Ada banyak amalan yang nenek moyang kita dahulu yang boleh kita lakukan untuk menyerlahkan kecantikan wajah, rambut dan sebagainya.
1-Bibir merekah
Atasi bibir merekah dengan minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.Amalkan sekali dalam sehari ,bibir anda pasti tidak lagi kering dan merekah.
2-Masaalah jerawat
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai dan dikisar halus.Campurkan dengan sedikit air mawar atau air masak.Sapukan kewajah ,amalkan 2 kali seminggu.Untuk hilangkan jerawat batu pula ,ambil sedikit beras , tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air.Sapukan pada jerawat batu 3 kali seminggu.
3-Wajah berseri
Serikan wajah dengan merendam teh semalaman .Sapukan pada seluruh muka keesokan harinya sebelum mandi.Wajah anda beransur-ansur licin serta kelihatan segar.
4-Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan.Masukkan dalam air suam,tapis airnya dan rendam kan mata seketika.
5-Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segenggam asam jawa dan 2 sudu garam.Rendan kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa.Selain dapat menghilangkan bau kaki ,juga boleh menghilangkan masaalah gatal-gatal dikaki.
6-Hilangkan tanda hitam
Sediakan beberapa helai daun sirih ,letakan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih itu .Gosokan pada lutut dan siku beberapa minit.Amalkan setiap hari , kesan hitam pada lutut dan siku beransur2 hilang.
7-Pulihkan kulit terbakar
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya.Gaulkan dengan satu sudu madu .Selepas itu sapukan ramuan tadi pada seluruh kulit yang terbakar.Biarkan beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air bersih.Lakukan setiap hari.
8-Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua, ketika mandi gosokan keseluruh muka dan badan, hasinya kulit semakin cerah licin dan harum.
9-Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air,jangan terlalu cair, selepas itu sapukan pada tempat yang berparut, biarkan sehingga kering,seeloknya lakukan sebelah malam sebelum tidur.
10-Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi dan mentimun ,timun itu hendaklah disagat/dihancur terlebih dahulu atau dilumatkan .Kemudian campurkan keduanya dengan sedikit air , kacau rata dan jangan terlalu cair, selepas itu sapukan pada muka dan biarkan kering .Cara ini dapat menegang,mencerah dan menyegarkan kulit muka.
No comments:
Post a Comment