Sunday, March 20, 2011

Tip Segarkan Rambut Mu...

                 Ada beberapa tip yang boleh dikongsi bersama .

                 Kurangkan menyikat rambut
Bagi setiap wanita, berus atau sikat rambut wajib ada didalam tas tangan .Kegunaanya ialah bagi memastikan rambut sentiasa tampil terurus walaupun dimana sahaja berada .Namun menyikat rambut terlalu kerap boleh mengakibatkan impak yang kurang baik buat rambut.Ini kerana , setiap kali gesekan berlaku,ia akan mengakibatkan keguguran rambut.

               Elakkan klorin menyerap
Berenang merupakan antara aktiviti yang paling memberi manafaat kepada kesihatan tubuh.Namun sebaliknya pula bagi kesihatan rambut .Kandungan klorin yang terdapat dalam kolam renang dan membasahi akan merosakkan protien yang terdapat disetiap helaian rambut.Andai dibiarkan , ia boleh menyebabkan pori-pori rambut terbuka luas sekali gus rambut menjadi rapuh.

               Hilangkan kelumumur
Masaalah kelumumur tidak pernah berkesudahan namun pastikan ia tidak lagi menghantui anda.Atasinya dengan menggunakan syampu anti kelumumur terapeutik .Selain itu pilih perapi yang mengandungi pyrithione zinc bagi mengelakkan kandungan aktif yang terdapat dalam syampu yang digunakan sebelumnya.

                Lakukan urutan kepala
Urutan dikepala sering kali dikaitkan dengan menghilangkan tekanan .Namun ia sebenarnya turut memberi impak terhadap pertumbuhan rambut sihat.Urutan dikepala dikatakan mampu melancarkan dan memperbaiki peredaran darah.Ia seelok-eloknya diamalkan ketika sedang mencuci rambut.Dalam masa yang sama pilihlah perapi harum bagi menimbulkan rasa tenang.

No comments:

Post a Comment