Saturday, March 19, 2011

rahsia gigi cantik bak selebriti popular...



Pengambilan terlalu banyak makanan atau minuman bergula boleh mengundang risikom gigi menjadi reput .Paling tidak pun , hadkan pengambilan gula hanya pada menu utama sekali dalam sehari. Sebagai alternatif , ambil minuman berjus tanpa gula .Jika teringin mengambil teh atau kopi ,anda digalakkan mengguna gula tiruan.

Pilih buahan dan sayuran
Kelebihan bahan semula yang terdapat dalam buah-buahan dan sayuran ternyata memberi impak positif terhadap pembersihan gigi.Contoh paling ringkas ialah mengunyah buah epal dan langkah ini dapat membantu membersih sekali gus mendapatkan gigi siaht .Tidak dinafikan epal mempunyai banyak gula buah , namun pengeluaran air liur membantu mengelakkan kerosakan gigi.Selain epal anda juga boleh memilih lobak merah , brokoli , tomato dan oren.

Utamakan produk tenusu
Seperti yang ramai sedia maklum , pengambilan makanan berasakan tenusu seperti yogurt , susu dan keju membawa kebaikan kepada gigi.Namun awas, pastikan kesemuanya rendah lemak agar meninggalkan impak yang diingini.Ini kerana produk-produk rendah lemak ini kaya dengan kalsium dan fosforus selain mengandungi vitamin D yang membantu penyerapan kalsium untuk gig dan tulang .

Memflos  dan memberus gigi
Dalam sehari kita digalakan sekurang-kurangnya dua kali sehari,pastikan kita memberus gigi dengan cara yang betul agar segala kotoran yang ada boleh dibersihkan secara total.Selain itu rajinkan diri memflos dan berkumur kerana langkah membersih kan sisa makanan yang tersekat dicelah-celah gigi dan tidak tercapai dek berus gigi.

Pilih ubat gigi bersesuaian
Selain dua langkah diatas, pemilihan ubat gigi yang bersesuain turut memainkan peranan .Ia bukan sahaja memberi kesegaran malah turut membantu menguatkan gigi .Bagi mendapatkan impak yang diingini , pilih lah ubat gigi yang mengandungi pudina , kayu sugi, dan lain-lain.

Temujanji dengan doktor
Sesibuk mana anda ,usah abaikan pemeriksaan berkala dengan doktor gigi.Anda digalakkan untuk membuat temujanji selang 6 bulan bagi memastikan gigi anda sentiasa sihat.Selain memastikan gigi anda tidak rapuh , nasihat daripada doktor turut mampu membantu anda mendapatkan gig yang cantik serta tersusun rapi .Jika begitu , usah terkejut andai ramai yang bertanya apakah rahsia anda memiliki gigi cantik bak selebriti popular.

1 comment: