Sebenarnya kita tidak perlu berbelanja besar untuk menjaga kecantikan, Tambah pula pada waktu kegawatan ekonomi ada banyak petua yang menjadi nenek moyang kita dahulu yang boleh kita lakukan untuk menyerlah kecantikan wajah, rambut dan sebagainya, Disini dipaparkan beberapa petua yang boleh anda lakukan.
1-Bibir merekah
Atasi rekahan dibibir dengan minum air kelapa muda yang dicampur kuning telurdan sedikit madu lebah, Amalkan sekali dari sehari , bibir anda pasti tidak lagi kering dan merekah.
2-Masaalah jerawat
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulir rambai dan dikisar halus .Campurkan dengan sedikit air mawar atau air masak, sapukan kewajah amalkan dua kali seminggu..Untuk hilangkan jerawat batu pula,ambil sedikit beras tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air sapukan pada jerawat batu tiga kali seminggu.
3-Wajah berseri
Serikan wajah dengan merendam teh semalaman , sapukan pada seluruh muka keesokan harinya sebelum mandi ,wajah anda akan beransur2 licin dan berasa segar.
4-Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sirih muda , cuci bersih dan ramas-ramaskan .Masukkan dalam air suam ,tapis airnya dan rendam mata seketika.
5-Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segenggam air asam jawa dan dua sudu garam, rendam kaki bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa.Selain dapat menghilangkan bau kaki, juga dapat menghilangkan masaalah gatal2 kaki.
6-Hilangkan tanda hitam
Sediakan beberapa daun sirih , letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih itu, gosokan pada lutut dan siku beberapa minit amalkan setiap hari , kesan hitam pada siku dan lutut akan beransur hilang.
7-Pulihkan kulit terbakar
parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya gaulkan dengan satu sudu madu, selepas itu sapukan ramuan tadi pada seluruh kulit yang terbakar,biarkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih, lakukan setiap hari
8-Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan belah dua, ketika mandi gosoklah keseluruh tubuh dan muka, hasilnya kulit semakin cerah, licin dan harum.
9-Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa,kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air, jangan terlalu cair,selepas itu sapukan pada tempat yang berparut biarkan sehingga kering , seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur
10-Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun, timun hendaklah disagat /dihancur terlebih dahulu atau dilumatkan , kemudian campurkan keduanya dengan sedikit air kacau rata dan jangan terlalu air,selepas itu sapukan kepada muka dan biarkan kering, kemudian basuh.Cara ini dapat menegang mencerah dan menyegarkan kulit.
No comments:
Post a Comment