Google+ Followers

Tuesday, March 15, 2011

Sup ekor berempah ala pannya

Bahan-bahanya,
1sudu minyak sapi
2 sudu teh rempah sup
3 cawan air
200g ekor lembu dipotong dan direbus
100g kentang dipotong dadu
100g lobak merah dipotong dadu
garam secukup rasa

Bahan A
3biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
4cm halia dihiris

Bahan B
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum buah pelaga
i batang kulit kayu manis

Bahan tabur
Daun ketumbar dihiris
daun bawang dihiris
sedikit bawang goreng







Cara membuatnya
1-Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan A.Kacau sebati sehingga kuning dan wangi, kemudian masukkan bahan B dan kacau lagi

2-Masukkan rempah sup dan kacau sehingga rempah sebati , wangi dan masak.

3-Tuang air dan biarkan mendidih seketika.

4-Masukkan ekor lembu yang sudah direbus bersama kentang ,lobak merah dan garam secukupnya.Biarkan merenih seketika.

5-Angkat apbila sup mendidih dan hidangkan bersama bahan tabur..

No comments:

Post a Comment