Mandi bunga sudah sinonim dengan masyarakat melayu, bertujuan untuk menghilangkan tekanan, menyegarkan badan mencantikan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan seri.
Ada dua jenis mandi bunga iaitu tradisional dan moden.Cara tradisional lazimnya dilakukan pengamal perubatan tradisional dengan bacaan ayat al-Quran bertujuan membantu mereka yang mempunyai masaalah peribadi seperti lambat mendapat jodoh atau mengalami masaalah rumah tangga .
Menjadi kebiasaan juga bagi bakal pengantin terutama berbagsa melayu mandi bunga bagi menjadikan wajah berseri dan nampak segar.Mandi bunga ini juga dikatakan dapat mengusir unsur negetif dalam badan sebelum mereka memulakan hidup baru.
Kini mandi bunga diperbaharui mengikut cara moden dan antara perkhidmatan yang disediakan dikebanyakan salun kecantikan atau spa, malah boleh dilakukan sendiri dirumah.Cara ini memudahkan wanita berkerjaya dan suri rumah yang sering sibuk dengan urusan rumahtangga untuk mengamalkanya.
Bunga digunakan adalah yang berbau wangi dan seloknya bewarna menarik kerana dari segi saintifik aura warna dan bauan bunga mempunyai tenaga sendiri yang bertindak balas dengan tenaga dalam tubuh seperti kuasa magnet.
Jadi bakal pengantin baru yang tiada masa mengunjungi spa untuk mandi bunga atau ingin berjimat,bolehlah lakukan sendiri amalan ini dirumah.
Info-Bunga dan khasiat.
Mawar merah -membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Mawar putih-menyegar dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
Cempaka putih-melembut dan mewangikan badan
Cempaka kuning-menyerikan wajah dan mewangikan badan
Melur putih dan kuning-menyucikan dalaman
Bunga kenanga-menaikkan seri dan senang didekati
Limau purut-buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah
Limau susu-melembutkan kulit.
No comments:
Post a Comment