Saturday, March 19, 2011

Tip jadikan pasangan kita bahagia

Bukan mudah mahu membina rumah tangga bahagia dan menjadi suami atau isteri idaman kepada pasangan kita,lebih-lebih lagi jika usia perkahwinan sudah lama

Dibawah ini ada bebrapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi suami atau isteri idaman .Namun jangan hanya separuh jalan , sebaliknya lakukan berterusan berterusan walaupun usia anda berdua tidak lagi muda .

1-Bercakap tentang apa yang disukai suami
Suami atau kaum lelaki tidak suka mendengar coleteh wanita mengenai hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan wanita kepada wanita lain.Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaan nya berkaitan minat anda untuk membantu kerjayanya atau mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.Setelah lama hidup bersama , pasti anda tahu apa yang menjadi minat dan yang tidak disukainya.

2-Jangan luahkan kata-kata penyesalan
Setelah lama berkahwin , jangan sesekali anda menyatakan penyesalan mengahwini suami .Suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakan.Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam mengahdapi dugaan hidup .Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

3-Elakkan kerap bergaduh
Kata orang,bergaduh adalah sebahagian asam garam dalam kehidupan berumahtangga .Bukannya tidak boleh tetapi jangan selalu amalkan kerana kelak boleh menimbulkan rasa bosan kepada pasangan .Jika bergaduh , cepat-cepat ambil keputusan untuk meredakan semula.Jangan biarkan berlarutan untuk satu jam sekali pun atau berhari-hari lamanya hingga boleh mencetuskan perkara lain.

4-Minta maaf apabila bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda,atau sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki , dia akan menganggap bahwa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati serta sukar dibentuk.Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal menbentuk diri anda sebagai isterinya , dan  mungkin sebab dari itu dia cuba mencari jalan keluar.

5-Usah berpisah tempat tidur
Anda juga diingatkan jangan sesekali berpisah tempat tidur walaupun sudah lama hidup bersama dan mempunyai anak  ramai.Amalan hidup bersama ini sebenarnya boleh menyemarakan lagi hubungan anda berdua.Apabila tidur bersama bukan hanya untuk melakukan seks semata-mata tetapi ditempat ini lah anda boleh berehat sambil berbicara soal remah-temeh .

6-Senda gurau jadi mainan
Untuk menyemarakan lagi hubungan sedia ada , anda juga boleh membuat gurau senda antara satu sama lain .Apabila anak-anak sudah dewasa dan berdikari , pastinya rumah menjadi sunyi ,untuk menhilangkan kebosanan anda berdua boleh bergurau senda ketika menonton tevelisyen dan ia boleh menambahkan lagi kemesraan antara anda berdua .

7-Sentiasa mengingati kesusahan lalu
Setelah lama berkahwin pastinya banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi bersama .Mungkin diawal perkahwinan anda hidup susah dan kini meresa kemewahan .Jika begitu,jangan lupa untuk sentiasa mengenang pengorbanan masing-masing kesusahan yang dialami sepanjang melayari kehidupan bersama.Jika kita mengenang kembali pengorbanan lalu akan menyebabkan kita menghargai setiap pengorbanan  yang dilakukan

8-Amalkan bersembahyang berjemaah
Amalkan sembahyang berjemaah dan melakukan aktiviti bersama-sama .Sembahyang berjemaah ini jika dilakukan dalam rutin harian selain mendapat pahala akan lebih merapatkan lagi hubungan sedia ada .Anda terasa bertuah apabila bersembahyang berimankan suami sendiri dan selepas sembahyang amalan seperti bersalam dan mencium tangannya boleh menambahkan lagi kasih -sayang terhadapnya.

No comments:

Post a Comment