Monday, March 21, 2011

Bangkit Dari Kegagalan

Apa saja yang anda lakukan semuanya tidak kena dan sering berakhir dengan kegagalan .Sudah pastinya anda tidak mahu berterusan bukan? Percayalah kegagalan bukan penamat dalam kehidupan.

Kita masih boleh bangkit dari kegagalan itu selagi anda ada kemahuan untuk melakukanya .Namun sebelum itu anda harus tahu tiga faktor utama mengapa seseorang itu sering gagal .Berikut adalah penyebabnya.

Tidak ada disiplin
Sebarang kerja yang dilakukan tidak diselesaikan secara sistematik dan teratur.Anda sering melakukan kerja disaat akhir kerana tidak pernah merancang kerja dan tidak berdisiplin mengikut jadual kerja yang ditetapkan.

Tidak Jujur
Tidak kiralah dengan sesiapa atau dimana saja kita berada prinsip utama dalam hidup adalah sentias bercakap benar dan jujur. Namun kamu tidak pernah mengamalkannya malah sering memberi pelbagai alasan serta helah apabila melakukan kesalahan

Dengki
Sifat dengki inilah yang seting merodakkan kita dan membuat kita terus tergolong dalam orang-orang yang gagal. Kamu tidak senang melihat orang lain senang sehinggakan kerja kamu lebih fokus membuat orang jatuh dan bukannya untuk meningkatkan diri.

Tidak Ada Matlamat
Hidup tanpa matlamat ibarat hidup tanpa arah tuju. Apabila tidak ada arah tuju itu yang akan membuatkan hidup jadi terumbang ambing dan jadilah seperti kerbau dicucuk hidung, apa orang lain buat kamu hanya mengikut. Orang yang sebegini sememangnya sukar untuk beroleh kejayaan dan akan selama-lamanya akan duduk di takuk yang sama serta tidak akan ada perubahan.

No comments:

Post a Comment