Mungkin ramai diantara kita yang mengalami situasi seperti ini, kesannya anda sendiri tidak selesa melihat tubuh sendiri,apatah lagi orang lain terutama pasangan anda! Gaya anda berpakain juga kian terhad dan mungkin banyak seluar lama yang mungkin tidak boleh dipakai lagi.Ayuh, anda tidak boleh berlengah lagi ,bertindaklah segera dengan mengamalkan diet dan senaman yang lebih teratur.
1-Kualiti lebih penting dari kuantiti.Anda tidak perlu melakukan sit up beratus-ratus kali setiap hari sebaliknya satu atau dua sesi seminggu dengan latihan berkualiti sudah memadai.Yang penting perlu dilakukan secara berterusan dan bukan secara ekstrim.
2-Lakukan pelbagai latihan untuk bahagian abs.Beri tumpuan kepada otot abs semasa latihan.Latihan ini dapat membantu membakar lemak yang terkumpul dibahagian tersebut.Anda juga boleh melakukan latihan kardio secara konsisten.
3-Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memilik bahagian perut yang cantik.
4-Elakkan makanan berminyak dan mengandungi garam yang tinggi.
5-Minum banyak air dan kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan ditengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori,jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.
6-Untuk kesan lebih cepat , pakar pemakanan menyaran kan supaya minum setiap kali sebelum makan.
7-Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kita makan banyak.
8-Jangan minum air sejurus makan.
9-Mengira kalori dalam setiap hidangan yang diambil bagi membakar lemak berlebihan.
10-Pastikan makanan/tenaga masuk tidak melebihi tenaga keluar ,jika makan banyak, aktiviti yang dilakukan juga perlu banyak.Mengambil makanan tambahan untuk membantu meningkatkan metabolisme yang dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori.
11-Jangan makan makanan yang terlalu panas ataupun sejuk .
12-Mengubah pola makanan terutama mengurangkan makanan bergoreng ,berlemak, manis, dan berkolestrol.Sebagai contoh, daripada makan aiskrim, cuba amalkan makan yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan.Selain bermanafaat untuk mengurangkan berat badan , ia juga membantu menjaga kesihatan tubuh .
13-Kurangkan makan makanan mengandungi gula dan garam yang tinggi.
14-Kurangkan minuman manis ,mengandungi kafien dan gas.
15-Elakkan makan makanan mengandungi bahan perisa ,bahan pengawet, MSG,dan bahan pewarna.
16-Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan.
17-Kurangkan pengambilan nasi.Ambil sekali sehari sudah memadai.
18-Cubalah berpuasa sekali seminggu untuk merehatkan badan perut dan minda.
19-Mengawal stres dengan bijak dengan cara melakukan riadah dan pemakanan yang sihat .
20-Kuatkan perut semasa berjalan-jalan, atau semasa berdiri.
21-Tarik nafas untuk merapatkan pusat dengan tulang belakang.
22-Kawal perasaan dengan menetapkan pada minda anda .Jika yakin anda sudah kenyang, walaupun mengambil makan dalam jumlah yang sedikit,anda akan tetap merasa kenyang.
23-Buat catatan harian dengan merekodkan menu yang anda makan.Ia dapat membantu memstikan anda mengikut panduan yang dicadangkan.Anda juga boleh mencatat ukur lilit pinggang dan berat badan dalam buku tersebut.
24-Makan banyak sayur-sayuran kerana ia banyak membantu mencernakan penghadaman dan seterusnya membolehkan ia bekerja dengan baik.
25-Ubah cara masakan kepada teknik merebus ,memanggang dan kukus.Lakukan semua ini dengan disiplin Tanpanya usaha anda akan gagal..
No comments:
Post a Comment