Friday, March 11, 2011

Kaca mata pelengkap gaya...lawanya

Tip memilih kaca mata  mengikut bentuk muka
1-Bentuk bujur sirih
Amat bertuah kerana kebanyakkan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah

2-Muka panjang
Memiliki dagu dan pipi denga kelebaran yang sama beerti bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mngurangkan jarak panjang itu.

3-Muka bulat
Pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal manakal warna gelap seperti hitam atau pastel juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.

4-Muka empat segi
bingkai bentuk melengkung manakala pemegang bingkai perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.

5-Muka bentuk hati
Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah .Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk seimbangkan dengan bentuk wajah.

Selain melindungi mata daripada sinar UV,kaca mata pelbagai bentuk rekaan dan jenama ini mampu menyerlahkan lagi imej dan gaya seseorang itu.Serikan penampilan kala bersantai dan bercuti dengan gaya hebat berkaca mata hitam.

No comments:

Post a Comment