boleh mendapat kemurungan dan tekanan atau stress.
Apa yang penting kita perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakan nya
kepada orang yang lebih rapat dengan kita .Bagi remaja , ibu bapa adalah
induvidu yang paling sesuai.
Berfikir
Senaraikan pro dan kontra apabila kita membuat sesuatu keputusan
supaya kita tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara
yang tidak dijangkakan.Biarkan ia berlalu dan lama kelamaan
kita akan dapat mengatasi dengan sendiri.
Beri Tumpuan Pada Hidup
Teruskan berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan.
Apabila kita mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan
boleh dihadapi dengan mudah.Apa yang penting , jangan membiarkan
perkara remeh menghantui kita sehingga membuatkan kita kecewa
Berfikiran Positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang kita miliki
hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam kita .Memang sukar
untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu trajidi.
Jangan terlalu mengikut perasaan , sebaliknya tumpukan kepada
perkara positif yang pernah kita lakukan dalam hidup.Ia pasti banyak
membantu apabila kita berdepan dengan rasa kecewa..
No comments:
Post a Comment