Friday, March 11, 2011

minum susu untuk cantik dan sihat

Pelindung tubuh yang cantik
Kulit adalah organ manusia yang paling besar .Sebagai salah satu daripada sistem pertahanan badan,kulit bertindak sebagai perisai yang melindungi kulit dari segala ancaman luar yang memudaratkan.Kulit juga berperanan menghasilkan vitamin D yang diperlukan oleh tubuh untuk menukarkan kalsium kepada tulang yang sihat.

Kulit bukan sekadar memainkan peranan dari segi kesihatan malah juga kecantikan.Bagi yang pentingkan penampilan diri ,kulit adalah keutamaan mereka.Kulit yang tidak bermaya dan kasar akan melemahkan kenyakinan diri seseorang lalu menjadikan diri kurang ceria serta kurang bertenaga.

Oleh itu kulit yang sentiasa melindungi kita haruslah dijaga dengan baik bukan sekadar untuk kesihatan diri malah untuk kenyakinan serta penampilan diri yang ceria.

Kecantikan dari dalam
Beribu-ribu tahun yang lalu cleopatra mengisi tab mandianya dengan susu untuk mengekalkan kecantikan kulitnya, namun mandian susu sebagai satu cara untuk menjaga kulit tidaklah praktikal bagi mereka yang sentiasa sibuk, Rmai yang mahukan kulit cerah, serta lembut agarc sentiasa kelihatan cantik dan bergaya.

Menjadi sihat dan cantik
Walaupun masyarakat kita kini sibuk mengejar kesenangan hidup kecantikan dan kesihatan diri sentiasa bermain-main dalam fikiran kita, tanpa kita sedari banyak langkah yang kita telah lakukan hanya untuk memastikan diri kita kekal sihat disamping sentiasa kelihatan cantik.Pengambilan makanan tambahan pemakanan yang sihat serta bersenam adalah antara langkah yang kita ambil demi memstikan diri sentiasa dalam keadaan baik .Kesihatan diri mencerminkan penampilan anda.Sekiranya tubuh kita sihat sudah semistinya diri kita akan menjadi ceria dan bertenaga.

Ceriakan kehidupan anda
Pernahkah anda terfikir , keceriaan anda turut mempengaruhi penampilan serta persekitaran anda? Jika anda gembiraorang berhampiran anda turut merasakanya, sebab itu lah anda disarankan supaya mengambil susu bukan sahaja untuk kesihatan diri malah supaya anda kelihatan lebih segar dan cantik.

Susu secara semula jadinya mengandungi vitamin A dan D yang membantu kulit untuk menjadi lembut dan sihat.Kandungan susu dapat meningkatkan kesihatan kulit memandangkan susu menghapuskan sel kulit yang telah mati dan membekalkan kelembapan yang diperlukan oleh kulit.

Segelas susu pada waktu pagisupaya kelihatan kulit lebih cerah untuk keceriaan anda sepanjang hari serta segelas lagi pada waktu malam untuk menggantukan nutrien kulit anda agar anda lebih sihat dan bertenaga..

No comments:

Post a Comment