Wednesday, March 23, 2011

Berdiet dengan gambar kek?..huhu senangkan..

Menurut satu kajian terkini, dengan memandang gambar kek dan makanan manisan lain yang menggoda, boleh menolong perempuan makan  dengan cara sihat.


Kajian ini telah menemui bahawa gambar makanan manis sebenarnya boleh membantu menguatkan keazaman golongan perempuan untuk makan dengan lebih baik.Pakar psikologi ,Profesor Floor Kroese telah melakukan kajian kepada 54 pelajar perempuan dan meminta sebahagian daripada mereka melihat gambar kek dan sebahagian lagi melihat gambar bunga
Kedua-dua kelompok ini telah diajukan soalan tentang jadual pemakanan mereka dan kemudian ditawarkan pilihan makanan ringan antara sepotong coklat atau kuih oatmeal.Perempuan daripada kelompok pertama iaitu kumpulan yang melihat gambar kek meletakan makanan sihat sebagai prioriti mereka.Malah mereka juga memilih kuih oatmeal sebagai makanan ringan.

Manakala kelompok kedua pula membuat pilihan yang bertentangan .Menerusi kajian ini , Profesor Kroese menegaskan bahawa "godaan makanan bukan lah disebab kan oleh godaan nafsu semata-mata.Sebaliknya , dengan melihat godaan makanan ia boleh mengingatkan individu akan tujuan mereka untuk mengawal berat badan, dan membantu mereka bertindak bersesuian mengikur keadaan.Prof Kroese menyarankan agar individu yang berusah untuk mengurangkan berat badan perlu mencuba untuk menampal gambar makanan tidak sihat pada pinti peti sejuk bagi menghentikan tabiat mereka yang gemar makanan secara tidak sihat..

No comments:

Post a Comment