Google+ Followers

Tuesday, March 15, 2011

Nasi beriani ala pannya

Bahan-bahan
1/2 cawan minyak sapi
7 biji bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
4cm halia dihiris
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan disimpul
2 camca besar rempah beriani
2 cawan beras basmati,dibasuh
sedikit garam
2 cawan susu cair
air secukupnya
sedikit pewarna kuning

Bahan hiasan
10gm kacang pic, digoreng dahulu
sedikit bawang goreng
daun bawang dihiris halus

Cara membuatnya
1-Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang merah dan bawang putih dan hal;ia sehingga wangi, dan kacau.
2-Masukkan bunga lawang bersama cengkih, kulit kayu manis pelaga dan daun pandan.
3-Masukkan rempah beriani dan kacau sehingga wangi
4-Masukkan beras bersama garam susu cair dan sedikit air
5-Apabila nasi hampir kering bubuh sedikit pewrna kuning dan kacau.
6-Biarkan seketika sehingga kering airnasi dan hidang bersama bahan hiasan.

No comments:

Post a Comment