Wednesday, March 2, 2011

Gadisku..jangan biarkan tubuh mu kosong tanpa sebarang wangian kerana...

Wangian bukan sahaja memberikan kenyakinan ,bahkan wangian juga mampu membuatkan pasangan mu berasa senang dan bahagia disampingmu..wangian juga umpama terapi yang mengasyikan.

Etika memilih Wangian
Bagaimana untuk mendapatkan wangian yang tahan lebih lama?
*Biarkan wangian mengering dan meresap
*Pastikan kamu sedang rileks dan tidak mengambil sebarang ubat ubatan.
*Elakkan merokok ketika membuat semburan.
*Jangan menggunakan sebarang produk yang mempunyai haruman seperti losen badan.
*Elakkan makanan yang berbau tajam seperti bawang putih, petai dan sebagainya.
*Jangan mencuba wangian lebih dari tiga jenis..  

Adakah wangian saling berkaitaan dengan personaliti seseorang?
Wangian wanita tidak setajam wangian lelaki.Pemilihan wangian selalunya bergantung kepada minat dan keperibadian seseorang.Umumnya wangian yang sama akan mengeluarkan haruman yang berlainan jika diguna kan oleh wanita yang berbeza.

*Sportif dan aktif- Wanita yang aktif sangat sinonim dengan haruman yang berasaskan dari tumbuh tumbuhan liar.
*Periang- Gemar traveling , mudah menaruh minat pada sesuatu.Selalunya gadis yang periang ini gemar pada wangian yang tidak terlalu kuat dan tajam.
*Romantik- Pemikirannya sederhana dan mempunyai daya tarikan yang tinggi .Umumnya mereka gemarkan wangian dari bunga-bungaan seperti mawar melati dan lily.
*Gadis pintar- Mempunyai pendirian yang kuat , bersifat agak pendiam setia dan seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai.Meraka gemarkan wangian yang sederhana dan dapat memberikan kesan dingin dan mempersona.  

No comments:

Post a Comment