Thursday, March 3, 2011

tip merawat rambut ^_^

* Rawatan rambut dimulakan dengan memcuci menggunakan syampu
*Setelah itu, cuci rambut sebelum menyapu perapi, jangan biarkan perapi terlalu lama.
*Seterusnya , gunakan cream bath ginseng yang dilumur ke seluruh rambut untuk memperbaiki  rambut yang rosak, menguatkan akar rambut selain mencegah keguguran rambut.
*Kemudian urutkan kulit kepala untuk melancarkan perjalanan darah serta mengembalikan kesegaran pada rambut.Urut perlahan-lahan ke seluruh kulit kepala.Setelah siap diurut,stim rambut lebih kurang 15minit sebelum mencuci semula.
*Seterusnya , sapukan tonik rambut pada keseluruh rambut untuk membantu menghilangkan  kelemumur, kegatalan kulit kepala serta menghindari rambut gugur.
*Setelah itu, sapukan serum pada tapak tangan lalu gosok ia terlebih dahulu bagi memanaskannya sebelum menyapu keakar rambut.Ia bertujuan untuk melembutkan rambut.


Sebelum bersyampu, sikat rambut dengan sikat jarang untuk menguraikan rambut yang kusut,anda tak perlu menarik gumpalan rambut kusut yang akan mengakibatkan rambut rosak dan tidak bersih secara menyeluruh.

Jangan menggunakan kuku untuk bersyampu ,mengosok kulit kepala dengan kuku akan merosakkan kulit kepala dan rambut selain mengakibatkan kulit kepala terluka.Jesteru lebih baik gunakan hujung jari untuk mengurut dengan lembut.Lakukan gerakan urutan lebih kurang tiga minit agar perjalanan darah pada kepala menjadi lancar.

Jangan membilas terlalu cepat , pembilasan yang baik untuk menghilangkan syampu memerlukan waktu lebih lama dari yang anda sangkakan.Jika anda rasa sudah cukup sekali dengan mencuci , apa kata cuci lagi.Jika anda tidak menggosok , sebaliknya anda bersyampu sebanyak dua kali .Bagi basuhan yang  kedua , pastikan ia lebih lama.

Jangan sapu perapi pada akar rambut, setelah anda menggosok atau meramas-ramas rambut,sapukan perapi pada hujung rambut, jangan menyapu pada kulit kepala, atau akar rambut.Ini kerana kerana, perapi dibuat untuk rambut, bukan untuk kulit kepala..Bahagian hujung rambut yang rosak memerlukan perapi, gunakan perapi ringan jika rambut anda cenderung normal, teapai bagi anda berambut kasar atau keriting , sebaliknya anda sapukan lebih banya perapi....

No comments:

Post a Comment