Google+ Followers

Monday, March 21, 2011

HaLusKaN KuLiT DeNgAn KuRmA...

Buah kurma cukup popular pada bulan puasa .Selain dijadikan pemanis ketika berbuka, ia juga amat bermunafaat untuk kecantikan kulit.Kandungan vitamin B6 dan protien yang terkandung didalam kurma dikatakan mampu mencegah masaalah dermatitis (jangkitan kulit) serta menjadikan warna kulit nampak lebih segar dan tidak pucat.


Jika kita mencampurkan buah kurma cranberries dan jus apricot akan menghasilkan satu ramuan perawatan kulit yang mengandungi vitamin C , vitamin A, vitamin B6 dan protien.kulit kita nampak berseri lembut dan anjal


Bahan-bahan yang diperlukan
           8 biji kurma
           1/2 cawan buah cranberries beku
           1/2 cawan jus apricot
           1/2 sudu teh oatmeal

Cara-caranya
*Hancurkan semua bahan sehingga halus dan jadikan ia sebagai scrub ketika mandi

*Caranya, basahkan badan dengan air suam ,kemudian lumurkan dengan bahan tersebut

*Akhir sekali bersihkan ia dengan air suam dan mandi sepeti biasa dengan air sejuk, setelah badan benar-benar kering, sapukan kulit dengan losyen badan agar kulit mulus dan bersih.

No comments:

Post a Comment