Sunday, March 20, 2011

mata menggoda ,mata menawan, matalah....mata...mata..

         Khasiat telur
Ramai yang mengelak pengambilan telur dengan alasan risaukan kadar kolestrol yang tinggi.Dalam masa yang sama , telur sebenarnya mempunyai perana besar dalam kesihatan mata kerana kuning telurnya kaya dengan lutien dan zeaxanthin.Masaalah kolestrol boleh diketepikan jika telur diambil sebanyak dua hari berturut-turut secara teratur.

          Perbanyakkan antioksidan
Bahagian mata turut terdedah kepada kanser, jadi bagi mengelakkannya anda digalakkan memperbanyakkan antioksidan.Ia sangat baik dan efektif bagi menghalang wujudnya kanser.Untuk itu, perbanyakkan pengambilan kekacang , sayuran hijau gelap, brokoli dah buah kiwi.

          Pilih makanan terbaik
Makanan yang masuk kedalam tubuh kita turut mempengaruhi kesihatan mata.Untuk pengetahuan semua , pengambilan ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya langsung.Terdapat banyak lagi makanan yang baik untuk mata jadi kenal pastinya terlebih dahulu kandunganya sebelum menyuapnya kedalam mulut.

          Elakkan menggosok mata
Kebanyakkan wanita mengenakan solekan ketika kepejabat mahu pun tak kala keluar bersiar-siar.Ketika membersihkan wajah , mereka gemar melakukan secara semborono asalkan wajah bebas daripada solekan .Namun bagi menjaga mata, anda dinasihatkan untuk mengelak daripada menggosok mata.Sebaliknya gunakan jari telunjuk dan lakukan urutan secara perlahan-lahan mengikut putaran jam.

            Minum berpada-pada
Tidak dinafikan , pengambilan minuman yang banyak bagus untuk tubuh .Namun elakkannya saat mahu tidur.Ini kerana , meminum air terlalu banyak ketika itu mampu menyebabkan mata menjadi sembab dan bengkak.Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah menekapkan mata dengan timun agar keesokkanya anda kan bangun dengan mata yang lebih segarl

             Dapatkan tidur secukupnya.

Jangan ketepikan waktu tidur anda dan pastikan ianya mencukupi, anadi diabaikan kesanya akan jelas kelihatan pada bahagian mata sekali gus menjejaskan kesihatan.

No comments:

Post a Comment